Hari Ahad lepas, (cerita Ahad lepas kita cerita Ahad ini barulah cool) lepas sarapan dan kemas-kemas rumah marilah sambung lagi tengok cerita Bon Appetit tu. Kejap tu macam, ehhhh apa benda nak masak untuk lunch ni. Ayam dah defrost.
So, kita tutup jap cerita Korea kita godek-godek tiktok cari apa yang kita boleh jadikan cerita kat blog. Ahaksss. Jumpa satu resepi ni. Macam best dan bahan semua ada kat rumah.
Tumpang diletak diblog aku ya mbak Kiki Sajaa resep kamu. Ini resepi orang Bugis katanya. Ayam Palekko namanya.
Ammi potong kecil ayam macam yang video tu tunjuk pastu marinate. Ayam perlu dimarinate dengan air asam jawa yang tak berapa pekat tak berapa cair. Dah siap marinate marilah buat bumbunya.
Sekaliiiii, ammi tertipu uolls. Ku sangka serai rupanya itu batang bunga kantan. Serai sebatang pun tak ada. Selalunya memang tak pernah putus bekalan serai dalam fridge. Ni yang berlambak-lambak dalam fridge daun limau. Yang beku ada, yang fresh hampir layu ada. Hmmmm nak kena babab tukang masak ni.
Ayam dah dimarinate dengan air asam jawa, kita jalankan jelah tanpa serai. Kalau di era Joseon mungkin sudah dipancung kepala kokinya kerana masak tak ikut spec Raja.
Taddaaaa... sedaplah juga tanpa serai, kalau ada serai mungkin lebih sedap. Masakan ni sebenarnya kuning. Tapi dalam gambar macam coklat pulak.
Buat telur itik dadar. Haritu ammi request kat abah masakkan lemak telur itik, dan abah beli 10 bijik terus telurnya. Guna 5 je pastu 5 lagi bersidai dalam fridge. Baca blog Cie haritu pasal telur itik dan esoknya marilah kita dadarkan.
Letak bawang dan daun sup yang banyak. Letak chili flakes, garam semua. Hmmm bolehlah diterima tekak walaupun ada juga keluar rasa hanyir tu sipi-sipi. Mungkin kalau masa kita mix bahan tu letak cili tumbuk ke kurang sikit kot hanyirnya.
Gorenglah sawi yang tinggal 2 pokok dalam fridge tu. Habiskan juga fish cake baki abah buat kueh tiow ladna tu.
Nanti kalau ada serai nak repeat balik menu Ayam Palekko tu.
Ada kawan blogger yang berketurunan Bugis ke kat sini? Kalau ada korang biasa buat menu ni?
0 Comments