Aktiviti Deepavali

Sehari sebelum Deepavali kami dah berjalan, jadi hari Deepavali tu kita duduk je diam-diam kat rumah.  Ammi cuma wish je aunty ammi tapi tak pergi pun rumah dia.  

Balik je dari Muar semalamnya, si kecik mandi laju-laju dan terus pakai uniform dia.  Dia fan MU dan Khilfi fan Liverpool.  Tapi, sebab jarang-jarang dapat main handphone, Khilfi lebih fokus main game eFootball di handphone dengan kawan-kawan asrama berbanding tengok match di TV.  Kat rumahlah budak-budak asrama mengulit handphone main game non-stop.

On the way balik dari Muar tu baru ammi unlock game eFootball dia tu jadi hmmm itu yang lebih dia kisahkan daripada team Liverpool dia bermain.



Bukan main lagi ye... takpe kita kasi dia peluang main phone.  Ammi guna apps Google Family Link untuk pantau penggunaan handphone anak-anak.  Boleh set masa untuk lock, hadkan penggunaan setiap apps yang dorang download, boleh block apps tu kalau rasa tak sesuai dan semua ni boleh dibuat daripada handphone kita.  Berapa baki life battery dorang pun kita boleh check.

Esok paginya masa kejutkan Subuh barulah ammi tau yang MU menang over Liverpool.  Jarang-jarang berlaku bila kejut Alip bangun subuh dia terus bangun.  Tapi sebab nak cerita team dia menang sekali kejut je terus terbuka mata.


Lepas sarapan pagi laju je si kecik ni capai remote nak tengok highlights bola semalam.  Tak puas-puas lagi agaknya.  Sambil-sambil tu silalah ambil dust mop tu dan gi kaut bulu-bulu kucing atas lantai.  



Barulah gempak fan MU camni...rajin tolong mak kat rumah.


Disebabkan hari itu hari Deepavali, makan kita buat juadah ala-ala deepavali.  Buat kari ayam pekat, buat cucumber raita, buat kobis goreng Indian style.  Pastu tambahlah ikan bilis goreng kesukaan semua terutama sekali budak yang tolong bersihkan bulu kucing tu.

Resipi Cucumber Raita ammi pernah share disini dulu.  Lebih sedap guna yogurt tapi sebab tak ada kita guna je mayonis.

Petang tu kita santai-santai je kat rumah teman anak-anak buat homework dan belajar.

Post a Comment

0 Comments