Pagi ni ammi masuk office lewat sikit sebab ada urusan di luar.
Selamatkanlah perjuangan GSF disana.
Hari Isnin (29.9.2025), ammi selesai menonton drama korea Bon Appetit Your Majesty. Drama yang kuat betul pengaruhnya di medsos.
Okkkk ammi nangis sebab meruntun sangat Raja yang digulingkan ni menangis meratap. Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Nurul "beratnya rasa hatiiiii nak melangkah pergi, tetapi apakan daya aku terpaksa". Bayangkan eh cerita Korea pakai lagu Melayu.
Dan walaupun dah habis siarannya tapi di Tiktok kalau scroll memang itu jelah keluar. Macam-macam ada dan yang ini aduhai. Ammi tergelak tak boleh nak control masa dalam MRT. Lelaju screenshot sebab korang menceriakan petang hari ammi yang kena berdiri dalam MRT.
Hahhahha...baca yang ini je pun dah gelak. Bukan gelak kat orang yang buat ni, gelak kat diri sendiri jugak sebab dah umur 46 ni pun masak masih perlu tengok resepi di internet. Buat kuih satu hapa pun tak reti.
Kalau lagi nak aibkan diri sendiri, haritu beli kacang dhal konon nak buat dhal goreng pastu ko blur macam mana nak goreng. Perlu rebus ke? Rendam je ke? Seeeeee benda mudah pun ko tak reti Sharmila.
Korang baca reply-reply tu kalau korang tak gelak memang hati kering betul. Itu belum lagi kalau ditekan tiap reply tiap komen tu.
Betullah, ammi ni kalau rice cooker tak function nasi pun beli je kat kedai sebab tak reti masak nasi atas dapur gitu-gitu je.
Katanya BAYM ni antara kisah benar masa zaman Joseon tapi dah diolahlah. Dorang recommend tengok cerita Jewel in the Palace. Itu memang "kereennnn banget" katanya. Tapi so far ammi cari belum jumpa lagi nak tengok kat mana.
Korang yang ada Netflix, kat situ ada tak cerita Jewel in the Palace ni dalam list? Cuba tengokkan kejap.
5 Comments
shafakillah sheila
ReplyDeleteKalau nak masak nasi atas dapur...tq je la tak reti. Mau hangit je nanti.
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ya....
Semoga cepat sembuh yer Amni
ReplyDeleteYang jatuh dari kapal terbang tu bukan calang2 orgnya, chef yg baru menang pertandingan memasak level international tak macam kita ni beshe2 je 😆 ibarat yg jatuh ke zaman parameswara tu ialah Che Nom atau chef yg seangkatan dgnnya hihi. Tapi ending cerita ni nak bagi perempuan tu balik ke zaman dia semula mcm hmm. Mesti director nak cepat2 tamatkan drama ni sbb tu mcm rushing giler.
ReplyDeleteJewel in The Palace tu tengok dekat bilik rehat asrama...yang tu memang linda tengok, tapi tak igt sangat jalan cerita macam mana...tapi,banyak episod tu, zaman dulu punya korea kan...
ReplyDeletelinda tak habis tengok lagi bon appetite nie.
waa, linda memang lah nie dengan ammi, sebab linda boleh lagi nak masak nasi atas dapur gas..kikiki...sebab balik rumah mak, memang masak nasi atas dapur gas lah, sebab mak takde rice cooker...hahaha