Demam itu belum reda

Pagi ni ammi masuk office lewat sikit sebab ada urusan di luar.  

Selamatkanlah perjuangan GSF disana. 

Hari Isnin (29.9.2025), ammi selesai menonton drama korea Bon Appetit Your Majesty.  Drama yang kuat betul pengaruhnya di medsos.



Okkkk ammi nangis sebab meruntun sangat Raja yang digulingkan ni menangis meratap.  Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Nurul "beratnya rasa hatiiiii nak melangkah pergi, tetapi apakan daya aku terpaksa".  Bayangkan eh cerita Korea pakai lagu Melayu.

Dan walaupun dah habis siarannya tapi di Tiktok kalau scroll memang itu jelah keluar.  Macam-macam ada dan yang ini aduhai.  Ammi tergelak tak boleh nak control masa dalam MRT.  Lelaju screenshot sebab korang menceriakan petang hari ammi yang kena berdiri dalam MRT.


Hahhahha...baca yang ini je pun dah gelak.  Bukan gelak kat orang yang buat ni, gelak kat diri sendiri jugak sebab dah umur 46 ni pun masak masih perlu tengok resepi di internet.  Buat kuih satu hapa pun tak reti.

Kalau lagi nak aibkan diri sendiri, haritu beli kacang dhal konon nak buat dhal goreng pastu ko blur macam mana nak goreng.  Perlu rebus ke? Rendam je ke?  Seeeeee  benda mudah pun ko tak reti Sharmila.


Korang baca reply-reply tu kalau korang tak gelak memang hati kering betul.  Itu belum lagi kalau ditekan tiap reply tiap komen tu.



Betullah, ammi ni kalau rice cooker tak function nasi pun beli je kat kedai sebab tak reti masak nasi atas dapur gitu-gitu je.




Katanya BAYM ni antara kisah benar masa zaman Joseon tapi dah diolahlah.  Dorang recommend tengok cerita Jewel in the Palace.  Itu memang "kereennnn banget" katanya.  Tapi so far ammi cari belum jumpa lagi nak tengok kat mana.  

Korang yang ada Netflix, kat situ ada tak cerita Jewel in the Palace ni dalam list?  Cuba tengokkan kejap.

Post a Comment

11 Comments

  1. Kalau nak masak nasi atas dapur...tq je la tak reti. Mau hangit je nanti.

    Moga cepat sembuh ya....

    ReplyDelete
  2. Yang jatuh dari kapal terbang tu bukan calang2 orgnya, chef yg baru menang pertandingan memasak level international tak macam kita ni beshe2 je 😆 ibarat yg jatuh ke zaman parameswara tu ialah Che Nom atau chef yg seangkatan dgnnya hihi. Tapi ending cerita ni nak bagi perempuan tu balik ke zaman dia semula mcm hmm. Mesti director nak cepat2 tamatkan drama ni sbb tu mcm rushing giler.

    ReplyDelete
  3. Jewel in The Palace tu tengok dekat bilik rehat asrama...yang tu memang linda tengok, tapi tak igt sangat jalan cerita macam mana...tapi,banyak episod tu, zaman dulu punya korea kan...
    linda tak habis tengok lagi bon appetite nie.

    waa, linda memang lah nie dengan ammi, sebab linda boleh lagi nak masak nasi atas dapur gas..kikiki...sebab balik rumah mak, memang masak nasi atas dapur gas lah, sebab mak takde rice cooker...hahaha

    ReplyDelete
  4. Jewel in the palace tu lagi win sebab dari tukang masak jadi doktor perempuan zaman joseon. Citer tu pun kisah benar juga. Tak sempat nak time travel pun sebab panglima tu dah buat dia jatuh hati. Ahkak tenguk kat tv walaupun lama episodnya tetap tabah menghadapi. hehehehe sebab heroin dan hero cantik dan hensem beb. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Kalakor lah baca komen netizen ni kadang tak terjangka pulak fikiran kite. aduhaiiiii sengeh sengsorang ni

    ReplyDelete
  6. Saya tak terjebak. Tapi memang ramai orang cakap tentang siri ni.

    ReplyDelete
  7. Jewel In The Palace tuh memang legend ye. Ada 54 episode. Walaupun banyak episodnya tetapi memang awesome teruk. Episod memasak lagi banyak. Separuh episod tentang masakan. Separuh episod tentang perubatan. KSarie suka tengok episod masa pertandingan masakan untuk menentukan ketua tukang masak dapur istana. Masa memasak untuk konvoi Ming pun best. Kalau BAYM genre romantik dan komedi. JITP lebih berat temanya. Siap ada wabak penyakit, kena hukum buang negeri bagai. Bercinta pun sekupang je.

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sihat....sama la kita..masak lauk je reti..buat kuih sepatah haram x tau....kadang refer resepi kat internet gak...akak tgh tgok siri ni...baru episode 2

    ReplyDelete
  9. Tak ada kak. Jewel in the palace ada nya di Loklok. Saya sempat nonton 3 eps, habis tuh menyerah. Tak sanggub lihat 54 eps 🤣🤣🤣🤣🤣. List Drakor saya masih panjang lagi. Tak selesai2 nanti

    Tapiiii Drakor yg tema masak, ada sekuel dari Jewel in the palace ini.

    Tokohnya kan nama Dae Jang Geum. Nah di sekuelnya, cerita ttg cucu si Dae Jang geum di kehidupan modern. Judul dramanya Dae Jang Geum is watching.

    Tapi nontonnya di Drakor.id.

    Itu lucuuuu sangat. 🤣🤣. Ceritanya ttg 3 cucu Dae Jang geum di zaman modern yg punya bakat masak. Tapi beda2.

    Yg sulung bisa merasakan ingredient apapun dari suatu masakan. Tapi dia tak boleh icip masakan orang, sebab kalo di masakan orang lain ada lidah dari orang lain, bisa buat lidah dia mati rasa beberapa jam 🤣.

    Adik no 2 pandai masak, seperti Dae Jang geum.

    Adik no 3, penciumannya yg bagus sangat 😅. Bisa tahu bahan masakan hanya dengan mencium.

    Tapi skill mereka bisa punah kalo syaratnya tak mereka patuhi, harus dinner bersama tiap hari 🤣🤣. Jadi bayangkan hebohnya kalau dah sore, mereka panik harus sampai rumah supaya bisa dinner bersama. Kalo tak, kemampuannya hilang 😂. Selama nonton, sumpaaah lah saya drooling sangat lihat hasil masakannya ❤️❤️. Terutama yg anak ketiga, sebab mudah2 resepnya

    ReplyDelete