Hari Jumaat lepas ammi kerja. Awal juga ammi sampai office pagi tu. Mungkin ramai yang dah mula ambil cuti kot jadi kurang sikit jam jalan pagi tu. Yang ada anak-anak di sekolah berasrama mungkin mereka perlu ambil cuti untuk jemput anak-anak.
Dah sampai awal tiba-tiba perut pun macam ehhh mengada-ngada pulak berkeroncong minta diisi.
Beli nasi lemak di bawah flyover ke bangunan pejabat Phileo Damansara. Dah kuning layu betul alas daun pisang tu. Sampai office, buatlah air kopi campur susu lowfat tanpa gula. Ala-ala caffe latte la ni kononnya tapi bukan versi ko whisk kopi tu. Ini versi masuk kopi campur air panas ko godak pakai sudu je.
Tetengah menikmati nasi lemak makan pakai tangan boss call pulak. Aisehman. Kita berbincanglah sebentar. Lepas dah dapat jawapan...marilah kita whatsapp boss lelaju.
Nak whatsapp pasal kerja tiba-tiba keluar pulak lawak jenaka gini. Nasiblah ada boss yang kadang-kadang melayan kepala weng staff dia ni.
Begitulah bila kita bekerja di dalam bidang guaman. Lepas ni instead of ajar anak A for Apple dia jadi A for Appeal. B for Bicara, C for Court, D for Decision. Ahaksss.
Lebih kurang pukul 12 lebih boss kata ammi boleh balik dah. Baiklah. Naik je MRT terus ke Kajang sebab ammi aim naik komuter pukul 1.44 petang dari Kajang. Sempatlah kononnya nak solat Zohor di Seremban. Tapi kita merancang, Ammi terlewat 2-3 minit je dan hampaaaaa...komuter tu taknak pun tunggu ammi. I hetchuuuu.
Dah tertinggal tren, dan next tren lebih kurang jam 2.44 petang. Dah jomlah naik balik cari surau KTM. Surau dah selesa, tapiiiiii telekung tak ada walau sehelai pun. Hmmmm. Kita usahakan jugalah sampai boleh solat.
Balik rumah naik Grab je sebab Abah ke Melaka menjemput anak bujang balik. Perut ammi ni pulak, pagi dah makan macam nak pergi bersawah, sampai rumah lapar lagi. Ehhh ngada eh kot perut. Ammi buat scramble egg je.
Lebih kurang beberapa minit sebelum maghrib baru abah sampai, selesaikan yang patut dan marilah kita pergi makan.
Alip punya meatball. Bertahun tunggu baru sampai.
Ammi punya bubur special katanya. Hmmmm...sedap tu dah sedap cuma specialnya di mana? Di meatballnya mungkin.
Khilfi order nasi goreng grilled chicken. Khilfi kata rasanya so-so je sebab "kenapa kena goreng nasi pakai kicap?" hahahhaha...anak abah betul budak ni. Pantang betul mereka kalau nasi goreng warna coklat-coklat gini.
Sebenarnya ammi masa sampai rumah awal tu, ammi dah deal dengan anak buah nak pergi walking lepas dia habis kerja. Pukul 5.40pm dia call "ammi, kakak stuck kat sini dah 20 minit, sebab ada accident". Okkk fine. Kita cancel je walking. Tapi mujur juga cancel...pukul 6.20 petang hujan turun bukan main lebat. Takde hint tetiba je lebat. Menggelupur ammi keluar rumah tarik ampai baju.
Begitulah hari Jumaat saya.
2 Comments
Panjang kisah hari Jumaat Ammi tu. Makan²nya tu pun nampak sangat² sedap wpun rupanya so-so aje.
ReplyDeleteseronok bila anak2 balik kan, berkumpul ramai2
ReplyDelete