Hari Ahad lepas 12 Oktober 2025, Alhamdulillah Allah izinkan imam ammi beralih angka. Kalau baby beralih bulan ada demam-demam, meragam, mujur juga orang dah separuh abad takde perangai bukan-bukan camni. Kalau ada nak di apakan pun taktau.
Pakatan untuk hadiah birthday abah dah dibuat seawal bulan 9 lagi. Pakatan bersama kakak, adik dan adik ipar abah. Alhamdulillah semua bagi kerjasama yang baik. Terima kasih anak menantu abah yang baik hati.
Kisahnya masa berlangsungnya program Hari Sukan Negara di sekolah Alip, ammi galak bertukar message dengan Umi (adik ipar) sebab apa yang kami tunggu dah confirm boleh dapat. Umi pun hantar message mintak kesian lebih kurang gini kat abangnya "Bandak, malam karang teman umi tidur Melaka. Nanti umi ambik". Ammi tau agenda itu tapi buat-buat macam "ohhh, bolehlah".
Kami dijemput belah petang. Sampai je kat Melaka, ehhhhh ramailah pulak. Ammi pun kena surprise rupanya. Hahhaha... ada along, dak Wan, dak Siti, KakLang yang kononnya taknak balik pun tetiba terjah dari Johor. Adik (mak si dadek) pun ada juga sebab kaklang naik Melaka bawa anak daranya yang di UiTM Pasir Gudang. Orang tak pernah berpisah dengan anak, gigih dia dan suami turun Melaka juga.
Ammi pun sebenarnya taktau ada acara potong kek. Acara sebenarnya lain. Kek ni kaklang yang beli dan masa dorang dok sediakan kek ni imam ammi ni tengah dok santai-santai atas kerusi urut. Dorang baru nak panggil ammi ehhhh tiba-tiba imam tu dah on the way nak masuk dapur. Terus cancel panggil ammi, dan dorang terus je nyalakan lilin. Menggelupur memasing kat dapur tu.
Pastu barulah kita tutup-tutup mata dan bagi dia the real surprise yang dah hampir sebulan dirancang.
Yang hitam berkilat itulah surprisenya. Gambar penuh kita simpan untuk diri sendiri jelah.
Masa nak order "dia" ni pun satu hal jugak. Ammi ni tak pernah pun ambik port pasal kereta, insurans, roadtax bagai. Bila biras tanya
covernote dan
geran kereta sedia ada ammi macam "ehhhh apa rupa cover note dengan geran ni".
Bukanlah saja-saja hadiah yang hitam berkilat ni, si hitam kami
Jennifer tu dah terlalu tua uolls. Dah macam-macam sakit dia. Kejap sakit kat depan, kejap kat bawah, kejap kat tepi. Aduhaiiii ngeri. Nak jual kereta tu pun belum tentu lepas nak bayar tambang gi
umrah untuk seorang. Boleh bayangkan tak berapa je laku kereta tu?
Ikutkan nak je maintain nombor Jennifer tu tukar ke kereta baru ni tapi karang tak jadilah pulak surprisenya. Apahal pulak tiba-tiba nak bawak kereta ke
Puspakom bagai. Jadi kita guna jelah apa-apa available running number yang ada di
JPJ.
Biras berjaya keluarkan kereta dengan kadar yang super segera pun dah cukup bagus. Ammi sign
loan agreement 2/10/2025 kereta berjaya dikeluarkan 11/10/2025. Sehari sebelum birthday sebenar. Lain macam dia pun speed bekerja untuk menjayakan projek ni. Biasanya sebulan dua juga kalau nak tunggu kereta baru ni kan.
Thank you Aya (adik abah no. 11) tolong "jemputkan" kereta ni bawak balik rumah. Siap parking depan rumah lagi tapi si besday boy boleh tak perasan langsung kereta tu masa masuk rumah.
Begitulah kisahnya sehari sebelum hari lahir sebenar sang Imam. Dahhh sila sambung bayar lagi separuh harga kereta tu.
Nak share video macam malas pulak nak edit. Menggigil-gigil tangan member sampai nak reverse kereta pun tak reti dah.
Terima kasih buat semua yang terlibat.
3 Comments
happy birthdap to your imam...moga happy selalu to you both!!
ReplyDeleteWah, lain macam hadiahnya. Mesti happy giler orang yg beralih umur tu.
ReplyDeleteHappy birthday buat imam Ammi 🎈🎈 semoga murah rezeki, diberkati usia dan happy selalu 🤲🏻 terbaik la rancangan Ammi dgn ipar & biras, mesti husband Ammi terharu kan dapat kereta baru
ReplyDelete