Maafkan saya

Tak baik menuduh.

Itu jelah nak cakap, sebab ammi tertuduh Kyra yang hilangkan jam ammi.

Kisahnya ammi pernahlah bagi Kyra pakai jam ni dulu.  Jam ni usianya adalah dalam 10 tahun kot.  

Masa ammi heboh dok buat Intermittent Fasting bagai ammi pun belilah Oppo Smartwatch sebab masa tu pakai handphone Androidkan.  Pastu bila ammi tukar pakai Iphone boss pun bagilah Apple Watch lama dia sebelum dia hadiahkan Apple Watch yang baru 5 bulan selepas itu.  Lepas dah guna smartwatch memang ammi tak pakai dahlah jam biasa.

Jam Oppo tu ammi bagi kat Kyra.  Dia hilangkan di asrama.  Fine!!

Pastu ammi bagi jam Casio lama ammi yang ammi dah bagi kat arwah Muma (pun dia hilangkan).  Aishhh.  

Yang ammi tuduh ni pun dulu ammi pernah bagi dia pakai...ammi dok cari tak jumpa-jumpa.  Dia bersungguh kata dia tak hilangkan.  Dia tak pernah pun bawa gi sekolah.

Sekali kannnnnnn...masa dok kemas loteng, ammi buka balik kotak-kotak ammi jumpa jam ni elok je duduk dalam satu handbag.  Handbag tu ammi hampir nak buang sebab dah terkopek-kopek kulitnya.  Kalaulah ammi buang je terus tak check, memang banyaklah kerugiannya sebab ada duit dalam RM80 dalam beg tu dan ada jam ni.


Selamat bertemu kembali simerah merelip.  Kena gi tukar battery dan tukar tali ke camna ntah.  Tali tu elok je lagi cuma tempat nak selitkan tali jam tu je dah putus.

"haaaaaa, tak baik tau tuduh kakak hilangkan", gitulah ayat Kyra.

I'm sorryyyyyyy.  Menuduh orang kan memang sesuatu yang menyeronokkan.  Ahakss.

Post a Comment

9 Comments

  1. sebab dah 2x kakak buat hilang, terus ammi assume.. kesian kakak.. linda pun, sebelum nak buang beg2 semua.. cek dulu dalam2 dia.. mana la tahu jumpa harta karun

    ReplyDelete
  2. Nampaknya Ammi kena belanja Kyra la sebab dah tuduh dia hilangkan jam Ammi dulu ahaks!

    ReplyDelete
  3. haha... yg penting dah jumpa... dan kena belanja lah kan haha

    ReplyDelete
  4. Haaa..pi belanja Kyra makan sizzling mee kat Seremban Prima..x baik ye..tuduh2 orang.....

    ReplyDelete
  5. Kesian Kyra... tapi biasalah, kadang-kadang kami pun tertmenuduh anak-anak kalau kehilangan sesuatu di rumah... ahaks!

    ReplyDelete
  6. Bukan tuduh tu tapi syak wasangka je cakap kat Kyra. Haaha

    ReplyDelete
  7. ala cian kyra kena tuduh hehhe mommy nya kena bagi pampasan sbb tersalah tuduh tu

    ReplyDelete
  8. Tempat selit tali jam tu ada jual kat Shopee.. cari watch band strap/ring.
    Akk pernah beli sebab tali jam elok lagi.. mula-mula tu pakai getah je, cari-cari kat Shopee ada.

    ReplyDelete
  9. Hihihihi biasalah tuh 😄😄. Eh tapi Kyra ini sama dengan saya, suka menghilangkan jam 😂😂. Makanya saya sempat lamaaaa tak pakai jam lagi, sebab selalu hilang kak.

    Baru2 ini saja saya pakai smartwatch, itupun Krn nak mengukur sleep record dan timing selama gym. Kalau bukan Krn itu, memang tak akan pakai lah . Nasib baik dah hampir setahun belum hilang 🤣

    ReplyDelete