Ammi cubalah untuk kawal makan sebab berat tak reti-reti nak turun.
Kalau rajin awal pagi ammi masak jap yang simple-simple dan bawak gi office. Paling kerap bangun tidur rebus je telur 3-4 biji. Huhuhu...kata Che Puan Sarimah Ibrahim telur adalah antara makanan yang paling kerap dia makan kalau kat set untuk kekal kenyang. Cuba jugalah untuk ajar 'otak yang degil' ni bahawa telur itu cukup. Tapi mmg degil wooo otak ni. Dah jadi buluh gitulah, memang payah dah nak dilentur.
Bawak telur rebus 3 biji dengan timun. Dalam otak dah set kalau lapar nanti kat pantry ada mi segera. Memang ammi beli untuk standby. Ahaks. Belum-belum dah standby makanan tak sihat sebab takut lapar. Teruk betul perangai.
Tapi ammi rasa ammi tak makan pun mi segera tu sebab pepetang masa nak balik tu ammi buat satu cawan lagi coffee o without sugar pastu cicah dengan biskut 2 keping.
Ini antara menu yang dah berulang kali ammi buat. Kobis dan carrot pecah telur. Potong siap-siap dari rumah jadi memang tak ada rupalah lagipun ammi ni memang tak ada plating skill lah.
Ini fail. Hari yang ko makan nasi macam nak pergi menoreh. Banyak tau nasi goreng tu, rasa adalah dalam 2.5 senduk. Letak sesenduk pastu rasa macam ehhh sikitnya. Pastu tambah sesenduk lagi eh masih sikit lagi. Chooiii.
Bawak telur rebus untuk sarapan. Nak juga ada sos sebab bila makan kosong rasa tercekik pulak dek telur kuning tu.
Gigih eh buat plating gini kat office.
Haaaaa yang ini gara-gara BAYM rice paper omellete ammi pun jadi cantiklah sikit dalam pinggan. Telur tu dah tak berapa half moon sebab ammi masukkan dalam bekas yang tak cukup panjang. Lama betul dia terkelepet sampai dah tak boleh kembali ke rupa asal.
Berapa berat ammi sekarang pun ammi tak tau sebab dah lama juga ammi tak timbang. Ammi tertolak jauh ke bawah katil penimbang tu. Masa menyapu pun macam penyapu ammi tak sampai. Jauh betholll. Nak tarik katil tu banyak kerja pulak nak kena buat.

.png)
.png)
.png)
.png)



12 Comments
wah gigih ye plating gmbr last tu..terliur la tgk menu yg kobis + carrot pecah telur tu
ReplyDeleteBila dah terbiasa makan dengan kuantiti sikit, nanti badan kita pun terbiasa. Time tu bila terlebih sikit je kita kenyang dah.
ReplyDeleteCie ni kalau telur rebus memang tak lalu. Scrambled egg ke omalette ke ok la.
ReplyDeletePandai pulak penimbang tu pun menyorok ahaha...
ReplyDeleteSama la, selagi tak makan nasi otak ni tak leh terima. Dok kata tak makan lagi. Ater, bila nak boleh pakai kebaya? Huhu
Setuju dengan komen Ezna di atas. Makan telur memang boleh kenyang. IF lama² pun boleh buat kita makan kurang.
ReplyDeleteWahhhhhh suka tengok semua gambar. Molek-molek belaka. Semoga terus semangat untuk eat clean yar💪💪💪
ReplyDeletebagus idea tolak penimbang bawah katil tu. makan je tanpa risau berat badan sebab susah nak ambil penimbang
ReplyDeleteGambar last tu dia punya plating...kenmain lagi...
ReplyDeleteeat clean ni memang journey yg membosankan. balik2 lauk sama je. tapi tulah, beauty is pain kan hahaha
ReplyDeleteSaya pun kalau sempat bawa bekal telur rebus. Kadang bawa epal hihau dan timun. Bawa pisau sekali untuk kupas epal.
ReplyDeleteMZ rasa nak restart diet la esok...moga2 kuat semangat
ReplyDeleteSaya sempat rutin makan siang dengan salad dan telur rebus. Pakai dressing buat sendiri. Tapi skr lagi bosan hahahahha. Jadi balik lagi ke lauk ayam panggang atau aneka tahu diolah Macam2. Penahan lapar, cuka apel 15ml + air 300ml + dengan chia seed sebelum makan kak. 👍
ReplyDelete