Hari Jumaat dan Sabtu lepas ammi dapatlah peluang mem'babysit' anak buah paling bongsu ni jap. Ini first time dia bermalam di Seremban tanpa Ummi dan Abi. In fact hari Rabu kalau tak silap Umminya dah park dia di rumah Along ammi sebab Umminya ada kursus di Melaka.
Dah alang-alang tu ala lanjut jelah terus sampai Sabtu. Hari Jumaat balik dari office ammi singgah di kedai along dah jemput Dharwish. Along kata seharian dia taknak tidur, bangun pagi pukul 6 pastu tak tido langsung walaupun along dah siapkan tempat tidur.
Ammi bawak balik, ehhh tak sempat sampai rumah (jarak kedai dengan rumah ammi dalam 10 minit je) dia dah lelap. Abah dokong dia bawa masuk pun dia terjaga kejap pastu ammi tepuk-tepuk dia tidur semula.
Dari 4.30 petang sampai 6.30 petang dia tidur.  Ini tak boleh jadi, marilah kita kacau dia suruh bangun.  Mujur Awish ni jenis budak yang tak menangis.  Sangat jarang dia menangis.  Ummiya kata kalau kat rumah pun dia jarang nangis.  Untunglahhhh.
Bangun pukul 6.30 petang.  Lepas mandi, makan, main jap tup tup pukul 10 malam ammi ajak tidur semula sebab ammi dah mengantuk sangat.  Bawak dia naik katil, buat susu, tutup lampu lantaklah awak nak buat apa.  Ammi nak bobom.
"Jujuk" katanya bila masuk bilik ammi. Ye, memang awal abah dah sejukkan bilik.
Ammi ni sebenarnya dah hilang rentak nak jaga budak.  Ammi macam ehhh bila nak buatkan susu, terlupa nak salin diapers pun ye juga.  Mujur dia bangun pagi tak berapa nak berat diapersnya.  Ahakss.
Dia bangun pagi hari Sabtu tu terus cari "abang, abang"... ala sian.  Abang Alip takdelah nak.  Abang dah pergi lawatan dah.
Lawatan sekolah KAFA ke Beryls, Arena Sport dan apa satu lagi tempat..lupa pulak tetiba.
Lepas mandikan dia ammi tanyalah... Awish nak mamam?  Terus dia cakap "awish nak tulo".  WhatsApp Umminya dan dia kata, memang awish suka telur.  Buat scramble egg jelah.  
Sebab cuma ammi dan Awish je ada kat rumah hari Sabtu tu, jadi marilah kita beronggeng berdua.  Cukup time kita tidur.  
Sampai adik ammi cakap "teruk betul mengantuk Awish kat rumah Angah, ada bela saka tidur ke kat rumah?" hahahah. Sebab kalau kat rumah dia kadang-kadang susah betul dia ni nak tidur.
Nanti datang rumah ammi lagi ye.  Dia tak reti nak sebut Ammi, dia panggil mama.  Tapi abah dia laju je sebut.  
Umur dia sekarang ni 1 tahun 10 bulan, tapi boleh tahan banyak juga mulut dia.  
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
 



 
 
 
.png) 
8 Comments
terus ammi teringat waktu anak2 kecil...
ReplyDeleteanak2 buah linda semua tak nak bermaam..membontot mak nya je..cmne nak bawa jalan.. hahaha
eh...bermalam
ReplyDeleteBagusnya dia..kalo saya pun sanggup jaga budak comel mcm ni...
ReplyDeletenampak besar awish,muka last tu comelnya senyum nampak gigi..ingatkan dah 2,3 tahun
ReplyDeleteBudak baik gini senang nak jaga. Meriah lah rumah ammi ada budak tecik.
ReplyDeleteRugi abang alip takde.. kalau tak boleh main gomol².
Masih ada lagi skill ammi jaga budak2 ye... mudah la nak jaga hero ni.... pasni boleh jaga lagi la jawabnya
ReplyDeletebila anak-anak dah besar, sunyi je rasa.. rasa nak anak kecik pulok.,. hehe saya la..
ReplyDeletehuhuhhhh... syok nyer tidoooo , makan .... lama dah tak jaga budakkk , kalau budak tido kita pun tido sekali ;)
ReplyDelete