Makan apa di Muar

Sebab lambat lagi matahari tu nak terbenam jadi kita cari jelah tempat makan.  Ammi ni sebenarnya tak makan tengahari.  Lepas main pickleball tu, kita adalah singgah di kedai makan tapi yang lain-lain makan cuma ammi je tak makan sebab ammi rasa kenyang lagi lepas makan wrap.  Gitulah bila perut dah terbiasa tak berisi penuh-penuh di awal pagi.

Macam-macam tempat abah suggest, Sabak Aworlah, Lempeng Pekaklah, Bako-Bako Oli, tapi hmmm macam nak santai-santai lepak tepi jalan je.


Kita ke Medan Selera Bentayan jelah.  Betul-betul sebelah hentian bus Bentayan.  Macam nampak ada 2 foodcourt kat sini tapi yang belah kami pergi ni ada parking kosong jadi kita ke sini jelah.  

Masa ni burung dah bising sangat dah.  Rasanya pokok besar itulah rumah mereka kot.  

Konsep kat sini, kita tengoklah kita duduk meja mana, pergilah order.  Boleh bayar terus ataupun bayar masa dorang hantar makanan.  Worry not....ini zaman QR.  Tiap orang yang hantar makanan tu bawak QR code sesiap.  Lagipun masa kami sampai ini, dalam wallet ammi memang ada duit RM2 je.  Ahakss...kita harapkan kertas berwarna-warni daripada suami kita je.  Mujur juga ada QR.


Khilfi order nasi goreng daging.  Ni RM9 kot harganya.  Lupa pulak.


Satay ayam + daging + perut.  Kuah kacang dia sedapppp betul di tekak ammi.  Harga pun murah RM1.20 untuk setiap cucuk.  


Dah kata datang Muar, marilah kita order Mi Bandung daging.  Ammi kan memang peminat Mi Bandung.  Pedas-pedas manis, indah di tekak.  RM7 sahaja.

Anak-anak order juga Yong Tau Foo Sup tapi entahlah kenapa tak ada pun gambar itu dalam mana-mana telefon kami.


Kyra dan Khilfi order air ni.  Kyra order ammi faham, tapi Khilfi yang order?  Hmmmm macam tak percaya budak ni order air bukan-bukan camni.


Masalahnya kakak minum air biru tu elok je bibir dia, sampai kat budak ni macam dah kritikal sangat kekurangan oxygen dalam badan.  Jerawat dia punnnn, tak segan-segan nak keluar.

Masa on the way nak balik tu nampak pulak signage ni


Walaupun ejaannya tak sama tapi kita tetap terbayang muka suami SK.  Ya ampunnnn bolehlah pulak muka Pak Inche tu masuk menari-nari diruangan mata ini.  Maafkan saya Puan Seri Kandi Tanah Jauhar...saya tak sengaja.  Agak-agak PI ada tak tersedak haritu?  hahahah.

Dah mohlah kita pulang ke Seremban.  Sebab yang paling bongsu tu dah 88 kali tanya sempat tak dia nak sampai Seremban nak tengok match MU lawan Liverpool.  Dia tak sabar nak balik mandi, nak pakai jersey MU.  Okkkk itu memang sangat Khalif Syafiq, tiap kali MU ada match mmg dia akan pakai jersey, walaupun kadang-kadang dia tak sempat tengok sebab dia kena paksa tidur.  Aterrrr player MU tu ke nak tolong jawab soalan periksa kat sekolah nanti?


Sebab muka Pak Inche dah bermain-main di ruangan mata, kita snap gambar pun gigil-gigil.  Hahahha...gitulah bila orang tak pandai menari, lantai juga nak disalahkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahahahahahahahaha.. Ya Allah.. sampai berair mata kita, Ammi.

    Aduhh.. sedapnya sate tu. Betullah tu, kalau ke Muar mesti nak makan mee bandung ngan sate, baru ngam. Ingatkan Ammi singgah kafe Pak Inchi tu, hihi.

    ReplyDelete
  2. dlm byk2 food tu, MZ terliur nasi goreng daging

    ReplyDelete