First time main pickleball

Masa cuti panjang Deepavali haritu, adik ipar ammi (Umi) beriya ajak kami main pickleball.  Mula-mula plannya nak main hari Sabtu, tapi hari Sabtu Kyra belum balik jadi dia sanggup tunda ke hari Ahad.  Ye, mandak ni pun kaki sukan juga sampai sekarang, jadi dia dan Kyra bolehlah sekepala nak-nak bila ada netball match kat TV.  

Hari Khamis lagi Umi dah balik Melaka sebab ada urusan disana dan dia juga yang jemput Khilfi di asrama hari Jumaat tu.  Pepetang baru abahnya gi "collect" anak tersebut di rumah Umi di Melaka.  So, dalam kereta tu Khilfi dan Mandaknya adalah bincang-bincang pasal main pickleball.  Dan masa balik tu Khilfi cakap ngan ammi "mandak book court main pickleball pukul 10 pagi".

Ok, so Ahadnya ammi pun pelan-pelan prepare breakfast ringan-ringan sebelum gi main pickleball sebab kononnya main pukul 10 kan.  


Buat simple wrap je.  Sekali ehhhh rupanya Mandak book court pukul 9 pagi daaaaa...maka marilah makan lelaju dan ajom kita ke Senawang.

Ini kali pertama sebenarnya ammi main pickleball.  


Inilah dia mandak Umi.  Adik yang betul-betul dia bawah abah.  Abah no. 6 dan Umi No. 7.  Dan ammi ada 3 orang adik ipar yang lebih tua daripada ammi.  Ahaksss.  Yang nombor 10 (mak si dadek) tu yang sebaya dengan ammi.

Umi angkut 2 orang anak buah yang available dari Melaka.  Jadilah nak meramaikan quorum.  Yang di Seremban yang join family ammi dan kakcik.


Budak kecik tu anak asuhan kakcik.  Anak asuhan yang kadang-kadang lupa dia ada mak kandung.  Memang merata kakcik angkut dia sebab dia pun taknak balik rumah mak dia sendiri.  Aduhaiiii Anas.


Fuhhh lain macam gaya nak tunggu bola.

Kesimpulannya, ammi suka juga main ni.  Boleh tahan berpeluh satu badan.

Harga court di Pickle Power Seremban during Weekend.
1 jam RM55, kalau 2 jam jadi RM90 je. 


Ayat kakchik "La, pasni kita booking pastu main nak?".... Onnnnnn why not.

Post a Comment

1 Comments

  1. Patut la ramai org suka main pickleball ye. Mana Ammi lebih suka, main pickleball ke badminton?

    ReplyDelete