Rasanya semua orang tak suka beratur. Disebabkan itu dulu masa zaman sekolah ammi ni suka je tak pergi sekolah hari Isnin sebab malas nak beratur lelama kat tapak perhimpunan.
Walaupun malas beratur tapi ada keadaaan yang memang ammi akan beratur dan ammi tak akan sailang barisan orang. Contohnya tunggu bus, tunggu train. Nak ambil nombor di kaunter.
Kalau beratur untuk beli makanan viral, barang viral.... oh saya minta maaf. Ini sangat bukan saya. Kalau nak membeli barang yang ammi perlu sekalipun tapi tengok barisan masa nak bayar tu panjang berjela ammi akan pilih untuk tidak membeli pada hari itu.
Jangan kata beli barang viral, kalau nak pergi bank pun bila tengok ramai je orang kat dalam bank tu ammi jadi macam "lenkali jelah pergi". Ahakss...
Ammi tak taulah anak-anak kami dapat tak perangai ini sebab minta maaflah anak-anak Kay & Sheila...korang memang tak biasa nampak abah ammi korang beratur lelama untuk sesuatu yang "kalau tak dapat pun tak memudaratkan".
Kadang-kadang tengok orang kongsi video personal shopper beratur tepi jalan dari malam membawa ke siang untuk beli barang yang limited edition bagai tu ammi macam... gigih betul korang ni. Ammi ni entahlah, jarang ada perasaan FOMO tu. Sejenis lantaklah.
4 Comments
eqin xsanggup dan mungkin faktor usia kot haha
ReplyDeletekalau anak nak pun eqin xde nya nk tgu dorg beratur haha
Kak SA pun sama..sori la...x beli pun x pe..x pun tunggu la bila x viral nanti...
ReplyDeletebetul..saya tak sanggup nk beratur pjg dan berlama2 kecuali benda tu penting..kalau setakat makan viral lain kali lah kot
ReplyDeletebetul..saya tak sanggup nk beratur pjg dan berlama2 kecuali benda tu penting..kalau setakat makan viral lain kali lah kot
ReplyDelete