Makan apa di pejabat (3)

Rasanya sekarang ni every Thursday bolehlah ammi compilekan apa yang ammi makan kat office.  Makan je apa yang rasa nak makan asalkan tak lapar.

Biasanya meal ammi memang sekali jelah kat office.  Its either you eat breakfast like a king or you skip breakfast and makan lunch.  Pilih satu je.  Yang penting tiap pagi memang kena minum black coffee.


Hari Isnin ammi bawa grilled chicken dan sayur yang direbus manja pastu season dengan Kewpie Yuzu Roasted Sesame sikit dan cili flakes.  Telur rebus dalam jaring biru tu buat acah je sebab sampai hari Khamis ni telur tu masih ada atas meja.  Macam tak lalu pulak nak makan.  Harini kita bawak jelah dia balik.


Untuk hari Selasa - kononnya ammi nak buat Japanese Potato Salad With Cucumbers.  Tapi ammi tak ada cucumber kat rumah.  Ammi letak jelah telur rebus, ubi rebus, tomato, carrot pastu season dengan greek yogurt, japanese mayo, garam dan cili flakes.

Dalam video yang orang share tu bila dia makan krup krap bunyinya sebab ada sliced cucumber...ammi pun takdelah bunyi sebab takde timun.  Pastu ko datang office bawak sekeping wrap.  Ko masukkan dalam microwave.  Sudahnya keras weiiii.  Tapi lelama bila salad tu dah basahkan wrap tu oklah, bolehlah digigit.  

Sedap dan kenyang juga makan gini dengan syarat kena pedaskanlah.  



Japanese Potato Salad tu memang ammi buat 2 portion.  Tiba pagi Rabu tu bangun tidur ko rasa nak grill sikit salad tu.  Pecahkan sebiji telur pastu ko masukkan je baki potato salad, kacau-kacau dan masukkan dalam pan.  Bila dia dah masak, letaklah wrap di atas dan bawah dan grillkan sikit.  

Daripada 1 bulat besar wrap tu ammi cut into 4.  Ammi gi kerja bawa 3 bahagian dan tinggalkan 1 untuk Alip.  Tapi memang dah agak dah dia takkan makan sebab potato salad tu masam sikit (ammi ada letak greek yogurt dan mayo kan).  Jadi memang abahlah kena habiskan 1/4 part wrap tu.  Mesti abah pun terkulat-kulat juga sebab this is not his kind of food.



Hari Khamis, memang dari malam Rabu tu dah plan nak makan nasi ambeng.  So, pagi tadi beli je nasi ambeng dan makan masa breakfast.  

Biasanya hari Khamis abah jarang masak kat rumah sebabnya belah malam Abah & Alip akan ada makan-makan lepas bacaan Yaasin disurau.  Selalunya abah tapaukan je untuk ammi sorang.  Kita tengoklah petang karang macam mana perginya, kalau lapar sangat kita order yang berat, kalau tak tosei sekeping pun cukup dah.


Eh, ammi pun tiap hari makan nasi juga tapi untuk dinnerlah dan berat ammi ni fluctuate sebab ammi ada masalah nak membuang secara harian.  Kadang berat tu macam kurang banyak sikit, kadang naik sikit.  


So, sekarang ni tiap malam Jumaat memang ammi akan bancuh 1 sachet Kitsui Belloss Fiber ni.  Esok paginya lamalah ko conquer bilik air.  Haaa, lepas itu kalau timbang confirm ringan banyak.  Kadang-kadang malam Ahad pun makanlah sesachet sebab Ahad masih cutikan.  Risau nak makan hari kerja sebab takut pulak tiba-tiba keperluan menggunakan tandas sampai masa ko dalam bus.

Rupanya, doctor yang rawat ammi kata, orang yang ada endometriosis & adenomyosis memang agak susah nak membuang air besar sebab kemungkinan besar rahim kita dah menekan dibahagian usus.  Ouchhhh.

0 comments