Sehari di Amari Lagoon, Melaka

Masa hari motivasi di sekolah Khilfi ammi & abah decide untuk tinggal di Amari Lagoon (letaknya di Bayou Lagoon Park Resort.  Dia ada 2 blok disitu Amari dan Tahiti kalau tak silap.  

Ini macam konsep AirBNB.  Boleh juga direct book dengan Bayou Lagoon tapi harga walk in biasanya kan lebih mahal.

Kami pernah tinggal sini masa Alip dalam perut.  Kakak & Abang masih kecil, dan kakak pun tak ingat dah.  Sekarang kami datang without abang.  Insyaallah, nanti kita datang lagi dengan abang.  Biarlah dorang enjoy saat masih seronok nak mandi-mandi kolam, guna slides ni.


Kami ambil studio apartment.  Harga dah campur tax, surcaj itu ini jadi RM160.00.  Harga dah termasuk 2 tiket waterpark.


Disediakan 2 futon juga


Tandas luas juga, cuma pintu bilik mandi tu je yang bila nak tutup macam ko tengah bergaduh je kekdahnya.  

                                 


Pandangan pintu masuk.  Ada fridge kecil, water dispenser.



Ammi tak turun langsung ke waterpark.  Hari pertama petang, kami suruh Kyra yang bawa adiknya.  Pagi Isnin tu abah pulak turun dengan Alip.  Hari Isnin tu patutnya ammi WFH kan, jadi marilah kita on laptop, tengok email, tengok apa perlu dibuat.  Kyra pun sambung buat assignments dia yang berlambak-lambak tu.  

Kejap lagi yang lelaki naik ktia nak ke Segamat pulak.


Dekat dalam lift ada letak ini, eh sedap pulak nampak.  Tapi ammi tak orderlah sebab untuk anak-anak kami memang dah siapkan makanan sebelum kami ke sekolah Khilfi.  



Once kita dah booked and bayar bilik tu, pihak homestay memang akan bagi few messages di WhatsApp.  Ada check-in & check out guide.  

Kami takdelah check out pukul 11 tu.... dekat pukul 12 juga baru kami keluar.  Biarlah puas sikit si kecik tu main kat waterpark.  

Begitulah bila tiba-tiba tanpa dijangka anak-anak dapat bercuti.  Terima kasih pada sekolah Khilfi sebab buat last minute program yang last-last satu family terjebak sama.  Pastu ammi lupa Alip patutnya sekolah hari Isnin.  Tak memasal pagi Isnin tu ammi pun jadi salah sorang parents yang letak "urusan keluarga" sebagai alasan anak tak datang.  

0 comments