Pertandingan telah berakhir hari Sabtu haritu.
Game pertama yang bagi kekalahan buat anak ammi. Sweater yang dia bawak pulak alahai kocik bona. Tak memasal abah pecut lari balik rumah ambil sweater yang sesuai. Sejuk teruk dewan ni.
Ini round ke berapa ammi tak ingat. Tapi agak sengit jugaklah kejap dia bangun, kejap berdiri, kejap pegang kepala dan akhirnya dia menang.
Buat pertama kali dia dapat duduk di meja 5 iaitu top 10 sebab ranking selepas round ke-5 dia baik. Dia menang 4 dan kalah 1.
Dan kemenangan 4 kali tu kekal sampai round ke 7. Member agak frust tapi abah ammi pujuk-pujuklah juga sebab rank dia taklah jatuh teruk.
Kepada Aunty Cha yang datang dari masa depan, inilah keputusannya.
Dia berada di rank 45 daripada 128 peserta.
Tak bertuah langsung namanya pada hari itu sebab ada banyak hadiah cabutan bertuah dan ammi pun tunggulah dengan berdebar sampai ke sudah. Ahakss. Kalau rezeki itu bukan milik kita kan.
Alang-alang duduk dalam label yang sama, mehlah jawab soalan mak kakak Wafi ni.
Kyra & Khilfi bolehlah bermain yang jenis takat bermain tu, tapi yang "hebat" sikit dari segi susun strategi, faham rules semua tu yang bongsu ni jelah. Hebat sikit je, sebab kalau hebat banyak takdelah kalah 3 kali kan. Ahakss.
Hahahhaha...dia mana boleh lupa PH. Mujur juga MU menangkan malam tu. Gigih dia dengan abahnya ke kedai mamak sebab TV kat rumah tu loading memanjang.
1 Comments
Takpe Alip...cuba lagi nanti..kumpul banyak pengalaman dulu...aunty seusia awak mana reti main benda ni semua..main masak- masak pandai la..hahahaha
ReplyDelete