Hari Rabu ammi keluar daripada office lebih kurang pukul 4.40 petang.  Masa ammi keluar tu ada je elektrik kat office.  Ammi baru je gerak naik grab, boss call kata dia dengar cerita seluruh PJ blackout.  Ammi macam "i just left the office".  

Pastu kecohkan kat medsos pasal kena turun daripada bangunan guna tangga semua.  Kesian.  Pada yang fit itu merupakan senaman petang buat korang tapi pada yang lutut dah sebaya dengan lutut ammi, kesian kat korang.


Bukan sahaja di Petaling Jaya, tapi di KL pun sama.  Bayangkan orang yang bekerja di TRX tu kena turun tangga.  Okkkk malas nak membayangkan betapa menggigilnya kaki korang.  Saya bersimpati.

Punca bekalan elektrik terputus adalah akibat gangguan di Stesen Penjana Bebas di Melaka.  Fuhhhh Stesen Janakuasa di Melaka yang bermasalah sampai ke KL dan Johor pun terkena tempias.  Mujur juga yang di tetengah tu (ehhh rumah kitalah kat Seremban tu) tak turut terjejas.  Kalau tak jenuh juga nak berkipas sambil tidur malam.

Dulu pernahkan jadi macam ni back in 1996 kalau tak silap.  Tapi itu lagi dasyat sebab satu Malaysia bergelap.  Sapa ingat kejadian ni?  Ammi ingat sebab ada konsert Slam masa tu.  Kat suratkhabar kan dah kecoh ada konsert Slam tapi apa jadi ntah dengan konsert tu.  Zaman itu bukan zaman medsos, semua dihujung jari.  Kalau ko tak beli suratkhabar mereputlah ko tak tau cerita.

Ok sekian saja bebelan saya yang terlepas dari jadi mangsa ketiadaan elektrik semalam.  Selamat lutut saya tak perlu turun tangga (walaupun 3 tingkat jerrr).