Abu Ubaidah

Tidak dipandang dunia
Namun ketahuilah
Namamu disebut di langit sana

Petah kata-katamu
Wahai pejuang agama
Menggerunkan musuh yang durjana

Resahnya di dalam hatiku
Menantikan khabar tentangmu
Hanya doa yang mampu ku kirim
Moga Allah lindungi dirimu

Singa Allah kau Abu Ubaidah
Terpancar keikhlasan darimu
Di sebalik wajah yang tertutup
Pejuang agama di akhir zaman

Sungguh malu kami kepadamu
Kami di sini penuh leka
Di saat kau berjuang untuk agama
Maafkan kami wahai sang perwira

Dari Gaza menuju ke Syurga
Berkorban segala-galanya
Demi pertahankan Al-Aqsa
Namamu kan menjadi sejarah


Pada 29 Disember 2025, Media Brigade Al-Qassam telah mengesahkan syahidnya Abu Ubaidah beserta pucuk pimpinan Brigade Al-Qassam yang lain.

Bila UASA tamat

UASA di sekolah Khilfi berakhir sekitar penghujung November.  Bermakna ada lagi hampir 3 minggu sebelum sesi persekolahan berakhir.  Sepanjang 3 minggu tu banyak sungguh program yang pihak sekolah aturkan untuk murid lain dan murid tingkatan 3 khususnya.

Taknak mengganggu konsentrasi abang kakak Ohana2125 yang berjuang untuk SPM gamaknya.  Cikgu dah kongsi poster menarik, gambar anak-anak.  Takkanlah kita nak ignore gitu je.  Mehlah kita share kat sini supaya 4-5 tahun akan datang si budak Khilfi ni ingatlah apa yang dia pernah buat dulu masa di MOZAC.


Pada aktiviti harian mereka...tapi bagus.


Dibawa Ke Politeknik Merlimau untuk bagi pendedahan pada anak-anak tentang hala tuju perjalanan pendidikan mereka nanti.


Daripada berpuluh gambar terselitlah satu dua muka anak bujang...dan lets save the photos. 

Ada satu haritu anak-anak di bawa ke International Aero Training Academy (IATAC) di Batu Berendam dan malam tu Khilfi call kata "abang rasa macam nak jadi pilot nanti".  Auchhhhh jatuh ke tanah bergolek-golek jantung ammi dengar.  Tapi ayat ammi "boleh, dengan syarat abang kena usaha keras dapat 9A+ pastu apply scholarship.  Abah ammi tak mampu nak bayar kos ratus ribu".  Ammi tau pun sebab kami tengah handle satu kes yang melibatkan seorang juruterbang.  

Anak-anak juga dikenalkan dengan subjek-subjek Elektif untuk tingkatan 4 nanti.  Ada juga ujian khas untuk siapa yang tak nak ambil Biology tapi nak ambil subjek Sains Komputer.  Untuk tingkatan 1-3 Khilfi memang ambil Asas Sains Komputer (ASK) instead of RBT.  Tapiiiiiii dia tak lepas pulak ujian kelayakan untuk ambil SK di menengah atas.  Jadi nak atau tidak...terpaksalah menghadap Bio ye anakku sayangku.






Tak pasti tangan ghaib milik ibu ayah siapa yang menaja makanan anak-anak ni.  Moga Allah sahaja yang membalas.


Ada juga talk daripada doctor gigi tentang laluan kerjaya dalam bidang pergigian dan bila check bionya....oh Alumni Mozac rupanya beliau.  


Ada juga perkhemahan perdana.  



Kena berbaris...dan buat pertandingan kawad kaki antara rumah.  Yesss kalini Temenggung Champion.  Bersih je bunyi derap kaki tu takde kedengaran bunyi tahi lembu bersepah.  

Teringat masa ammi kadet disekolah dulu...yang jadi trainer adalah cikgu Sejarah yang juga askar Wataniah berpangkat.  Cikgu Kalai.  Bila kita hentak kaki tak sama nanti ayat dia "hangpa semua ni orang ka lembu?  Pasaipa, saya dengar bunyi tahi lembu bersepah-sepah?"


Ada juga kaunseling untuk beri pendedahan cara menangani stress dikalangan remaja.  

Begitulah berakhirnya tingkatan 3 Superisme2327.  Tahun depan kalian semua akan berada di tingkatan 4.  INGAT....tingkatan 4 bukan honeymoon year!

Terima kasih tak terhingga buat Guru Penyelaras Superisme, Cikgu Rozinah yang sangat memahami kehendak dan keperluan ibu ayah.  Dia cakna segalanya.  Harapan kami semoga cikgu dapat terus jadi penyelaras buat batch Superisme tahun depan.

Terima kasih juga buat SARANA Superisme yang sangat aktif, cemerlang, gemilang dan terbilang.  Kita bodek sikit supaya mereka kekal dalam jawatan tahun depan.  

Padam kenangan

Anak wedhok sorang ni pun dah habis belajar peringkat menengah.  Lepas ni kalau masuk asrama pun tak perlulah ammi ni heboh nak save banyak-banyak nombor.  Dia dah boleh bawa handphone ke mana-mana.

Haritu tengah santai-santai ammi pun scroll contact list dalam phone ammi.  Banyak betul nama yang ada dua tiga nombor sampaikan ammi pun tak sure nombor mana yang latest.  

Sampai kat nama anak sendiri lagi banyak.  Dah delete hampir 4-5 nombor baru teringat nak screen shot.  Ammi save nombor di hostel setiap kali anak-anak call supaya ammi alert bila ada incoming calls.  Sekarang ni scammer pun sibuk "rindu" nau kat kita nak call hari-hari kan.


So, sekarang ni hanya nombor dengan tanda 💗itu sahaja yang tinggal.  Itulah nombor yang dia dah guna sejak 2020.  Berterima kasihlah pada Covid sebab angkara dia anak-anak semua boleh ada phone sendiri, nombor sendiri.  

Dah alang-alang tu checklah pulak nama Khilfi.  Lebih kurang juga banyaknya.


Khilfi ni pulak sejenis kalau call dia akan cakap "harini abang call ammi dari telephone belakang pintu".  Tu yang tak memasal ammi save as (blakang pintu).  Yang NB tu cer teka apa.

NB tu maksudnya Notice Board ahakss.  Dia call dari phone tepi notice board.  Ammi rasa ada few nombor macam XOX, wallet tu dah boleh dibuang sebab card tu pun dah hilang dan public phone tu pun banyak yang dah rosak disekolah.  

Sarapan

Ammi kalau di office, ada hari ammi sarapan.  Ada hari ammi minum je black coffee pastu lunch karang baru makan.  Konsepnya pilih salah satu waktu untuk makan gitu.  Nak sarapan atau nak lunch.  


Ada sekali tu abah bawa anak-anak balik Melaka.  Kakak ipar ammi (kaklang) mintak tolong bersihkan rumah persinggahan sebab dia balik berdua je dengan suami.  So memang tak laratlah nak bersihkan najis-najis yang macam berpesta kat atas lantai.  Bukan main seronok ek cicak tu cret sana sini.

Kaklang bekalkan sambal sardin pedas melahar untuk ammi dinner kat rumah sebab yang lain-lain dah dinner awal di Melaka.  Baki sambal sardin tu ammi jadikan nasi goreng add on kobis sikit, jagung sikit, pecahkan telur.  Pastu jomlah makan kat office.


Hari singgah di Eco sebab teman Kyra cari kerja (tapi kena reject sebab umur belum 18 ahaks), jadi ammi pun belilah kopi yang dipack semula.  Kopi Cham ni maksudnya campur teh ke?  Ammi minum rasa macam teh lebih dominan.  


Yang ini kejadian sehari selepas jemput anak-anak balik asrama haritu.  Anak-anak lepas Subuh semua dah tarik balik selimut balas dendam tak cukup tidur di asrama agaknya. Maka abah, ammi dan mandak umi je keluar gi sarapan.  Abah makan mi kari, ammi makan lontong yang dah lama tak makan dan mandak umi makan telur separuh masak je.  Diet betul adik ipau sorang ni.  Anak-anak kita tapau roti canai je sudah.


Masa hari Krismas ammi buatlah mi goreng daging basah.  Pastu lanjutlah dengan aktiviti keluarga macam biasa.


Ini breakfast kami semalam.  Anak-anak request nak wrap je.  Ini je gambar yang ada.  Ayam tu pun day before ammi dating berdua dengan Kyra dan ammi beli yang dah siap marinate je di Jaya Grocer.  Punyalah malaskan.

Jadilah adalah juga entry untuk blog yang semakin sendu ni.

Memori lama

Semalam mendung je cuaca. Lepas sarapan mood pun mendung je nak buat kerja rumah.  Jadi kita duduk-duduk jelah layan telefon.

Facebook keluarkan memori 28 December.  Banyak betul memori merapu dulu-dulu yang keluar.  Tapi kita share semula yang ini jelah. Yang lain tu memalukan betul.  Huhu.

Ammi ni sebenarnya nak buat update semalam lagi dari phone.  Ammi dah compress gambar bagai tapi ehhh dia tak boleh pulak nak upload gambar.  Gedik eh.



Mereka rapat sangat dari kecik.  Dalam kereta walaupun dah dibaringkan seat belakang tu tetap juga nak tidur berhimpit camni.  Sekarang ni pun kadang-kadang berhimpit juga main phone atas katil kakak.  Bukan berdua, kadang-kadang bertiga.  Kadang-kadang dengan kucing sekali.  Hukalohhh.  Katil kakak tu size single je pun.

Semoga teruslah kekal rapat ye anak-anak.  Tapi sekarang tak perlulah tidur gaya camni ngan kakak.  Ammi hempok je karang.  



Hahahha benda camni pun ko nak merempan kat Facebook ek Sharmila?  Tak faham betul.  Tapi kalau fikir semula orang sekarang tak merempan kat FB tapi dorang sikit-sikit up kat Thread.  Thread tu nanti boleh keluarkan memory macam kat FB ke ek?  Kalau ada mesti malu kan baca posting sendiri.

Koleksi

Ini antara poster-poster yang cikgu share dalam group ibu ayah menjelang anak-anak ambil papers subject masa SPM haritu.  Rasanya bermula subject elektif yang semua poster ni keluar.  Masing-masing cuba mencari kekuatan agaknya.

Ini batch pertama untuk para pendidik set benchmark sekolah.  


Chemistry.


Antara subject yang susah tapi nampaknya Kyra lebih cenderung ke sini.


Paper yang buat ramai anak-anak down.


Masa subject terakhir tiada poster.  Yang ada hanyalah kek.  Ini memang kek real ni korang untuk anak-anak selepas mereka habis jawab paper pukul 5 petang tu.  Kek sebagai simbolik paper Add Math.  Paper yang  buat ramai anak-anak menangis.  Kyra kata "kakak jawab, tapi dah separuh jalan macam eh betul ke aku jawab?  Syok sendiri ke jawapan ni?...".  Tiba-tiba jadi ragu-ragu.  

Alhamdulillah.  SPM pun dah tamat.  Lupakanlah apa yang berlaku dalam dewan peperiksaan.  Move forward dan silalah cari kerja sebab abah ammi cuma tanggung makan, minum yang basic dan pelajaran saja.  Sila tanggung "lifestyle" anda sendiri.  Ahaks.. Kejam tak?

Kyra sudah 17

Alhamdulillah, hari Ahad bersamaan 21.12.2025 genaplah 17 tahun usia satu-satunya anak perempuan kami.  Terima kasih Allah kerana hadirkan anak yang baik, yang bijak, yang cantik, yang rajin buat kami.  Ok done membodek dengan harapan setiap hari ammi balik kerja rumah cantik merelip.

Kami ke IOI Putrajaya je.  Plan asal nak ke Nilai tapi macam IOI lah banyak sikit pilihan makanan.  Sampai di situ dia kata nak makan di Teppanyaki.  Itu je??? Nampak? Senangkan 'bela' seketul anak dara yang tak demand ni 🙄.  Tapi bila sampai Teppanyaki expectation dia tak sama.  So tukar plan.

Berdepan dengan Teppanyaki ada The Manhattan Fish Market.  Situ jelah akhirnya.  


Ammi beli baju tu untuk ammi.  Tapi bila ammi pakai walaupun jadi menggelebeh disana sini.  Bahu jatuh semualah.  Pakai kat dia elok je.  Hmmm rezeki dialah.



The one with the family.  Disember 2020 kami ke restoran yang sama tapi di Seremban dengan arwah mama dan Kyra sebab nak sambut birthday mereka berdua.  Hari ini 24.12 adalah birthday arwah mama dan andainya masih hidup 69 sudah usianya.


Suruh tunggu makanan dia gi solat pulak ahakss.  


Ni ammi punya - Baked Snapper with Butter Shrimp Rice.  Silalah add on air masa ni kalau nak jimat sebab air jadi RM5.95 je.  Kalau beli asing air jadi RM11++ gitu.  






Kyra macam biasa kalau tak Fish & Chip dia mesti ambil Aglio Olio.  


Mac & Cheez ni Alip punya.  Puaslah tanya cukup ke? Katanya cukup.  Belum sempat sejam dia sibuk tanya "lepas ni kita nak makan kat mana lagi?  Ehhhh dia ni.


Air yang kami order.  3 je air manis untuk yang belum berapa nak manis.  Untuk abah ammi yang manis terlebih ni kita share minum air mineral botol je.

Kek takde?  Ada kami beli sepotong je itupun masa dia beratur beli sushi kita suruh dia bayarkan sekali.  Takde surprise-surprise bagai.  

Begitulah cara kami meraikan hari lahir.  Biasanya makan, makan dan makan.  Kek jarang-jarang ada sebab... hmmm sebab suka hati sayalah.  Keluarga saya kan.  Ahakss...sombong betholl.  Masa type ni terngiang-ngiang suara arwah Siti Sarah Raisuddin.  Dia kan suka sebut perkataan camni dalam video masakan dia dulu-dulu.

Jemput anak

Jumaat lepas kami berpecah ambil anak.  Kalau tahun lepas kami ada drama masa menjemput anak, tahun ni Alhamdulillah kita bahagi-bahagi tugasan.  Ammi ke Segamat, abah ke Ayer Keroh.  Umi (adik ipar ammi) awal-awal dah offer diri untuk jemput Kyra lepas habis SPM.

Hari Khamis Umi balik kerja dan jemput ammi di rumah dan kami terus balik Melaka.  Pagi Jumaat tu kami bergerak dari Alor Gajah ke Segamat.  Singgah sarapan bagai dalam 10.25pagi kami sampai dah di depan pintu sekolah Kyra.  Belum boleh masuk lagi.  Tapi tulahhhhh punyalah panjang barisan kereta.


Kami dari arah sini, ada yang dari opposite direction, dan ada yang dari kiri.  Perghhhh mantap.

Dalam pukul 10.30 pagi whatsapp group dorm Khilfi pun berbunyi.  Kat sana pun masalah jam juga.  Kereta semua naik, yang turun sendu.


Barisan kenderaan nak naik ke sekolah Khilfi.  Abah kata abah sampai sini lebih kurang 11.15 pagi pun masih jam lagi aliran nak naik ke atas.  Bertabahlah.

Masa ammi hampir sampai di kawasan menjemput anak, ammi nampak ada satu pintu di belakang Aspuri terbuka.  Ammi terus je suruh Mandak Umi park kat situ dan ammi cari Kyra suruh check boleh tak lalu pintu belakang tu.  Bila dia kata boleh je moh le kita.  Tadaaa...by 11 kita dah selesai masukkan semua barang dalam kereta.  Pastu moh le kita layan Kyra bergambar.  Berlambak-lambak gambar dan video dalam phone ammi.



Ammi pun ambillah kesempatan sementara kereta-kereta yang lain semua masih melekat di ruangan parkir aspura dan aspuri.  Korang load barang slow-slow lah ek, kami gerak dulu.


Bersama seketul ammi yang walaupun dah berdiri di atas tu pun masih gitu jelah ketinggian.  Nama tempat yang ammi berdiri tu apa korang?  Slab eh? 


Dia nak bergambar dengan banner ni diluar sekolah, marilah.  Kalau ngan Mandak, mandak dia layan.  Kalau dengan abah mungkin lambatttttt lagi.


Lebih kurang 11.30 pagi kami dah sampai di Gemas.  Kita singgah ZUS sebentar melayan tekak.


Cafe Latte for both ammi & mandak, mango smoothie for Kyra.  Lebih kurang masa orang tengah solat Jumaat kami sampai di Alor Gajah.  Selesai solat dan lunch, abah pulak menyusul dengan Khilfi.  Alhamdulillah.....lengkaplah kami berlima.

Lepak-lepak tengok badminton match pastu lepas Asar kita gerak ke rumah adik ipar satu lagi di Paya Rumput untuk early dinner pastu kita gerak gi main Pickle Ball pulak di Cheng lepas Maghrib.  


Begitulah Jumaat kami yang sangat padat dengan aktiviti dari pagi hingga ke malam.  

Farewell Dinner Warrior2425

Sehari sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2025, sekolah Kyra buat Farewell Dinner untuk meraikan anak-anak Warrior2425.  


Setiap bulan sejak dari awal tahun haritu kami parents Warrior2425 dah buat collection RM30 seorang untuk persediaan setiap aktiviti sekolah yang melibatkan anak-anak kami.  Duit ni sebenarnya untuk bahan bantuan mengajar, program tambahan, makanan tambahan waktu kelas tambahan dan seperti dipersetujui sekiranya ada baki kita guna untuk farewell dinner.  

Untuk dinner ni ada juga makanan tambahan yang ditaja oleh parents.  Bukan itu saja, artis pun ada yang taja juga.  Terima kasih pada parents yang sudi menaja.


Nilah artisnya, Aqmal Daniel pemain violin.  Ammi tak kenal tapi kalau dah percuma why not.


Mereka tiada majlis convocation, pakai graduation robe macam sekolah lain yang dah ada tabung besar untuk program besar.  Tak apa, masuk U nanti pakailah robe tu ye.  


Ehhh, bergurau pulak atas pentas ye?  Hmmm.


Ada acara potong kek juga untuk December babies.



Orang lain duduk diatas, udah kenapa kamu sorang duduk di bawah anakku?

Seminggu sebelum majlis dia call minta ammi poskan baju kebaya ammi untuk dia guna masa majlis.  Dia pernah pakai baju tu dulu.  Ammi pun macam ok, cari semula baju tu dengan tudung yang sesuai.  Sekali bila ammi ukur hmmmm dia ni beza lebih kurang 10-11cm juga dari ammi.  Ammi punya kain tu kalau ammi pakai ammi lipat sekali je.  Agak-agak kalau dia pakai confirmlah senteng kain tu.

So, bincang dengan abah, ammi pun lelaju scroll tiktok dan order je baju murah-murah.  Dah order, ammi deal dengan seller minta tolong hantar ke sekolah tu paling cepat yang boleh.  Dan Alhamdulillah, hari Rabu both baju dan tudung dah selamat sampai.  

Jadilah ek baju RM29 dengan tudung RM13 untuk dinner.  Pada ammi kalau badan masih lawa, ko pakai baju RM3 pun akan tetap nampak lawa.  So, sila jangan mengembang macam belon ye Kyra Saffiya.


Alhamdulillah, berakhir sudah semuanya.  

Bisul

Lanjutan dari abah dirujuk ke Bahagian Kecemasan di Hospital Tuanku Jaafar untuk pembedahan, kami pun ke HTJ pada keesokan harinya hari Selasa.



Sampai di HTJ, ujian-ujian dibuat.  Abah dimasukkan antibiotik di tangan.  Pastu kena naik air.



Sekali pukul 3 petang doctor kata, kami tidak akan buat pembedahan hari ini kerana bilik bedah dan ward penuh.  Kami akan berikan ubat dan datang semula selepas 2 minggu.  Helloooooooo, seriously?  Ammi faham kalau kata tak cukup kemudahan.  Masalahnya kenapa tak cakap dari awal?  Kenapa dah sidai pesakit dari pagi pastu petang baru nak kata tak boleh buat?

Jadi ammi pun call lah klinik swasta di kawasan rumah dan dorang memang ada buat minor surgery.


Eh lawa pulak pintu kayu kat klinik ni.  Dah jumpa doctor dan dapatkan konsultansi dan abah diberikan ubat antibiotik untuk cuba surutkan bisul tu sebab masa hari kejadian memang merah mengening dan agak panas kawasan di sekitar bisul tu.


Selepas dipakaikan ubat sapu untuk surutkan bengkak.  Diameter bisul tu lebih kurang 5-6 cm.

Hari Ahad kami kembali lagi untuk teruskan dengan prosedur buang bisul tu.  Ammi pun dibenarkan berada dalam bilik prosedur dan hampir nak weng jugaklah kepala bila tiba-tiba nampak darah dan nanah mengalir banyak.  Jammmmm kepala makkkk.


Doctor kata kalau darah banyak boleh datang semula ke klinik.  Ni ha sebelum 1 jam pun dh penuh darahnya.  Tapi ammi ganti sendiri je gauze dan plaster tu.  Minta tolong anak buah tolong gi belikan dan kita ganti dan bersihkanlah luar-luar kawasan masa nak solat tu.  Kain gauze yang doctor sumbat dalam luka tu memang ammi tak usiklah.


Menjelang petang, dah tak semerah itu warna gauzenya.  Dan abah pun dah happy-happy bawak motor gi beli rokok, beli rotilah.  Aippppp, memang tak reti duduk rumah ek?

Dan kedalaman torehan tu agak dalam juga.  Masa doctor buat procedure tu ammi perasan doctor duk masukkan hampir separuh syringe yang 10ml ke dalam torehan sebab nak masukkan antibiotik.  

Mulai hari Jumaat ammilah yang kena buat dressing sendiri.  Alah bisa tegal biasa.  You can do it Ammi.

Harga buat surgery di klinik swasta lebih kurang RM150 - 200 bergantung pada size.  Masa abah haritu total surgery campur ubat semua dalam RM239 camtu.  Pastu dressing setiap kali pergi RM40.00.

Selamat menjadi nurse Sharmila.