Hari Jumaat lebih kurang pukul 11 pagi Alip dah gerak naik bus untuk ke tapak perkhemahan. Nama je perkhemahan tapi dorang tidur dalam dorm bukan dalam khemah.
Alip ni tak rajin nak join sangat aktiviti Pengakap. Minat ke tidak ni? Ammi tengok kat blog Kak Ret kata dak Uyum buat aktiviti untuk dapatkan silver badge, gold badge bagai, anak ammi ni apa badge pun tak ada.
Rasanya ini kali pertama anak ammi pergi perkhemahan waktu sekolah rendah. Masa Kyra darjah 6 (tahun 2020) dunia dilanda Covid. Masa Khilfi darjah 4-6 (tahun 2020 - 2022) pun banyak aktiviti luar anak-anak dibatalkan sebab covid masih bermaharajalela. Jadi Kyra & Khilfi memang tak pernah ada aktiviti tidur dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Naik sekolah menengah baru hari-hari tidur dengan kawan-kawan sebab dorang masuk asrama huhu.
Camping sehari ni harganya RM120.00. Keras betul harganya tapi demi sebuah pengalaman, kita bagi jelah. Tapi kalau fikir balik, ok je sebenarnya harga ni, berapa kali pulak dorang makan, duit bus pergi balik lagi kan.
Cikgu banyak share gambar tapi ammi tak jumpa muka anak ammi. Dapatlah sekeping dua buat puaskan mata.
Gambar solat Jumaat di hari pertama. Mana satu anak ammi? Ntah, ammi pun tak boleh nak kenalpasti.
Ni sebelum mulakan cooking challenge kot.
Ha hambik, berasap terus semuanya. Dorang kena buat telur dadar dalam buluh.
Tepek jelah video yang cikgu dah buat.
.png)
Hari Sabtu lebih kurang pukul 2pm, bila cikgu update dalam group kata bus menghampiri sekolah, jadi abah pun pergilah jemput anak bongsunya. Tapi kita tak nampak satu pun gambar anak bongsu masa cikgu share, kita spot husband kita kat tepi bus. Ahaksss. Oklah tu, tak nampak anaknya dapat tengok bapaknya pun jadilah.
Balik dari camping, ingatkan dia penat nak tidur ke apakan... tapi benda pertama dia tanya ialah "Ammi, hari ni hari Sabtu, boleh tak ammi unlock fon Alip?".
.png)

.png)
.png)
Hahahaha adoii ayat² last tu buat kita gelak plak...
ReplyDeleteTp bagus la at least dia dpt pengalaman bermalam ngan kawan² kan.
kenangan manis utk anak2! my razeen pun ada camping ujung minggu ni, tapi camping kat pdg sekolah ajer
ReplyDeletehahaha balik terus mintak handphone. mesti terseksa masa camping tu tak boleh main hp
ReplyDeleteSaya pertama kali tidur khemah pun dah umur 20-an.
ReplyDeleteRindu pulak zaman sek camping gini. Sis orang yang paling suka pergi camping time sekolah tapi dah besar ni, jadi tak suka pulak nak tidur dalam khemah hahahaha
ReplyDeleteSeronok anak2 ni camping hehe unlock fon alip ya
ReplyDeleteAlip...Alip..HP dikejarnya dulu ye bila sampai rumah...
ReplyDeletepengalaman tu walaupon tak dapat tidor dalam khemah sebenar
ReplyDeleteCamping zaman sekarang lebih teratur... Zaman uncle sekolah dulu dah macam tidur dalam longkang... huhuhu
ReplyDeletePengalaman yang bagus untuk Alip. Rasanya sesuailah dengan harga tu. Benda pun tak murah sekarang kan. Ingatkan balik dah penat, rupanya tidak ye. Cari phone dulu.
ReplyDeleteHebat tu boleh buat telur dadar dalam buluh.
ReplyDeleteHahahahahah tetep yaaa main hp yg teringat sampai rumah 🤣.
ReplyDeleteAnak saya pun belum pernah ikutan seperti ini kak. Eh sekali saja, tp itu menginap di sekolah. Bukan di lapangan perkemahan begini .
Sejujurnya saya yg kurang yakin jika mereka stay di luar. Ntahlaah, banyak kejadian Macam2 di sini, makanya saya kurang bisa kasih izin
Best la Alip dapat pengalaman camping, tidur dengan kawan². Prektis siap².. tahun depan nak masuk asrama dah.
ReplyDelete