Penulis


Pemilik nama asal Sharmila ini lebih dikenali sebagai Sheila dikalangan ahli keluarga dan teman.  Menggunakan "Ammi" sebagai kata ganti diri di dalam blog ini semenjak anak-anak mula mengenali apa itu blog dan mula membaca blog ini.




Latarbelakang Penulis

Anak kedua dari 4 adik-beradik yang mempunyai darah campuran India dari sebelah bapa dan Jawa dari sebelah ibu.

Isteri kepada seseorang semenjak 2004 dan ibu kepada 3 orang cahayamata.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dari UiTM dan kini bertugas sebagai Setiausaha di sebuah firma guaman.


Perihal Blog


Blog ini baru dilahirkan pada September 2021 setelah blog lamanya yang mula ditulis sejak 2006  di"hilangkan" dari radar pada awal September 2021.  Penulis berkongsi tentang apa yang terlintas difikirannya baik dari segi resipi, tips, lifestyle sederhananya mahupun review keatas produk yang digunakannya.


Penulis menggunakan dwi-bahasa didalam penulisannya kerana itulah bahasa pertuturannya dirumah, dipejabat dan dimana sahaja.


Pertanyaan


Untuk sebarang pertanyaan, kolaborasi, review, event dan pengiklanan saya boleh dihubungi melalui:-
  • Email: sheila.et@gmail.com / iamshakay@gmail.com