Pengalaman tak best di Masjid Selat Melaka

Syawal ke-2 kami beraya di tengah bandar Melaka (eh tiba-tiba cerita syawal ke2.  Gambar syawal pertama pun tak ada lagi ni).  

Sebenarnya planning adik-beradik abah agak lari tahun ni.  Plan asal raya pertama ke situ sini, situ sini sudahnya yang plan tak sampai, kita yang tukang follow plan pulak sampai dulu.  Jadinya dorang yang tak sampai di raya pertama teruskanlah tujuan di raya ke2.  Kami ni melenconglah ke bandar Melaka sementara nak berjumpa semula lepas asar nanti.

Lepas habis aktiviti di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, kita carilah tempat untuk solat.  Tup tup nampaklah signage Masjid Selat Melaka.  Dari jauh kitorang ni macam wahhhh lawanya masjid ni.  Duduk terapung atas air.  Teruja betul dak Alip dan Kyra.  Khilfi?  Tiada perasaan.


(Gambar ihsan Google)


Lawakan?  Lawaaaaa.  Katanya lebih lawa kalau datang waktu Maghrib.

Tapi bila jejak je kaki dalam masjid terus ada perasaan tak best sebab terlalu ramai pelancong.  


Ini laluan ke tempat wudhu' wanita.  Kena lalu tepi-tepi pelancong.  Pastu lepas daripada arch kat depan tu ehhh ada pulak pelancong yang siap buka baju basah-basahkan badan.  Ini betul-betul berhampiran dengan pintu masuk ke tempat wudhu' wanita.  Kiranya kalau buka pintu (dan lelaki-lelaki ni pandang ke arah pintu confirm boleh nampak orang perempuan yang ada kat dalam).


Ini ruang solat wanita.  Sangat terbuka.  Ada bilik persalinan dikiri dan kanan ruang tapi weiiiii macam dalam oven.  Dahlah ko memang duduk atas laut, pastu sebijik kipas pun takde dalam bilik persalinan tu.  Pintu sliding bilik persalinan pun tak ada (dah pecah).  Astaghfirullahhalazimmm.  Memang istighfar sentiasa konon nak bagi tak rasa geram dan marah.


Ini ruang solat wanita.  Nampak penghadangnya cuma sekerat tu jelah.  Tapi pintu belah belakang terbuka luas.  Dan yang bestnya, baru je bentang sejadah nak solat berdesup 2-3 ketul pelancong lelaki masuk dari ruang solat lelaki ke ruang solat wanita sebab nak keluar ikut pintu belakang ni.  Adoiiiiyai.

Satu lagi masalahnya adalah, ko buat masjid atas laut.  Fine.  Cantik.  Ada kipas besar fine, menarik.  Tapi kenapa semua kipas tak function?  Kipas kat tiang yang ammi bulatkan tu je yang berfungsi.  Lagi satu ditiang sebelah sinilah.  Boleh bayangkan tak menitik-nitik peluh masa solat?

So, memang taubatlah ammi takkan solat lagi kat masjid ni sebab tak women friendly langsung.  Sebelum keluar tu ammi cakap kat abah dan abah pun complainlah kat security guard yang ada kat situ.  Dah kenapa kan lelaki suka-suka je lalu lalang kat tempat solat wanita.  

Dahlah ammi terpaksa jalan ke kereta berkaki ayam sebab selipar buruk ammi pun kena rembat.  Bapak an panehhhhh wei tapak kaki kita.  

Sekianlah pengalaman saya yang tak best.  Ammi pun tak tau masjid ni dibawah siapa.  Silalah cakna masalah ni.  Upahlah lebih ramai pengawal supaya dorang cukup "mata dan tenaga" untuk nak pantau pelancong yang ramai.  Takat dua orang pengawal mana nak larat dorang ni nak menegur atau nak pantau nak-nak pelancong yang sejenis tak paham bahasa ni.

Debaran kian terasa

Minggu lepas cikgu dah keluarkan memo untuk Majlis Penyampaia Keputusan SPM.  Nampak memo ni berdebarlah kejap.


Esok pepagi lepas Subuhlah kami gerak ke Segamat.  Terpaksalah juga cutikan dak Alip sebab risau karang lama pulak dia nak tunggu di luar sekolah.  Dah darjah 6 ni di Negeri Sembilan tak ada dah kelas agama petang sebab disini takda PSRA.  

Kasut kulit Kyra pun dah koyak dan dah kami buang pun.  Pakai jelah kot kasut raya dia.  Dia sarung je kasut tu lagi bertambah kemetot amminya.  Ada certain SBP yang seragamkan pemakaian pakaian waktu ambil result.  Seragam dari segi warna.  Ada yang perlu pakai baju korporat.  Apa pun pakaiannya, semoga anak-anak Warriors2425 dapat hit target yang disasarkan.  Kalau tak silap ammi target GPS sekolah 1.97.  Kita tengoklah nanti macam mana perginya batch SPM pertama SM Sains Segamat ni.

Mohlah kita berzikir tenangkan hati ni ye Puan Hazel, Nur, Mummy Ayu.  Redha jelah apa pun keputusan anak-anak kita ni.  Batch yang disakiti dan tersakiti katanya.  

Semakin hari semakin berubah target pemilihan UPU anak dara ammi ni.  Buatlah pilihan yang betul, yang ada pasaran dan peluang kerja bila dah grad nanti.  

Moreh terakhir

Cikgu kelas Khilfi kongsi gambar moreh terakhir untuk tahun ini dengan anak-anak kelasnya.  Dr. Nan ni guru kelas Khilfi merangkap guru Fizik dan guru Panitia subjek Fizik di sekolah.  

Tapi tengok result Fizik Khilfi untuk Ujian Diagnostik 1 (UD1) hmmm nampak macam Fizik yang paling kurang memberansangkan setakat ni.  Jangan buat malu cikgu tu abang....chaiyokkk.


Taktaulah dorang plan pakai baju biru ke camna sebab most semua pakai biru.  Anak ammi takde biru kot tu yang dia pakai hitam.  Masih lagi setia disebelah best buddynya, Ragha, walaupun sekarang ni ada satu kelas mereka tak bersama.  Ragha memilih untuk ambil Sains Komputer dan Khilfi pulak Biologi.  Tapi dengarnya aliran SK untuk batch Khilfi mungkin terpaksa dibubarkan sebab ketiadaan cikgu.  Dah hampir masuk April tapi masih belum ada cikgu pengganti untuk mereka.  Ada ibu ayah yang dah buat laporan jadi kita tengoklah apa pendekatan yang KPM ambil untuk selesaikan isu ni.


Serius ke mereka semua ni budak tingkatan 4?  

Semoga sihat semuanya dan panjang usia kita semua boleh bermoreh lagi ditahun hadapan.

Hari-hari terakhir Ramadan

Minggu lepas ammi last kerja hari Rabu.  Tapi ammi memang stay kat office sampai hampir 5.30pm sebab ammi target siapkan apa yang patut.  Boss bagi off hari Selasa (semalam) jadi agak lamalah juga ammi tak kerja nanti.  Ammi kat office ni bukan ada relief staff ke apa.  Kita lah hadap semua.  

Jalan balik kurang jam tapi tetaplah sampai lepas waktu berbuka sebab naik bus pun dah pukul 6.30pm.


Sampai je rumah, solat lelaju pastu masa keluar bilik air baru nampak ada sebesar-besar hamper kat side table.  Sampai ke harini hamper tu masih gitu jelah keadaannya.  Malas pulak nak buka sebab gobok dah penuh dengan kuih-kuih dan kerepek raya.

Hari Khamis ammi plan nak masak simple je untuk berbuka sebab masak beriya karang lecehlah kalau esoknya raya.  Ammi rasa semua rumah tengah suspen bila raya termasuklah rumah ammi.  Yang paling tak sabar si Alip sebab dia dah penat puasa katanya.  


Buatlah mi goreng basah.  Nampak macam tak pedas tapi pedas gak cili mesin yang ammi letak tu walaupun masa ammi rebus cili tu ammi campur cili gemuk dan cili pedas ratio 5:1.  Tapi tetaplah pedas juga.  Belasah jelah.  Beli wings pastu kita kerat-kerat dia dan goreng.  Selesai.  

Sambil berbuka sambil ammi masak sambal bilis.  Kalau kata raya, ammi nak rendam pulut sebab anak-anak request itu je.  Memang kali ni ammi tak plan nak masak beriya sebab lepas makan pagi raya tu kita nak gerak ke rumah makcik pastu terus je shoot ke Melaka.

Sekali...atuk Danial kata tak rayalah pulak.  Sahur esok makanlah sambal bilis, goreng telur mata.

Hari terakhir plannya nak berbuka di luar tapi kita tukar plan sebab risau banyak kedai tak buka.  Jadi ammi masak jelah habiskan apa yang ada kat dalam fridge tu.  Makan sikit-sikit dulu, lepas maghrib karang baru kita keluar.


Balance mi semalam dijadikan mi sup pedas sikit, balance nasi sahur kita jadikan nasi goreng, goreng nugget.  Dah selesai.


Bawak jelah kuali naik atas meja.  Kalaulah ada arwah mama, confirm dah kena jeling dah ammi ni.  Pantang betul Mama kalau layan suami gini.  Buatkan air suami kalau takde alas cawan pun dia marah tapi ayat melawan ammi dulu "mama Muslimah, saya tak muslimah, saya Sharmila".  

Lepas maghrib mohlah kita keluar cuci mata sebab ammi takde nak bersilat apa pun kat dapur tu.


Ammi siap-siap bawak jam tangan ammi sebab tau kalau ke sini mesti ada Abang Man ni.  Ammi bawa jam ammi ke 3 kedai jam (kedai tau yang dalam bangunan cun-cun ada aircond) minta nak tukar battery tapi dorang kata tak boleh buka jam ammi.  Katanya buka boleh tapi bila nak pasang balik takut kaca depan pecah.  Ehhhh..

Bawak kat Abg Man cakap "Bang, La nak tukar battery jam ni boleh ke?".  Ayat balasnya "Apsal tak boleh pulak?".  So, janganlah judge, kedai gah dalam bangunan belum tentu mampu bagi servis 5 bintang kat customer dorang.  

Abang Man ni kenalan lama keluarga kami, dari dia bujang kesana kemari naik basikal racing sampailah anak 5 dan dah bercucu.  


Dah siap pasang battery, soalan dia "berapa kali jatuh dah jam ko ni Shila?, tunggu jap bagi abang betulkan dalam ni dulu".  

Masa abang Man mula-mula buat servis baiki jam ni dia niaga tepi jalan dengan satu meja je.  Meja size meja budak sekolah tu.  Meja tu arwah aca yang buatkan tapi completelah dengan kaca yang boleh dibuka kiri dan kanan, dengan small compartment untuk segala skru, besi bagai.  Bila teringat balik, creative betul arwah ayah saya.  Dari sebuah meja kayu sekarang dah bermeja-meja dah tapi masih tak nak menyewa premis sebab dia lebih suka jadi tukang jam bergerak.

Begitulah malam raya kami.  Kita santai-santai je.  

Lipat Kain

Hari Selasa (17.3.2026) Khilfi dah ada dirumah.  Maka lengkaplah kami berlima di rumah untuk 10 hari ni.

Malamnya ammi panggil abang dan Alip masa ammi duduk dengan Abah.  Kiranya abahlah penyelamatnya.  Kalau abah takde mungkin adalah gaya badan yang tidak diingini.

"Abang & Alip, keluarkan kain daripada bakul dan lipat.  Berdua je".  Abang boleh tahan lagi walaupun muka dah sedikit ketat.  Alip hmmmm terus berkepak tangannya.  Itu aksi kalau dia marah.  Ammi senyum je sebab dah tau kalaulah abah takde kat situ confirmmmm dah keluar ayat tak puas hati dia.


Boleh tahan laju Khilfi lipat.  Eloklah juga size lipatannya.  Yang budak baju biru tu tugasan dia kakak bagi suruh lipat spender dengan baju-baju kecik je pun.  Tapi dia pun slowlahhhhh.


Yang Khilfi beralih-alih arah dia melipat kain.  Kejap sana, kejap sini ikut pada size kain yang dia lipat tu.  Masalahnya si mak ngan anak tu.  Kat tempat orang tengah sibuk melipat jugaklah dia nak bergurau senda anak beranak.

Lega dah mata ammi bila 2 bakul kain selamat dilipat dan disusun.  

Thank you Alip & Abang.

Ini auto published entry...kalau kata hari ni hari Raya maka SELAMAT HARI RAYA korang.  

Khalif berbuka di Palm Mall

Khamis lepas (12.3.2026), Alip dan kawan-kawan (mandai-mandai je dorang ni) arrange sesama dorang untuk berbuka puasa diluar dengan ex-cikgu praktikal yang paling dorang sayang masa darjah 5 dulu.  Satu-satunya cikgu yang setakat ni masa hari terakhirnya anak-anak menangis beriya.  Cemanalah baiknya ntahlah cikgu Adani ni.

Memula tu macam ragu-ragu juga dan ammi siap personal WhatsApp cikgu tanya dan bila cikgu tu confirmkan ok...proceed.  Plannya abah dropkan Alip di Palm Mall dengan kakak pastu Alip gatherlah ngan kawan-kawan.  Nanti ammi sampai Seremban ammi terus ke Palm Mall dan teman kakak pulak.  Tapi lain pulak jadinya.  Abah pulak tak boleh nak tinggalkan "kami" yang comel sangat ni.  Ahaks.

Sebabnya kami taktau pun depan pintu masuk Palm Mall adalah gerai Ramadan comel ni untuk berbuka.  Jadi crowd pun tak ramai, kita buka kat sini jelah.  Ammi pun memula tu macam jam...ehhh apalah nak makan kat situ.


Aida Aris ada buka kedai jual minuman.  


Berbuka apa yang ada jelah sebab macam tak tau pulak nak makan apa.  Dari segi air, biasalah air-air jenis potong kaki yang ada.  Jadi Kyra jelah beli.  Untuk abah dan ammi kitorang share je air latte Zus satu cup pastu kita minum air mineral.  Lega.


Mango Smoothie.  Sedap tapi manis nauuuu.


Amiklah seketul dua gambar dengan artis zaman-zaman ammi membesar.  Confident je amik gambar walaupun muka setepek bedak pun takde si Sharmila tu.  Ammi pun taktau budak kecik ni anak dia ke apa sebab memang melekat je budak ni ngan dia.


Settle yang wajib, sementara nak bagi Alip meronda-ronda ngan cikgu dan kawan-kawannya, ammi dan kakak pun merondalah masuk butik Panda Eyes ni.  Taklah sebesar yang di KL tapit tetaplah terbeli sesuatu.  Ammi memang dah banyak baju brand ni sebab murah nau untuk pakai basahan.  Satu set atas ke bawah kadang-kadang RM29 je pun dan sangat selesa.  Macam baju coklat yang ammi pakai kat atas ni lah.  Sebab dia murah jadi macam-macam warna ammi ada.  Tapi semuanya beli online je.


Eh nak keluar sempat lagi dia belek itu ini.  Dah...ammi bebuat tak nampak je.

Lebih kurang pukul 9 lebih marilah kita balik nak.  Ammi ni dah mengantuk dan panas sebenarnya.  

Ada satu insiden kat dalam mall tu.  Ada satu booth yang jual ubat apa ntah (ni berlaku sebelum ammi sampai).  Kyra jalan dengan Alip, pastu tetiba ada sorang perempuan ini calit sesuatu di tangan Kyra dan tarik tangan dia ke booth.  Pastu ayat dia, "ini anak ke?"... dan Kyra kata "eh taklah, ini adik saya".  Pastu ayat seller tu..."oh ingatkan anak sebab nampak kulit awak macam tua dan tak sihat".  Awak kena cuba produk ni blablabla.  Kyra dengar tu dia macam anginlah tapi being Kyra dia mana reti nak marah sangat.  Dia senyum je.  Eh masa dia cerita tu ammi pulak yang panas.   Ko nak niaga, bahasa tu kena betul dik.  Cakap biar berlapik.

Lepas kami makan tu ammi lalu juga kat kedai dia tapi dia takde pun nak tarik tangan ammi.  Mesti dalam hati dia macam "ehhh acik ni macam susah nak makan je".  Ahakss.  

Tajuk post ni "Khalif berbuka di Palm Mall"...tapi sekeping gambar dia pun ammi tak letak.  Nah ammi belanjalah satu.


Terima kasih Cikgu Adani sebab melayan bekas-bekas anak murid ni.  5 orang pun jadilah.  Paling kecik rupanya anak bongsu ammi ni.  hahahha.











Sekali sekala

Semalam lepas sahur ammi terus je mandi sebab nak pergi kerja.  Macam biasa, lepas mandi terus je ambil wudhu sebab ammi biasanya akan solat subuh di terminal.  

Tapi, dah pakai-pakai bedak bagai eh tetiba meragam lak perut.  Lain macam dia punya memulas.  Auchhhh, kita masuklah tandas.  Tapi angin je keluar pastu dah tenteram perut tu.  Aishhh tak memasal kenalah basuh semula muka, amiklah lagi wudhu.  

Ulang lagi proses yang sama.  Tup-tup eh dia datang lagi.  3 kali jugaklah ammi basuh muka ambik wudhu.  Sudahnya ammi cakap kat abah, ammi nak solat subuh kat rumah jelah.  Penat wei.  Alhamdulillah, menjelang nak azan tu "yang ditunggu" pun tiba.  Ahhh lega.  Apa yang susah sangat nak jumpa jalan keluar ntah.

Keluar rumah dalam 6.25 pagi.  Bila naik kereta waktu ni hmmm siaplah dah mula jam sebab orang nak hantar anak kesekolah.  Alip pun ammi usung sekali sebab dah alang-alang dia pun dah siap.

Dapat naik bus pukul 7 dari Seremban.  Dalam bus punyalah berdoa janganlah perut ni buat hal sebab macam ada bunyi-bunyi dari dalam perut.  


Pukul 9.25 pagi masih di KL.  Dapat pulak naik bus dari Seremban yang drivernya jenis "santai-santailah kawanku, pergi mana laju-laju".  Aishhh sakitttt je hati kita tengok dia drive.  Macam orang kat dalam bus ni boss-boss belaka.


Walaupun ammi ada boss yang memahami tapi tetaplah ammi tak suka kalau masuk office lambat.  Dari dulu itulah perangainya.  Lambat 5 minit pun ammi dah rasa sesuatu inikan pulak lambat 1 jam.  

Dan dijadikan cerita, pagi ni ammi dapat lagi trip bus yang drivernya sama.  Ehhhh aku naik bus pukul 7 ko drive, bus pukul 6.30 pun ko yang drive.  Dan sekali lagi harini ammi sampai office pukul 9.20 pagi.  Ahhhhhhh camna ek nak suruh abang driver ni bawak laju sikit.  Santaiiii betul dia ni.

Easy katanya

Kat facebook ammi adalah join satu group grammar.  Masalahnya lately ni macam lebih banyak soalan math daripada soalan grammar.  Confuse ke apa ntah admin group tu.

Ammi save soalan tu dan bagi kat Alip.

Eh selang seminit terus dia bagi jawapan.  Sebelum tu ammi dah kira siap-siap.  Yelah, ammi korang sendu juga bab-bab math ni jadi kenalah kira dulu sebelum nak soal orang lain.  



Sekali jawapan dia sama macam jawapan ammi (yang ammi rasa betul).  Betulkan korang-korang yang terror Math jawapannya 3?  

Pastu selang sejam baru nak belagak ngan amminya bila tiba-tiba dia sebut "easy".  Dahlah salah ejaaan.  Ahaksss.


Tiba-tiba dia rancak

Salam hari Jumaat kengkawan.

Pagi tadi lepas sahur mementanglah tak kerjakan kita santai-santai baring tarik selimut lepas Alip gi sekolah.  Gatal pulak tangan type "Bisik Asmara" pastu ko tengok marathon guna pace x2.  Ko dengarlah dorang cakap macam kartun.

Pastu marilah buka laptop office sebab nak checklah apa yang patut dan gatal buka blog pulak.  Sekali tengok...ehhhh apsal rocketing pulak ammi punya PV semalam dan harini.

Harini takat pukul 10.30 pagi dah ada 3k++ views.  Ehhhh sesuatu sangat.  Ini bukan norm blog sendu saya. Biasanya, paling banyak pun view sehari adalah dalam 1.8-1.9k je.  Yelah, kita blog sendu yang follower blog pun ada 189 orang je. 

See, bulan lepas sebab posting pun takde jadi total PV cuma 56k je.  Bulan ni belum pun tengah bulan dah segitu jumlahnya.  I tetiba rasa macam jadi rusa masuk kampung.


Tu ha dari negara itu.  Kenapa ni?  Saya ada buat apa-apa content yang boleh trigger "jentera bot" mereka kah?  Jangan macam-macam eh.  


An increase in blog page views typically results from a combination of improved search engine rankings, enhanced content quality, and effective promotion strategies.

Tapi ini bukan keadaannya kot.  Content ammi biasa-biasa je.  Content mak-mak yang suka bebel.  Masuklah tapi korang yang masuk berkoyan-koyan ni jangan huru-harakan blog ammi ye.  Dulu blog lama ammi penah kena "buang" tanpa berita sampai ammi kena buat semula blog baru ni.  

Dahlah...rasa macam nak buat rendanglah pulak.  Pastu simpan dalam freezer.  Next week risau je tetiba raya awal pastu saya terkial-kial kerja lagi hari Khamis tu.


Not so major throwback

Sekarangkan kat TikTok macam trend orang buat letak gambar warna baju raya then teka 2026 raya warna apa.  Ammi pun konon-konon masuklah google photos akaun satu lagi dan cari gambar raya eh tak jumpa korang.  Ammi buang ke gambar-gambar lama?

Tapi sampai kat April 2014 ammi nampaklah foto kenangan ni.  Boleh ingatlah kejadian itu.  Memandangkan harini hari Khamis, kita buatlah sesuatu untuk Throwback Thursday.

Waktu tu ammi pregnantkan Alip.  Pagi tiba-tiba ko nangis malas nak pergi kerja, ko call office amik EL. Pastu suami ko hantar anak-anak yang berdua tu gi tadika sebelum ke tempat kerjanya, pastu ko membuta dari pagi sampai ke tengahari pastu ko call husband ko cakap "saya nak makan sushi".  Berapa banyak pastu ntahlah...layan.

Konon lawalah tu selfie sementara menunggu suami sampai.  Dalam gambar bukan main ko senyum ek.  Sebelum ko bersiap ni pun drama jugak ko sorang-sorang dalam rumah.  Pakai baju tu ko bukak, pakai ni ko bukak, semua tak kena.

Kuning nau ek rumah ko masa tu.  Buaian kat belakang tu tak berpakai dah pun sebab masa 2014 Khilfi pun dah 4 tahun, tapi ammi biarkan je kat situ, sebab itulah tempat ammi letak hanger bulat untuk gantung baju anak dan "baju-baju kecik" ammi.  Gitulah bila ko duduk rumah burung.

Abah sampai teruslah kita menuju ke Sushi King di Leisure Mall.  Dalam otak masa tu terbayang nak itu, nak ini.


Antara ko yang ko capai dari rotating conveyor belt tu.


Dah selesai 3 piring ni terus rasa nak balik padahal tadi beriya ko berzikir suami ko lambat sampai, ko dah lapar.  Encik suami baru nak makan ko dah gedik nak balik.  Ko gedik ek Sharmila.  Teruk betul perangai.


Mujurlah imamku ini penyabar orangnya.  

Sekarang, Alip memang orang yang sukakan sushi.  Ada je peluang dia memang akan request sushi.  Paling busuk pun kita beli jelah sushi dari AEON sebab ada masa orang lain tak rasa nak makan sushi dia sorang je menggelupur nak sushi, nak sushi.

Odorono

Baru-baru ni ammi ada tengok satu video kat Tiktok yang bapaknya cari Odorono di kedai.  Anaknya gelak barai ok.  

Haishhhh. Awak mungkin tak kenal jenama itu.  Ammi membesar dengan perkataan ODORONO itu.  Arwah aca orang yang particular bab rambut, bab ketiak, bab baju, seluar, kasut semualah.  Walaupun ayah ammi kerjanya cuma sebagai carpenter je tapi keluar kerja pagi dia tak selekeh.  Dia tetap dengan kemeja yang dilipat hingga ke lengan.  Berseluar slack.  Rambut disikat rapi siap ada line.  Aca tak pakai minyak rambut tapi rambutnya sentiasa kemas.  

Mungkin itulah perangai "baby boomers".   Arwah bapa mentua ammi pun gini.  Baju seluar siap ada line lagi kalau kemana-mana.  How i wish both arwah abah & arwah aca have chance to meet.  Dorang boleh jadi buddy kot sebab 2-2 geng baca sotkabar omputih.  Ahaks.

Sebelum ada Rexona, Nivea, Dashing ni semua, Odorono itulah yang digunakan.  Mana yang sebaya ammi mungkin ingat kot "ubat ketiak" dulu jenis yang ko kena tolak kat bahagian bawah bekas tu pastu nanti dia keluar macam wax dan ko tenyehlah kat ketiak.  Bukan macam sekarang yang jenis ko buka penutup, ko roll je kat tiak.  Bukan.

Masa ammi remaja dulu pun arwah mama selalu pesan, "dah pakai odorono belum?".  Dia taknaklah ketiak anaknya tengik.  Padahal masa tu bukanlah guna odorono tu pun, guna brand apa ntah lupa pulak ammi.  Tapi biasalah bila kita dah sebati dengan sesuatu brand itu, memang itulah yang akan disebut.  Contohnya, belikan colgate Darlie.  Nak beli Colgate ke nak beli Darlie?



Ha gini, ko kene tolak  belah bawah tu pastu nanti keluarlah stick (macam wax) pastu tenyeh kat tiak.  Melekitttt je rasa ibarat ko tenyeh gam UHU stick anak ko kat tiak.  Ahaks


Jadi cucu-cucu sekalian, kalau atok atau nenek korang sebut odorono tu korang janganlah gelakkan dia.  Dia memang membesar di zaman itu.

Persediaan

Yang ditunggu dah sampai.  Ini antara persediaan kedua ammi sebelum anak bujang ammi berangkat ke luar negara bulan Jun nanti.  Yang first passport.  Masa dia cuti seminggu haritu abah dah settlekan bab passport dia.

Tak pergi jauh pun, cuma ke negara seberang tapi aishhhh sedangkan dia balik naik bus dari Melaka ke Negeri Sembilan yang kurang daripada 70km tu pun ammi dah risau, inikan pulak ke negara orang.  Pergi secara berkumpulan dengan cikgu pengiring dan rakan-rakan tapi kita sediakanlah apa yang patut untuk anak kita.

Ammi memang ada akaun Wise, jadi ammi cuma apply card je.  Itu pun gigih suruh boss ammi tolong buatkan.  Ammi perlu top up je duit dalam tu dan kalau dia nak guna dia touch jelah kad tu.  Jadi tak perlulah convert cash banyak-banyak untuk dia.


Kad dah sampai tapi ammi belum sempat nak activate lagi.  Nantilah bila free ammi buat.  Sekarang ni setiap hari memang nampaklah ATM machine masa on the way pergi dan balik kerja, tapi nak menyinggah tu memang taklah.  Ammi lagi sibuk kejar MRT ngan bus je.

Khilfi akan ke Jakarta untuk 2 pertandingan iaitu World Cup Innovation (IWC 2026) dan International Invention and Innovation Competition.  2 pertandingan tapi dia dan team guna 1 projek yang sama.  


Awal-awal haritu team dia bagi cadangan buat projek yang melibatkan teknologi hijau.  Tapi cadangan dorang ditolak.  Cadangan baru lebih ke arah teknologi maklumat & komunikasi.  Hmmm apa-apa jelah janji projek jalan.

Next, sekarang ni abah & ammi tengah carikan dia laptop pulak sebab projek dia melibatkan coding.  Ammi cari refurbished laptop je.  Taknak carikan yang baru.  Bukan kedekut tapi risau jahanam je.  Yelah dia nak buat kerja di asrama, pastu nak usung gi memana ntah.  Sekarang ni dia guna laptop kawan dia, tapi laptop kawan dia tu pun macam dah lagging sikit.  

Jadi takpelah, ammi & abah keluarkanlah modal tambahan sikit, lagipun nanti kalau kakak dapat masuk U memang kenalah juga beli additional laptopkan.  Boss dah tanyakan kat kawan dia yang ada IT background tentang requirement dan setakat ni ammi dah jumpalah.  Harga pun bolehlah.  Takdelah mencekik macam laptop baru.

Nanti ammi share pasal refurbished laptop tu ye...just in case kalau korang pun nak cari yang mur-mur tapi still workable juga.

Choc Chip Cookies

Jumaat malam ammi buat projek cookies dengan Kyra.  Sesambil tu buat juga projek frozen popia tapi tak ambik gambar pun sebab i busy.  Ahaks.  Yelah, kejap nak sudukan adunan, kejap nak check oven, kejap nak keluarkan cookies yang dah siap bakar.  Nak gulung popia lagi.  

Kalini ammi cakap dengan Kyra, guna resipi cookies ammi yang ammi dah buat dari dulu lagi.  Inilah resipi yang ammi dok repeat berulang kali sebab sedap ditekak ammi.


Adunan ni memang berminyak sikit sebab guna minyak dan agak lembut (lembik).  Untuk kacang tu ammi guna walnut sebab haritu adik ipar bagi seplastik besar walnut pastu ammi macam eh nak buat apalah ngan walnut ni sebab walnut ni macam agak tastelesslah di tekak ammi kalau makan gitu je.  Ammi sangai pastu chop je bagi dia kecik.


Sudukan kecik-kecik je supaya ko ngap sekali harung je masuk mulut.  Kalau besar karang bersepah rumah dengan serdak biskut.  Ahaks.  Tapi ini pun masih besar lagi sebab hasil selepas bakar lebih besar dari duit 50sen yang lama tu.  I don't like...i prefer it to be small.  Size 20sen tu je.  


Dah sejuk sikit kita golekkan dia dalam dulang ni biar dia betul-betul sejuk sebelum kita masuk botol.  Tengok belakang eloklah warnanya.  


Sekali bila pusingkan dia...ehhhh awak perli kita ke?  Kita taulah bapak kita India mak kita Jawa.  Ginilah warna mak ngan bapak kita.  Ahakss.  

Maksudnya ammi tak boleh letak letak tray atas dan bawah.  Pembakaran tingkat atas macam lebih kuat je.  Ke ammi yang tak reti nak adjust oven ammi?  

Tapi warnanya je agak gelap rasanya tak hangit pun.  Satu adunan haritu dapatlah dalam 3 balang.  Sekaliiiiiiii hari Sabtu masa berbuka sedap pulak abang ipar ammi dok kunyah sambil cakap "pandainya anak dara babah buat kuih".  Hari Ahad tu Khilfi pulak bawak balik sebalang ke asrama.  Kita kena buat projek kuih ni lagi ke camna ni kakak?  Laku keras pulak.

Ammi share resipi ye...kotlah ada yang nak try.  Ammi dah pernah try few different recipes but this one turn out to be yang paling ngam.  Rangup, rapuh, just melt in your mouth.  Semoga yang berkongsi resipi ni dulu dilimpahkan pahala melimpah ruah.



Cubalah, manalah tau selera choc chip kita sama kan.  Kalau tak ada soft brown sugar tu korang blend halus jelah gula biasa tu pun boleh.  Sukatan sebenar 1 3/4 cawan gula tapi ammi memang kurangkan manis sebab nanti nak letak choc chip lagi.


Ke bazar kali ke-2

Jumaat lepas ammi bekerja dari rumah.  Mujur juga sebab hari sebelumnya pukul 8.30 baru sampai di Terminal bus.  

Alip pun tak sekolah juga pagi Jumaat tu sebab sekolah beri cuti peristiwa.  Aisehmannnn, macam mana ammi nak makan ni.  Dahlah pagi masa sahur tu pun ammi malas nak bangun.  Ammi kejutkan abah je pastu pandai-pandailah abah dan anak daranya uruskan masalah sahur.  Gitulah bila sekali-sekala Allah bagi cuti.  Masa dorang gi solat Jumaat, berdesup ammi buat mi segera.

Dorang balik je dari solat Jumaat, kita pun bersiaplah.  Abah ajak gi top up barang rumah dan barang dapur.  Selesai di Econsave eh lajaklah pulak ke Bazar Ramadan di Stadium Paroi.  Kitorang sampai situ lepas waktu Asar jadi macam belum crowdedlah lagi.  Kalau lewat sikit (time lepas orang balik kerja tu) mungkin jenuh jugaklah nak cari parking.

Beli alakadar je sebab abah nak makan mihun sup katanya untuk berbuka.


Masuk je situ, gerai pertama kami jumpa eh gerai abang saudara ammi rupanya.  Dia jual nasi ayam kunyit.  Si bongsu kata dia nak nasi goreng kunyit.  Dia mana boleh nampak lauk ni atau ayam penyet/ayam gepuk.  Terus berkobar-kobar.  Ni dia yang tonggengkan bekas tu dalam pinggan sendiri.  Habis berterabur.

Jalan ke depan sikit, tetiba dengar orang panggil "Pak Ngah oh Pak Ngah".  Bila toleh, eh gerai anak buah pulak.  Baru tau dia ni niaga kat sini sempena Ramadan.


Belilah juga sekeping sebagai sokongan.  RM5 sekeping.


Beli ayam percik ni.  Seketul RM5 je.  Masa nak bayar tu ammi nampak "lelaki" itu bergelang emas.  Dalam hati macam alahaiii, apsallah gi beli kat kedai dia.  Bukan memilih korang tapi hmmmm.  Sekali dia cakap "ayam satu tu kecik, akak tambah satu batang lagi tapi bayar untuk 2 je".  Ohhhhhh akak rupanya.  Tapi seriusssss muka, gaya, size dia memang abang-abang sangat.

Sampai rumah, ammi baringlah kejap.  Sakit pulak perut ni.  


Pukul 6.30 masuk dapur buatlah mihun sup daging campur fish ball.  Daging tu dah lama ammi rebus dan hiris.  Jadi tak perlulah nak tunggu lama.

Masa berbuka tu Alip cakap 

Alip:  Ammi tak boleh berpuasa sebab haid ke? (Alamak bahasa buku dia bagi)
Ammi:  Aah
Alip:  Ammi tak makan ke?  Alip tak nampak pun.
Ammi:  Tak makanlah sebab Alipkan puasa. (Padahal ammi dah selamat makan mi segera).
Alip:  Alip dah darjah 6, ammi boleh je makan.  Alip tak kisah pun.  Lagi pun Alip tak pergi pun kat dapur.

Alololo...kadang-kadang ammi pun lupa anak bongsu ammi ni dah besar.  Walaupun dia still lagi ada masa masih datang tidur menyelit kat abah ammi.  Dulu kalau dia menyelit memang dia selit je kat tetengah.  Sekarang dah pandai, dia menempel kat tepi abah.  Siap bawak selimut sendiri pulak tu dari bilik dia.

Projek Mengecat

Kyra bagi cadangan dia nak cat pintu rumah.  Dia kata macam tak best je kalau pintu tu warna coklat.  Ammi pernahlah plan nak tukar pintu sebab pintu-pintu ni macam semua dah senget.  Tapi mengenangkan bajet untuk satu pintu tu agak keras jadi kita tangguh jelah dulu.  Yelah bukan boleh tukar pintu je, kena tukar frame pintu tu sekali.  Kawasan rumah ammi ni dibangunkan back in the 80s.  Memang konsep rumah old school la.  

Tapi ammi rasa owner lama mesti dah tukar ke pintu jenis yang camni sebab pintu asal rumah-rumah disini lain.  

Ammi beli je cat dari Shopee.  Kita try test tengok apa hasilnya.


Mula-mula ammi beli cat jenama lain tapi bila sampai habis pecah bekasnya dalam plastik courier tu pastu masa ammi nak buka plastik tu memang ammi buat video dan ammi mintaklah refund semula.  Pastu ada hati dia suruh ammi pulang balik cat yang dah tumpah tu.  Ehhh koooo, dah jadi satu hal pulak aku nak kena keluarkan duit cari packaging lain nak pulangkan kat ko.  Ko nak refund atau nak aku bagi rating rendah?

Pastu ammi cari cat lain dan jumpalah cat ini.  Yang ini packaging dia masa penghantaran cun.  Dalam kotak.  Dan kotak dia pun warna lawa.  Memang ini warna rasmi syarikat ni kot.  Warna hijau turquoise camni.  Ehhh ni hijau turquoise ke?  Ke hijau Petronas hahahah.


Setiap set dapat sekali dengan kit ni.  Ada roller, brush, sand paper, tape, yang dalam plastik hijau tu apa ntah.  Lupa pulak ammi nak tanya "contractor" ammi ni.  Bulan Ramadan ni contractor tu macam bangun tidur ikut suka.  Cat 20 minit pastu dia menarilah, nak menyanyilah.  Ehhhh tulah masalah ambik Gen Z bekerja.  Ahakss.


Selepas coat yang pertama.  Ammi macam eh kenapa letak cat dalam pinggan ni?  Apsal tak mintak abah belikan paint tray tu ke apa.  Katanya cat ni pekat tak cair dan tak tumpah pun.  


Lepas coat yang ke-2.  Nampak yang ammi bulatkan tu.  Menyenget dah pintunya.  Bila dah cat putih camni alamak nampak pulak banyak lubang-lubang diantara sambungan kayu tu.  Camna nak buat tu?  Frame tepi tu Kyra kata dia nak cat pakai warna hitam.  Hmmmm kena beli lain lah ni?


Bilik anak bujang.  Rasanya ammi macam kena cat balik dinding rumah ni juga sebab macam dah kepam je putihnya.  

Pastu ammi menyampahnya lahai dengan tiles tepi tu.  Itu belum lagi tiles yang owner lama buat dia tengah-tengah hall.  Sebab tu ammi kena cover pakai carpet kalau tak kelakar betul coraknya.

Ammi pun tak faham macam mana ammi boleh "terbeli" rumah ni dulu.  Mungkin sebab datang dengan arwah mama pastu arwah mama suka dan harganya pun murah kot dan memang tujuan beli rumah ni dulu pun untuk bagi arwah mama duduk.  Ammi tak plan langsung nak pindah balik dan menetap kat sini.  Plannya nak beli rumah lain untuk kami.  Tapi itulah, kita rancang lain tapi Allah ada rancangan lain untuk kami.  Allah singkatkan usia mama kami.

Semoga adalah rezeki kami nak renovate rumah ni manja-manja.