Sarapan kami

Harini macam biasa ammi WFH.  Tak banyak pun kerja nak dibuat.  Prepare sikit-sikit Isnin nanti kita tinggal print je.

Bila ada kat rumah sekali-sekala dapatlah buat sarapan pagi untuk anak bongsu sebelum ke sekolah.


Buat sandwich telur jelah.  Semalam rasanya nampak macam banyak lagi roti dalam plastik tadi pagi tengokkkk ehhh memang tinggal last 2 keping je.  Jadi rezeki dia sorang jelah dapat rasa.  


Ini sarapan kami Ahad lepas.  Selalu sangat ada lebihan nasi kat rumah ni.  Memang tak reti nak bajet ngam-ngam.  Tapi itulah, lebih baik berlebih sikit daripada tak cukupkan.


Ini breakfast ammi masa jadi babysitter dak Awish.  Ammi buat rice paper omellete. Kononnya nak share ngan Awish tapi ammi lupa pulak budak tu umurnya 2 tahun pun belum.  Manalah dia reti nak kunyah rice paper yang liat2 diluar tu.



Dan ini breakfast ammi bila ntah. Dalam bus masa nak gi kerja terbayang-bayang roti 7 days ni.  Ramai yang tak suka croissant ni tapi ammi suka je.  Dulu masa di office lama hampir setiap hari ammi beli.  

Sekian saja kisah sarapan yang sempat dirakamkan.

Jap lagi nak gi cari bahan nak buat kek batik.  Baru je sekejap tadi anak dara di Segamat call minta buatkan kek batik untuk dia.  Mentang-mentang abah ammi nak ke sana esok.

Post a Comment

2 Comments

  1. Untunglah anak bongsu tu amminya WFH tiap Jumaat, dapatlah breakfast special dari air tangan ibu. Nasi goreng pun nampak sedap, betul, biar nasi berlebih, jangan tak cukup nanti risau ada yg menangis kat bucu dapur.

    ReplyDelete
  2. Saya la tu antara yang tak suka croissant 7 days ni 😄

    Wah..nak buat kek batik 😋

    ReplyDelete