Yong Tau Foo sedap

Hari Rabu hari pasar malam.  Kebetulan abahnya tak sempat nak masak-memasak kat rumah sebab sibuk dengan urusan kerjanya.  Its ok...awa ta masak pun saiya saiyang awa juga.  Ahaksss tetiba gediks.

Ammi ni pulak sebenarnya dari pagi masa tengah berlapar buat IF terbayang-bayang roti naan dengan chicken tandoori, perah dengan limau nipis tu.  Perghhhh.  Dalam otak masa buka puasa IF pukul 12.30pm tu cakap petang nanti nak ajak abah gi cari roti naan.  Sekali petang tu abah offer, "nak makan yong tau foo pasar malam tak untuk dinner"... ehhhh terus ammi onzz.  Tak tetap pendirian betul.

Setakat ni ammi suka sangat dengan YTF kedai Khai & Jaafar di pasar malam Sg. Besi ni.  Dari mula ammi kahwin tahun 2004 sampailah sekarang... masih setia dengan YTF sini.  Dari abang & kakak tu muda sampailah nampak dah berusia.  Ehhh macamlah ko tu makin muda ammi.

Dulu namanya "Kedai Kak Long" kalau tak silap...sekarang ni tengok banner belakang gerai tulis Khai & Jaafar... apa-apa jelah kak...janji saya suka YTF akak & abang.  


Semalam agak kurang crowd.  Minggu terakhir cuti sekolah mungkin.  Ramai yang balik kampung agaknya.  Kalau tak tu...nak memilih pun berhimpit-himpit.


Penuh satu periuk besar.  Periuk ni 3 beradik...ni yg paling besar punya dan penuh.  Harga dia cuma RM49.00 je makan berlima.  Siap tak habis dan bakinya abahlah yang terpaksa habiskan malam lepas balik dari surau.

Ammi biasanya memang akan ambil Yong Tau Foo soup...pastu kuah dia tu minta sikit je buat cicah-cicah.  

Nanti kalau dah pindah Seremban mesti ammi rindu YTF akak ni... so far kat Seremban ammi belum jumpa lagi YTF yang kena dengan tekak.  Nantilah kita buat misi menjejak YTF.  Orang Seremban, sila cadangkan tempat YTF best selain kat benteng yang dah tak berapa nak sedap itu.

Berkelah di pantai Port Dickson

Ini kisah 2 minggu sudah.  

Minggu yang Ozil bersunat, masuk ward tu (11.12.2022 - 16.12.2022) boss ammi suruh ammi work from home je.  Khamis 15.12.2022 tu ammi call boss tanya agak-agak hari Jumaat tu ada apa-apa urgent tak, sebab kalau tak ada ammi nak balik Seremban.  Plan asal memang ammi nak balik Seremban sebab ammi nak mula mengecat rumah.  Nak beli cat dan peralatan lain.  Boss bagi green light, pagi Jumaat tu ammi terus je balik.


Budak baru lepas sunat ni masih berspenda tempurung dan takut nak duduk rapat kaki.

Jumaat tu mencarilah kedai cat di Seremban beli keperluan yang patut dan lepas solat Jumaat kami mula proses mengecat.  Sebelum tu masa dorang gi solat Jumaat ammi dengan Kyra sapu-sapu sawang yang ada, alih-alih mana perabot kecil yang boleh dialih.  Dorang balik je terus mula operasi.  Alhamdulillah petang tu sebelum Maghrib selesai satu layer diruang tamu.  Kemas, menyapu, mop semua merasa gaklah Asar gajah.  Ingat Subuh je ada gajah??...asar pun terjadi gajah juga.  Mujur sempat...kalau tak ketuklah kepala sendiri.  Itulah masalahnya ammi...selagi tak siap selagi tu ammi cuba selesaikan sebab sakit betul mata bila tengok rumah tak ada rupa rumah.

Esoknya, adik ammi plan nak berpicnic dengan family along di Port Dickson.  Ammi lupa pulak nama pantainya, Pantai Cermin ke Pantai Cahaya ntah.  Dorang dah plan cuma ammi je yang tak masukkan diri dalam plan sebab takut tak terjoin.  Tapi dah alang-alang ada oklah...join jugaklah.  Ammi pilih makanan paling senang utk dipotluck iaitu ayam goreng dan air.  Kita kasi air spesel sikitlah...ice cream soda + sirap + limau + serai.

Along sampai awal sikit sebab nak cop port baik punya yang dekat dengan toilet.  Dia sewa juga khemah & 2 buah kerusi malas pada harga RM50.00


Suruh Kyra ambil gambar makanan...ehhhh dia ambil gambar bekas makanan je.  Awat tak buka penutupnya nak oiiiii??

Macaroni pedas (along)
Spiral tak pedas (along)
Laksa Kelate (ummi)
Ayam goreng (ammi)

Itu jelah lauk main untuk makan-makan.  Syukurlah dengan rezeki yang ada.


Garang betul muka makcik kantin jaga makanan ni.


With my one and only girl - cucu ke-4 arwah muma & aca



Kusyuk betul Arjuna dengan rekaannya - cucu ke-7 dan terakhir arwah muma & aca setakat ni.


Tunggu abi awak nikah baru...ada rezeki adalah adik untuk awak.


Orang baru lepas sunat ni pun terjun laut juga.  Abah kata dulu-dulu kat kampung memang air laut ni je ubat lepas sunat. 


Cucu ke 5 arwah muma & aca.


Gigil tak boleh nak dibawa berbincang.  Cucu ke 6 arwah muma & aca.


Makcik kantin tengah bizi siapkan juadah 


Ewahhhh pasangan berdarah manis...bukan main lagi ye.
Abi & Ummi.

Anak-anak ammi pun panggil Ummi je sebab confuse nak panggil Mak Su Tikah...sebab nama ex-wife adik ammi dulu pun Ika juga.  Sebutlah camna pun kadang-kadang tetap ammi ingat dorang sebut Ika, padahal dorang sebut Tikah.  Ehhhh senang semua orang panggil ummi je.  Haaaaa takyah nak confuse dah.

Tu yang adik ammi cakap...agaknya tertulis kat Luh Mahfudz... ika yang ini.  Terjumpa "ika" yang lain tu yang sekerat jalan je tu kot.  hahhaha boleh ye gitu?


Laksa kelantan.  Sedap.  Ammi tak makan laksa penang...masa memula nak cuba laksa kelantan ni risau gak...tapi dah cuba Alhamdulillah.  Kena dengan tekak.

Malu kakak ipar awak ni tau...dia reti masak yang bodoh-bodoh. Tengok hari kejadian pun dia bawak yang paling simple sekali.  Awak siap bawak laksa hokeyyyyy.


Nak suruh orang makan pun muka tetap garang makcik kantin ni.


Cucu sulung arwah mama.  Yang selalu ada disisi muma masa muma sakit, masa muma demam.  Yang selalu kena marah dengan muma, yang selalu kena cubit dengan muma masa kecik.


Cucu ke-3 arwah muma & aca.

Mana gambar abang ipar ammi ntah?  Sampai hati anak dara babah ni tak snap gambar babah dia.

Alhamdulillah, piknik kali berjalan lancar.  Semua ada kecuali cucu kesayangan muma yang ke-2 ni.  Dia tengah practical...jadi awak duduk jelah kat kitchen tu ye PakTam.


Dan-dan tu dia jeles orang letak gambar dalam group dan dia pun share gambar dia juga.  "Abang takyah mandi laut pun dah sunburnt teruk", katanya.  Ahaksss... Hitam itu premium abang.

Insyaallah jika Allah izinkan nanti kita piknik or camping lagi selepas Abi & Ummi disatukan.  Baru best sikit nak bermalam bagai.

Me time bersama mee

Assalamualaikum.  Salam Jumaat terakhir di 2022.

Ammi tengah on the way balik Seremban naik komuter ni.  Petang semalam boss release ammi awal dalam pukul 3.30pm.  Pastu ammi pun macam...


Ammi    : Great!...I can have my me time.
Boss       : Why, what about the rest?
Ammi    : They are all in Seremban. Sambung cat rumah.
Boss       : You?
Ammi    : I'll join them tomorrow after work.
Boss       : I don't think we have much to do tomorrow. Go and join them today. Don't bother coming in tomorrow then. But please bring back your laptop just in case I need you to do anything.

Ehhhhh dia tak kasi kita ber"me time" pulak.

Masa on the way balik tu ammi macam nak balik Seremban terus ke, atau nak balik esok..berbelah bagi sungguh.  Dah sampai rumah, mandi, solat asar keluarkan laptop, finalisekan cause papers yang ammi buat tadi kot-kot esok boss nak file esok sebab kat Seremban tak ada line internet.  Guna hotspot risau tak cukup padu je karang.  Dah siap semua sekali macam arghhhhh berat pulak nak bersiap-siap keluar rumah.  Ber "me time" dalam rumah jelah nampak gayanya malam ni sambil layan Netflix dan berblogwalking.  Lama juga tak blogwalking sungguh-sunguh.  

Pukul 6 lebih dah terasa lapar...sebab  biasanya waktu ni lah ammi dinner.  Dalam kepala terbayang instant noodle je sebab nak turun bawah beli makanan pun malas dah.  Nak order grab pun macam tak kuasa.


Mujur ada mee segera ha...inilah pek terakhir dalam gerobok.  Bukak peti ais, sekali telur ayam dah tak ada la pulak.  Yang ada cuma telur itik.  Kalau tak letak telur macam tak sedap pulak mee segera ni nanti.  Tawakal jelah.  Disebabkan telur itik ni ammi rasa agak hanyir (pada ammi la)...so tak pasal-pasal ammi letak halia dalam mee segera ni.

Oh yessss...ammi kalau buat mee segera ammi memang suka tumis dengan ikan bilis.  Arwah mama dulu dia tak leh terima kat tekaknya kalau ammi yang buat mee segera...pelik-pelik je katanya.


Alhamdulillah...pekat likat kuahnya sebab banyak bawang.  Ok-ok je rasa telur itik tu....takdelah hanyir.

So, awal pagi tadi lepas Subuh ammi siap-siaplah keluar rumah.  Kot-kotlah sempat nak bersarapan dengan "mee kari railway" dengan family tercinta kat Seremban.  

Sarapan pagi di Restoran Abang Buncit Seremban 2

Hari Sabtu 24.12.2022 awal pagi ammi dah gerak balik ke Melaka.  Ammi tak dapat pun attend majlis pertunangan kak SA.  Awal-awal masa dijemput ammi dah maklumkan yang ammi mungkin tak dapat hadir sebab ada kenduri keluarga di Melaka.  Kendurinya hari Ahad pagi, tapi hari Sabtu tu hari merewang.  Kalini adik-beradik pilih untuk masak sendiri...jadi segala proses mula dari zero.

Sebab ammi bukan otai yang akan memasak...jadi tugas ammi biasanya bab kupas bawang, potong cili, rebus cili, blend cili, basuh ayam, nanti nak basuh pinggan mangkuk cawan dalam gobok, lap-lap.  Kita settle kerja kita kita serahkan pada yang pakar untuk acara masak-memasak.  

Sebelum balik Melaka kenalah alas perut dulu.  Memula ingatkan nak ke Warung BamBam di Bukit Chedang tapi bila baca review kata kena beratur, selalu penuh ammi macam...takyahlah.  Cari kedai lain jelah.  Ammi google je dan nampak ada menu roti bakar arang kat kedai ni.  Moh le kita cuba.


Restoran Abang Buncit Seremban 2.  Dia buka di tepi rumah je.

Alamat:
341, Lorong S2 E12/1, Garden Homes,
 Seremban 2, 70300 Seremban


Gambar ihsan Google.



Dia ni hantu telur separuh masak.


Ammi tak order pun roti bakar telur goyang ni.  Masa orang tu hantar, rupanya dia silap buat dan kita ambil jelah...buat-buat ghaso orang kata.  Tau-tau je sebelum sempat Kyra ambil gambar dah hilang telur sebelah.  Laju betul tangan Khilfi.


Roti Bakar Butter untuk Ozil.


Roti telur favourite Kyra


Roti Sarang Burung Jantan untuk Abah & Khilfi


Mee kari ammi.  Mee kari ni self-service jadi ko kaut jelah apa yang nak kaut.  Rasa agak sedap cuma kuahnya cair.  Kalau tak letak sambal tu mmg cair jelah.

Total harga sarapan termasuk air cuma RM33.50 je.  Murah je ammi rasa.

Nama kedai Restoran Abang Buncit...tapi abang yang tebar roti tu (ammi rasa dialah owner) kurus je orangnya.  Dulu-dulu dia buncit kot.

Makan di Benteng Walk Seremban

Hari Jumaat lepas, pagi lepas hantar ammi ke pejabat Abah & anak-anak gerak balik Seremban. Dorang ada misi mengecat rumah yang masih belum selesai.


Sebelum


Selepas....tapi masih belum selesai.

Haritu ammi tanya pada contractor yang buat toilet ammi berapa dia charge kalau nak cat hall sahaja...RM1,300.00 katanya sebab nak scrap dinding, nak buat undercoat, pastu 2-3 layers cat lagi.  Ammi terus macam...hmmmm takpe.  Kita cat sendiri jelah sementara tengah cuti sekolah ni.

Ammi agak menyampah tengok tiles hijau di tengah-tengah hall tu.  Tapi nak buat camna...beli rumah sub-sale harga murah-murah gitulah.  Nanti nak cari carpet besar jelah tutup bahagian yang menyakitkan mata tu.  Nak tukar tiles kat hall macam kempis pulak poket abah dan ammi.

Ammi sampai Seremban lebih kurang 7.25 malam.  Ammi pesan kat abah suruh solat siap-siap kat rumah dengan anak-anak.  Ammi solat kat bus stand tu je pastu nanti boleh dinner terus.  Kalau balik dulu nanti liat pulak kaki ammi nak keluar semula dengan hari cuaca yang hujan renyai-renyai ni.

Dah sampai Seremban anak-anak pilih nak makan kat Benteng sebab itu jelah pun tempat yang dorang tau.  Maklumlah belum jadi orang Seremban sepenuhnya.


Gambar ihsan Google

Masa ammi kekecil dulu benteng ni lokasi dia ditempat lain.  Betul-betul berdepan dengan jirat cina diseberang jalan besar dan arwah pakcik ammi pun salah sorang peniaga kat situ.  Lepas arwah Wak meninggal, anak-anaknya ambil alih dan kemudian bila masing-masing dah kahwin, dorang berniaga di kawasan rumah je.


Gambar ihsan dari blog kak Suria Amanda.

Ammi tak ambil gambar suasana  benteng haritu sebab sampai pun dah gelap.  Plus agak hujan renyai-renyai.

Ammi google je sekali tengok eh gambar kak waghih ..ammi pun pinjam jelah walaupun tak mintak izin dulu.  Ammi pinjam gambar ye kak SA dan ammi suspek pakcik & makcik yang berjalan di sebelah kiri (kat arrow tu) adalah Pak Zain & Mak Pah.  Betul tak kak SA?

Ini kali pertama kami makan di Benteng lepas ketiadaan mama.  Dulu arwah mama rajin ikut ke benteng...bukan nak makan sangat pun tapi seronok kumpul-kumpul tengok cucu makan pastu mama pun cicip makanan anak menantu cucu.  Rindunya.


Kyra & Ozil nak makan Yong Tau Foo soup.  Silalah pilih sendiri.  Ammi kurang dengan sos cicah dia... sup dia ok je.


Ammi makan mee bandung.  Terlupa pulak.  Selalunya ammi jarang order mee bandung di tempat lain tanpa tanya cara penyediaan.  Pakai sos ke ada kacang ke...ni main order je dan ko dapatlah mee bandung berkuahkan sos cili & sos tomato.  Arhgggghhhh...tapi dah order.  Makan jelah ammi.

Makanan orang lain ammi tak ambil gambar sebab lambat nau sampai.  Ammi lepas settle makan, dok layan pulak pakcik busker ni busking..sedap pulak suara pakcik tu.

Sampai je rumah around jam 9.30 malam..hujan selebat-lebatnya.  Nak mandi pun takut.

Birthday treat di ChitChat Steamboat Buffet & Grill

Birthday Kyra hari Rabu haritu kami sambut dengan acara makan-makan.  Memang itu jelah kami buat tiap kali ada sambutan hari lahir anak-anak.  Tak reti ammi nak plan surprise2 bagai.  Korang pilih nak makan mana abah & ammi akan bawa.  

Macam yang ammi dah jangkakan dalam post birthday Kyra haritu, memang confirm dia pilih untuk makan stimbot.  Rasanya semenjak birthday dia yang ke-8 dia tak pernah miss mintak makan stimbot tiap kali hari lahir dia.

Walaupun dah bagi dia pilihan restaurant lain macam korean, japan, arab, western...dia tetap nak stimbot.  Okkkkkk its your day and you decide what to eat.  Ammi pun cari jelah tempat makan.  Haritu masa tengok tiktok adalah nampak orang share restoran ni dan ammi pun masuk dalam list tempat nak pergi.  Terus je whatsapp restaurant ni  booking tempat sebab biasanya kalau tempat lain full.  

Lepas maghrib kami pun gerak.  Hari hujan, jadi jalan jadi agak jam, mujur waze bawak masuk celah mana ntah nak elak jam.  Rumah ammi di area Sg. Besi, tempat nak dituju dekat Puchong Prima, boleh tahan juga jauhnya.  Tapi dah maknya gedik pilih situ...nasiblah.


Gi tempat mur-mur je.  Tak cuba tak tahu.  


Budak yang diraikan.  14 sudah usiamu anak...Alhamdulillah.  Baju ammi yang ini dah terus jadi hakmilik kekal dia.  


Chit Chat Steamboat & Grill.


Pilihan sayuran yang ada.  Ammi agak kecewa dengan kualiti sayur-sayur dia.  Agak layu ,sayu dan kering je.  


Pilihan untuk grill.  Daging lembu dan ayam yang dah diperap dengan macam-macam flavour.


Pilihan bebola


Eh...ada pulak terselit anak orang kat belakang tu.  Pilihan seafood rasanya ada di ambil gambar haritu...tapi tak ada pulak dalam simpanan.  Ke ammi mimpi je?


Pilihan sos
Ada juga pilihan makanan yang telah digoreng macam mee goreng, nasi goreng, baby crab goreng, tauhu-tauhu kering...tapi gambar sume ilek.


Kami duduk diluar.  Agak cozy sebab tak ramai orang.  Tak macam tempat-tempat stimbot lain yang biasanya fullhouse.


Si kecik tu tak sudah-sudah dengan jagung dan instant noodle.  Bukan main lagi ye dia...mentang-mentang ammi kata ambil je apa nak makan...bukan main lagi dia layan instant noodle.



Ammi dok perati je dia ni.  Makan sambil mengelamun. Ntah apa yang dia pandang kat belah sana pun ammi taktau.  Lepas mengelamun dia jalan masuk dalam ambil aiskrim.  Bermangkuk-mangkuk dia makan.


Kami ambil 2 pot... berkuahkan tomyam dan sup ayam.


Syurga anak-anak ahaksss..


Syurga emaknya.


Alhamdulillah.  Balik dengan perut yang penuh.  Nak baring pun takut termuntah je masa tidur.  Selalu dinner pukul 7 malam dah selesai...haritu pukul 10.30 malam masih makan.  Ko rasa?  Korang tak yah rasa apa-apa....biar ammi je yang rasa bersalah.

Pilihan makanan agak tak memberansangkan.  Mungkin sesuailah dengan harganya sebab ammi rasa agak murah juga harganya.  Biasanya tempat lain yang ammi pergi harga bagi satu kepala cecah RM60 juga.  Jadi nak bebel pun padanlah muka ko ammi...ko yang pilih tempat.