Ini bekalan ammi hari Selasa haritu sebenarnya.
Ammi bangun awal sikit gorenglah mihun untuk kami. Ammi guna mihun jenama Jati. Agak kasar mihunnya jadi ammi rendam dalam air paip je daripada malam. Bangun pagi masih tak lembut sangat mihun je jadi ammi tuangkan air panas sikit bagi dia lembut.
Tumbuk bumbu dengan cili flakes je sebab taknaklah pedas sangat. Kesian pulak alip tak boleh nak makan nanti. Abah karang pandai-pandailah abahg potong cili padi.
Malam Isnin tu sebelum mandi ammi rebuslah 2 biji telur. Kononnnya untuk ammi sarapan pagi. Rebus pastu mandi (dan biasanya ammi ingat untuk tutup api lepas mandi). Entahlah haritu lepas mandi ammi masukkan kain dalam mesin, jalankan mesin, siap gi makan ubat darah tinggi lagi kat dapur tapi ammi tak tutup dapur. Cemana boleh tak perasan ntah padahal lalu dilaluan yang sama je pun.
Ammi duduk di hall, tanda buku math Alip, ajar dia mana yang dia silap ada juga terbau asap. Tapi abaikan je. Dah agak lama baru ammi terbau hangit kat dapur. Ehhhh baru teringat. Berlari ko ke dapur dan dah kering kontang air dalam periuk tu. Ammi pegang periuk tu guna kain (nak alihkan daripada dapur), kain tu pun melekat kat periuk tu dek panas melampau. Bila buka tudung periuk tu hambik, sampai kulit telur tu pun hangit.
Hangit pun ammi makan juga. Sayang pulak nak buang sebab arwah mama dulu kalau kitorang bercita-cita nak buang makanan mama akan sebut "korang tak rasa susah, mama ni cubit peha kanan peha kiri yang rasa sakit dulu". Lain macam peribahasa buat sendiri arwah mama ni.
Masukkan dalam bekas ni tergolek kek kiri ke kanan terkelur abis telur kuningnya. Tapi sebab terngiang-ngiang suara dan ayat mama, "yes mama walaupun La tak rasa sakit itu tapi La ingat ayat mama".
0 Comments