Ammi ni balik kerja hari Khamis haritu teringin pulak nak minum kopi memalam. Bila bus dah keluar tol tu ammi pun godeklah apps Zus dan alamakkkk apa nak diorder ni.
Ok, kita cubalah kopi baru ni. Kalau sedap bonus, kalau tak sedap padanlah muka ko.
Tergedik pulak tengok kegedikan Ube Bae Baby warna purple ni menari-nari kat bahagian promo. Hmmmm ada dapat less RM3 juga kalau beli. Ok kita redeem itu voucher dan marilah kita buat order. Sekali ohhhh voucher itu untuk Iced Ube Latte bukan untuk Iced Ube Cafe Latte.
So, demi voucher kita tukarlah order itu.
Dulu-dulu ammi suka purple dan sebab itu tema majlis kahwin ammi warna purple.
Sedap ke? Entahlah, ammi ni jadi keliru rasa. Dia macam sekali sedut rasa sedap, sekali sedut rasa apa ntah. Tapi tetap ammi sedut sampai habis.
Mungkin keliru rasa sebab ammi beli tak terus minum. Bawa balik dulu, pastu dinner dulu, lepas dah mandi malam baru ammi minum. Ok takpe...lepas ni ammi try beli Ube Cafe Latte pulak dan kita tengok macam mana rasa tu pergi.
0 Comments