Hari Ahad 19.10.2025, lepas main pickleball di Senawang tu, masa on the way balik ke rumah ammi ni borak-borak ngan Abah dalam kereta. Sambil-sambil tu tanya kat Kyra (tanya dia sebabnya dia budak nak ambik SPM) samada dia nak take rest for a day from book or dia nak balik dan belajar. Jawapannya "can I rest from holding a pen?".
Ok...ammi ajak abah ke Sekinchan tapinya kita plan keluar lepas solat zohor. Lepas mandi bagai, abah kata "kita gi Muar jelah". Maka marilah kita ke Muar.
Dalam jam 4 lebih kami dah sampai di Muar. Kita gi cari tempat solat bagai dan pukul 5 lebih kami sampai disini di Sunset@Muar. Awallah lagi nak tengok sunset. Tapi takpe, marilah kita "tan"kan kulit kita yang belum berapa cukup tan ni. Ahakss.
Sampai-sampai je budak kecik ni terus duduk situ merenung jauh. Wahhh healing ke tu?
Matahari terus menerus ke mata. Auwww silau.
Layanlah Kyra dan Khilfi buat vlog. Bila bercakap English berdua elok je bunyi, bila buat Vlog dah bunyi macam apa je ntah. Macam bangla ada, macam apek tua ada. Layan juga dia klik klik dan klik camera di phone ammi.
One for the memory disaat abah berusia 52, ammi 46, kakak 17, abang 15 dan Alip 11. Semua dari kami dah mencapai umur sebenar mengikut tahun kecuali kakak. Begitulah nasib orang yang lahir dihujung-hujung tahun. Paper terakhir SPM dia nanti pada 15.12.2025, waktu itu umurnya belum lagi mencecah 17, baru 16 tahun 11 bulan dan 25 hari. Ahaks.
Dia kata "kakak macam PakPis amik SPM masa umur 16". Salah tu nak, PakPis awak umur 16 tahun dah sambung belajar di Rusia. Setakat ini daripada 43 orang cucu atok, dan Kyra adalah yang ke-30, belum ada sorang pun cucu atok Jamil (yang 29 orang di atas Kyra) yang dapat beat result tergempak dalam family untuk kalahkan result SPM PakPis. PakPis ambil SPM tahun 2005 atau 2006 ntah. Dan sekarang anak sulung PakPis pun dah 12 tahun. Ammi taklah letak harapan tinggi sangat tapi kalau tiba-tiba Allah izinkan Kyra untuk dapat keputusan yang sama macam PakPis, siapalah ammi untuk menolak.
Orang lain yang stress nak SPM, tapi muka ammi yang teruk breakout.
Dia ni kalau disuruh gelak gitulah...sampai ke gigi paling belakang pun boleh masuk dalam gambar.
Dahlah...lama sangat nak tunggu matahari ni tenggelam terbenam. Jomlah kita cari tempat makan je. Makan santai-santai je di FoodCourt sambil dengar bunyi burung berkicau nak pulang ke sarang. Risauuuu pulak sambil terbang pulang sambil dia cretttt ke bawah.
Makan-makan sempoi tu ammi cerita kat entry lain jelah ek...kering pulak idea nak menaip. Tu yang matahari pun kita nak sebut tenggelam. Punyalah lama fikir apa itu "set" dalam bahasa Melayu. Sampailah ammi google je ahakss...adoiii jam pulak otak.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



0 Comments