Selamat hari Sabtu.
Harini seawal jam 7 lebih kami dah keluar rumah. Alip ada pertandingan catur di kawasan taman sebelah. Rasanya dari awal bulan September masa nampak je iklan ni ammi terus tanya Alip, dia nak participate atau tidak sebab ammi tengok calendar untuk acara keluarga, kosong je tak ada apa-apa.
Bila dia kata "boleh jugak", ammi pun laju-laju scan QR untuk register. Murah weiii yurannya. Pertandingan lain selalunya dalam RM40 gitu.
Boleh tahan lumayan hadiahnya. Setakat ni, inilah pertandingan yang paling murah yurannya tapi paling banyak hadiah berupa wang tunai. Tipulah kalau kata yang masuk pertandingan tak mengharapkan kemenangan, tapi pengalaman itu pun penting juga.
Tentatif program.
Dan dengan ini saya boleh katakan bahawa saya tutup kunci rapat dapur rumah saya. Ahaksss. Kalau dah malas memasak tu, walau acaranya cuma 1 jam je pun tetap nak mengelat.
0 Comments