Hari Rabu ammi keluar daripada office lebih kurang pukul 4.40 petang. Masa ammi keluar tu ada je elektrik kat office. Ammi baru je gerak naik grab, boss call kata dia dengar cerita seluruh PJ blackout. Ammi macam "i just left the office".
Pastu kecohkan kat medsos pasal kena turun daripada bangunan guna tangga semua. Kesian. Pada yang fit itu merupakan senaman petang buat korang tapi pada yang lutut dah sebaya dengan lutut ammi, kesian kat korang.
Bukan sahaja di Petaling Jaya, tapi di KL pun sama. Bayangkan orang yang bekerja di TRX tu kena turun tangga. Okkkk malas nak membayangkan betapa menggigilnya kaki korang. Saya bersimpati.
Punca bekalan elektrik terputus adalah akibat gangguan di Stesen Penjana Bebas di Melaka. Fuhhhh Stesen Janakuasa di Melaka yang bermasalah sampai ke KL dan Johor pun terkena tempias. Mujur juga yang di tetengah tu (ehhh rumah kitalah kat Seremban tu) tak turut terjejas. Kalau tak jenuh juga nak berkipas sambil tidur malam.
Dulu pernahkan jadi macam ni back in 1996 kalau tak silap. Tapi itu lagi dasyat sebab satu Malaysia bergelap. Sapa ingat kejadian ni? Ammi ingat sebab ada konsert Slam masa tu. Kat suratkhabar kan dah kecoh ada konsert Slam tapi apa jadi ntah dengan konsert tu. Zaman itu bukan zaman medsos, semua dihujung jari. Kalau ko tak beli suratkhabar mereputlah ko tak tau cerita.
Ok sekian saja bebelan saya yang terlepas dari jadi mangsa ketiadaan elektrik semalam. Selamat lutut saya tak perlu turun tangga (walaupun 3 tingkat jerrr).
17 Comments
owh berkait dengan stesen penjana dekat melaka..ingat kan kenapa lah...tapi, kesian betul..sebab tiba2 je kan
ReplyDeletehuis.... susah juga tak ada bekalan elektrik ni kan
ReplyDelete1996 Cie darjah 6. Macam ingat2 lupa dah.
ReplyDeleteada baca juga psl blackout ni..yg dkt TRX katanya turun tgga dr level 106 fuh....kita dlu dr level 31 pn dh ketar lutut bila smp lobby
ReplyDeleteAduhai! Nasib baik Ammi dah blk awal kalau x kena turun tangga lah juga.
ReplyDeletegombak not affected utk blackout hari tu....yg zmn seluruh msia blackout tu...MZ ingat jugak cuma blurry memory gitu
ReplyDeleteAah betul ada blackout hari tu. Yg tahun 1996 tu pun ingat. Cuma tak ingat detail or peristiwa² berkaitan.
ReplyDeleteKesiannyer kena turun tangga yang pulang dari pejabat tu
ReplyDeleteIngat lagi kejadian black out semalaya tu. Riuh masa tu.
ReplyDeleteIngat yang blackout satu malaysia dulu. Slam ada konsert unplugged. Betul² unplugged la. Saya pernah turun tangga dari tingkat 41, plaza MBF (nama lama) Jln yap kwan seng. Bukan takde letrik, tapi bomba buat latihan kebakaran. Kenangan betul.
ReplyDeleteBoleh rasa, memang bayak urusan tergendala..
ReplyDeleteKisah letrik 1996 tu baru umur 6 thn tp ada lah igt memori arwah mak kipaskan hingga tertidur
ReplyDeleteAllah lebih mengetahui apa yg terbaik.. nasib balik awal kalau tak jenuh sakit lutut
ReplyDeleteturun tangga tu tak kisah sgt, gelap tu yg jadikan seram.
ReplyDeleteYe betul ni...masa ni 1 PJ xde elektrik..nak tau tak..company dinner sempena 50th anniversary untuk stakeholder masa ni kat PJ Hilton, bergelap diorang...nasib baik ada letrik semula lepas tu walau 4 jam xde elektrik..jenuh...
ReplyDeleteada terbca jugak..jenuh la opis yg tinggi tu kan..adoi la. aku pun x nak bayangkan. menggigil wei
ReplyDeleteKesian kan dengan staff yg kena turun dari bangunan tinggi2 tu. Mujurlah masa saya kerja dekat KLCC dulu asal ada fire drill je saya outstation 😅 jadi mmg tak sempat merasa turun KLCC guna tangga hehe
ReplyDelete