Tadi ammi dapat komen daripada LydiaMiza katanya blog dia di removed. Alamakkkkk teringat terus kat kenangan pahit tahun 2021. Blog ammi pun kena remove dulu dan ammi terpaksa buat blog baru sebab rayuan ammi macam tak dilayan je. Tapi masa tu ammi tak guna domain lagi, memang alamat blog berakhir dengan blogspot gitu.
Tapi rasa ramai kawan-kawan yang blog kena remove ni macam guna domain je kan. Apalah agaknya masalah tu. Semoga kengkawan kita dapatlah semula blog dorang. Sedihhh woooo. Buatlah rayuan ye, manalah tau dorang boleh pertimbangkan.
Ini pun kisah menyayat hati ammi juga.
2 minggu sudah kot cover untuk smartwatch ammi pecah. Bila dah pecah tu ammi ni seriau juga nak pakai jam tu sebab ammi ni boleh tahan lasak. Kadang-kadang masa jalan tu ammi sagat je dinding. Soooo, better takyah pakai. Calar jam tu karang lagi teruk tercalar hati ini. Auwww
Ammi gunalah jam lama ammi yang ammi jumpa diloteng dulu tu.

.png)
Alolo comel tau getah tambut... dulu kita guna getah tempe je tau haha sejenis x kisah janji kita bole pakai jam tu kan
ReplyDeleteOk sekian, setelah sehariab akhirnya blog kita terpalit sama wak huwaaaaaa ...dah hilang... harap dapat.le balik kan
Deletebeli tali je tak boleh Ammi?
ReplyDeleteakak ni dah macam apa harini.
blog ni dulu domain lambat bayar terus la hilang sebab dah ada orang ambik nama tu. dah tak berdotcom la kita. guna nama sendiri gak walau blogspot eh hilang juga. hurmm tengah bulan haritu ada dapat email katanya nak blog ni sebab nama tu mereka guna utk company. eh eh nama kiter kot? adoi la
tali ni ok sangat-sangat lagi cuma tempat selit tu je yg putus.
DeleteSedihnya banyak blog kawan-kawan not found. Semoga mereka dapat semula blog mereka dengan cepat. Kita pun auto jadi risau jugak.
ReplyDeleteJadilah tu Ammi, nampak sepadan juga warnanya. Tak nampak macam getah rambut pun. Kalau ada warna gold macam besi tu sesuai jugak.
insyaallah nanti carilah lagi...setakat ni dah pergi few physical kedai jam semua kata takde
DeleteItulah tadi nak tengok blog sis lin tapi kene remove jugak... aduhla camne lah kalau blog dana yag kene remove nanti. Adehla sian la jam akak tu, kalau gitu kene beli jam baru la kot kak heheheh
ReplyDeleteAlamak, seram pula dengar blog kena removed ni. Semoga LydiaMiza dapat semula blognya.
ReplyDeleteBeli offline je la, Ammi, watch strap tu, dekat kedai jam. Guna getah rambut, boleh putus. Saya punya tali jam baru, tukar kat kedai jam dalam supermarket, kena 10 ringgit je.
talinya ok lagi nur...takde tercalar or koyak ke apa... nak cari tempat selit tali jam tu je. dah pergi banyak kedai jam kat somban ni semua kata takde.
DeleteLepas sorang, sorang blog kena remove. Apa masalah blogger ni sebenarnya kan.
ReplyDeleteAmmi pakai Apple Watch kan? Sekadar nak share pengalaman. Setakat ni saya pakai apple watch tak letak cover sbb screen dia scratch resistant dan susah pulak nak swipe kat screen bila ada cover. Beberapa kali dah tergesel kat dinding dan terjatuh atas lantai, alhamdulillah elok lagi screen jam ni takde calar-balar. Saya pakai Apple Watch series 9 yg lama tu, klu model yg lebih baru rasanya 2x scratch resistant dari yg lama.
ReplyDeleteSemoga rakan-rakan blogger yang hilang rumah maya dapat semula harta kenangan yang sangat berharga itu.
ReplyDeleteTu la tu... uncle find out pun banyak blog yg kena removed... Harap blogspot dapat recoverkan balik...
ReplyDeleteOwh... uncle biasa je ikat dengan getah tu... getah nasik lemak lagi...
Baik betul Ammi ni, tetap pakai jam yg berikat getah. Bertambahlah ye
ReplyDeleteTak perasan pun guna getah tu. Cie salah sorang blog kena remove semalam. Alhamdulillah malam tadi dah dapat semula. Cuma risau juga takut kena lagi.
ReplyDeleteBlogger pening kot. Tengok lewat petang semalam dah boleh dah ke blog kawan² yg kena remove tu.
ReplyDeletePstt, malam tadi PH mimpi Ammi. Siap ada Khilfi sekali 😆
auwww...awak rindu kat saya ke tu?
Deletetak nampak pun celanya getah merah tu, pakai je la ammi sementara nak beli yg baru harga ekonomi.
ReplyDeleteOoo boleh erk letak getah...akak ada strap yang dah putus dan hilang..guna getah je la kalau macam tu kan...nak beli mahal plak delivery dari strap nyer...
ReplyDeletemasa untuk beli jam pintar tu...lupakan jam konvensional walaupun jenis ini memang terbaik sepanjanga zaman.
ReplyDeletekita nak gelak lah... hahaha...
ReplyDeletesebab masa telefon kita ada getah, anak2 gelak kat kita...
ngam jer getah warna merah tu!! memang semlm ramai blog kwn2 kena remove...stress dan risau jugak..syukur last nite semua dh dpt balik blognya..tp pg ni, ada yg baru kena, cthnya carneyz..moga2 mlm ni dpt balik semula her blog
ReplyDeletehahah.. postage lagi mahal, tu yang akak beli 2 tapi still lah rege tak masuk akai 😁. Lepastu menyesal yang sebiji lagi entah nak buat apa.
ReplyDeleteala siannya dia....tapi oke, x perasan sgt pun. yg penting ada jam, nak tgk kan
ReplyDeleteAdoi.. risau juga kalau tiba-tiba blog hilang..
ReplyDeleteSetakat ini yang Sha perasan, entry ja duk hilang.. Tak pasti kenapa..
Kejadian global blog di remove ini. Krn blogger Indonesia pun banyak mengalami. Apalagi sedang ada paid post dari salah satu brand besar, memang kecoh kemarin tuh. Alhamdulillah tak lama bisa balik
ReplyDeleteAiiih kreatif juga kakak pakai karet rambut ❤️👍. Betullah, drpd beli lebih mahal ongkosnya 😅
Rasa menyesal sebab sendiri delete 1st blog sebelum ni. Rasa ralat menebal even dah buat blog baru 🥹
ReplyDelete