Kisah Sabtu bulan lepas

25.7.2026 - Hari lahir kakak ipar ammi di JB.  Kalau ammi 47 tahun ni makanya dia 57 tahun.  Yeayyyy dah boleh pencen betul-betul.  Dah setahun dia pencen cubaan sebab tak dapat pelepasan pencen.  

Lepas Zohor kami gerak ke Shah Alam.  Ada kawan ammi menjemput anaknya kahwin.  Ya Allah, bila dapat jemputan kan macam...dulu masa kami semua baru berkenalan back in 2005-2006 gitu, ammi belum pun ada anak.  Kakak-kakak yang lain anak-anak kebanyakannya masih sekolah rendah.  Now, sorang demi sorang berkahwin.  Anak dara ammi pun dah habis SPM, cepat sampai jodohnya cepatlah kahwin.  Kami semakin tidak muda ye.


Kami berkawan dari masing-masing pakai tudung singkat.  Ada yang tudung Fareeda tingkek-tingkek tu, ammi tudung sehelai pun takde dalam almari.  Dan tiba-tiba disaat anak orang lain dah besar-besar, kakak yang bertudung peach tu ek ehhhh teraccident pulak, maka dapatlah seketul budak kecik berbaju hitam tu.  

Yang disebelah ammi berbaju maroon tu Ustazah ammi.  Bila ammi cakap itu ustazah, Alip macam seriuslah ustazah.  Ustazah ammi darjah berapa?  hahahahhah darjah berapa dia tanya.  Mentang-mentang ustazah ni renek je orangnya.



Habis disini, kami terus ke Kg. Baru sebab abah macam biasalah.  Dia mana reti duduk diam hari Sabtu Ahad.  Ada je game bola sana sini.  Ammi pun jadi taktau dia main untuk team apa.  Kejap team surau lama, kejap team bank, kejap team sekolah.  Mainlah awak, janji jangan injured.

Ammi tak tengok pun abah main bola sebab tengah gerimis masa tu, jadi ammi duduk jelah melepak minum-minum kopi dalam cafe.  Kebetulan adik ipar bawak isteri dan anak-anak gi shopping di KL.  Dia pun singgahlah tengok abangnya main bola.  Ada bergambar tapi kat dalam telefon mana ntah diamnya.

Lepas maghrib, kita pergilah makan.  Nak pergi makan di Rosdet Kg. Baru tapi susah pulak parkingnya jadi abah terus je kat Tabung Haji Lama katanya.  Ammi rasa macam kat Pusrawi lama.  Entahlah.


Kami makan di Milah Tomyam.  Hi Milah, saya Sharmila.


Order satay ayam + daging dari kedai berhampiran


Ehhh flawless pulak jadinya muka pakai timemark camera ni.  Tudung tadi masa gi kenduri, kita tukar.  Malaslah nak lilit-lilit lepas solat tu.  Kita memang dah standby je dalam bag telekung tudung sarung ni.


Ammi nampak je kengsom, ammi terus je order pastu paksa abah pun makan nasi juga.  Abah sebenarnya nak makan kueh tiow ladna je.  Tak salah ammi order.  Sedap sungguh kengsom kat sini.  Pedas dan manis dia ngam-ngam soi....

Alip duduk semeja dengan sepupu-sepupu dia...gambar pun tak ambil sebab... hmm sebab Ammi leka berborak dengan biras walaupun dari petang tadi dah berborak tapi tetap tak habis-habis.  

3 comments

  1. Dapat geng satu kepala memang susah nak berhenti sembang...saya jarang jumpa orang macam tu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat jumpa kawan lama. Dapat jumpa ustazah sekali. Untung orang renek sentiasa awet muda ek sampai dak alip cakap darjah berapa tu. Aduhaii alip. Tahu-tahu ada anak kawan dah kahwin ek. Kita pun cepat rasa menua sudah. huhu...
    Selagi dia minat main bola, biarkan. Aktiviti sihat. Betul tu Ammi, jangan injured, jangan mengadu sakit sudah lah.
    Comel je kedainya nama milah tomyam. Milah oh milah..sinonim dengan Nismilan. hihi...Begitulah kalau dah jumpa, sembang tak reti berhenti. kikiki...

    ReplyDelete
  3. Saya belum ada undangan nikah anak2 dari teman masa sekolah. Semua masih kecil2 😅.

    Gelak langsung baca ayat Alif tuh 🤣🤣🤣. Muda sangat kah teman Ammi agaknya.

    ReplyDelete