Jumaat yang tak santai

Hari Jumaat pagi ammi insof, ammi cuma ambil 1 sachet meal replacement je untuk breakfast tapi tetaplah minum black coffee without sugar.   Pastu marilah masuk bilik on laptop buat kerja.  Hari Jumaat memang agak busy sebab kami perlu filekan document.  Mujur juga filekan secara online saja dan tak perlu buat serahan tangan sebab pihak-pihak berada diluar negara.

Tapi tetaplah banyak amendment perlu dibuat sebab bila kita filekan Pernyataan Saksi, memang segala keterangan dalam pernyataan saksi tu adalah milik saksi, dalam pengetahuan peribadi saksi dan kita bukan boleh suka-suka tukar kenyataan untuk nak cantikkan jalan cerita.  Never.  

Untuk lunch, around pukul 12.45 ammi dah tak boleh nak tahan lapar dah.  Minta abah belikan makanan untuk kami berdua.  Alip sekolah tapi dia tak balik sebab ada perkhemahan di Jelebu.  


Memang ammi yang minta abah belikan ayam kicap ni sebab tiba-tiba teringat menu 3 budak gemuk.  Walaupun tak suka sangat lauk masak kicap, tapi kalau jenis yang pekat2 gini ammi ok je.  Jangan masak kicap jenis yang cair tu.



Banyak juga ayam tu rupanya.  Letak sambal tu sikit je dulu, sebab pedas boleh tahan ye sambal ni.  

Lepas makan, abah gerak gi solat Jumaat, ammi tengok laptop takde apa-apa update, maka ammi pun bakarlah lemak.  Dah alang-alang ko makan nasi jomlah kita sapu rumah, sapu carpet (malas nak keluarkan vacuum, kita sapu jelah) sambil bergaduh-gaduh dengan Aswad & Popia Nasuha sebab kat tempat banyak habuk tu lah dorang sibuk nak baring guling-guling.  Ammi letak dustpan, eh dalam tu juga dia nak kuis-kuis.  Ehhhhh itu bukan litter box.

Sejukkan badan sikit, mandi (dah pukul 2 baru ko terhegeh-hegeh nak mandi), solat pastu marilah sambung buat kerja office.  Sementara nak tunggu approval daripada client & boss, sambunglah layan drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar pastu terlelap, dapat call dari boss, kita sambung balik buat kerja, dan begitulah sampai finally siap semuanya hampir pukul 5 lebih.  

Kyra dah mula cuti semester, tapi abah tak jemput pun dia sebab abah ada proposal yang perlu dibuat dirumah.  Suruh dia tempah chartered bus dan bus akan berhenti di stesen KTM Seremban.  Kononnya, nanti abah jemput dia di KTM.  Bila ammi tengok live location dia dah hampir di Seremban, ammi pun suruhlah abah keluar jemput Kyra.  Masalahnya, si Kyra ni dia pergi order Grab sebab dia ingat kami suruh dia balik sendiri sampai ke rumah.  Aduhaiiii ada misscomm rupanya.  Dah jadi keadaan disana menanti disini menunggu pulak abahnya di KTM Station tu.  

Selesai kerja pejabat, ammi keluar ke Lake Garden.  Lama dah tak briskwalk. Jalan sorang-sorang je sebab lepas abah drop ammi, abah terus je ke Padang MBS tempat dia main bola pepetang hari.


Elok je flawless muka guna timestamp camera ni.  Dah tak larat dah ammi nak sambung berjalan.  Tapi tetaplah usahakan juga berjalan laju untuk sampai ke tulisan Taman Tasik Seremban tu.  Lawa pulak nampaknya.


Ha nampak betapa lajunya ammi cuba berjalan.  Seminit je dah sampai sini.  Pastu tak memasal heart beat ko laju mencanak-canak.  Dan bila nampak je air terjun ni rasa macam nak lompat masuk dalam ni santai-santai sejukkan badan.  


39 minit je tapi rasa macam nak pecah dada ni.  Rasa pening pun ada, ammi risau juga kot-kot terpitam masa tengah walking sorang-sorang sebab last buat blood test bulan June haritu bacaan hb darah ammi rendah dari paras normal gara-gara Adenomyosis tu.  

Lepas maghrib, agak lewat juga kami keluar rumah sebenarnya sebab kitorang maghrib pun dah lambat.  Yelah, abah jemput ammi di Lake Garden dalam pukul 7.20pm, sampai rumah, sejukkan badan dulu baru mandi.  Jadi dalam 8.25pm baru kita keluar.  Kononnya nak makan di The Hill & Heal di Kampung Sentosa tapi Google kata closed pulak.  Kat tiktok kata closed hari Rabu.  So, malas nak fikir banyak, taknaklah bila dah sampai karang tutup pulak...jadi kita makan jelah yang dedekat rumah.  Kita keluar pun dah lambat, pukul berapa puluh pulak baru nak dinner kan. 


Order Grilled Chicken di Mokisq Banana.  1st time kami masuk kedai ni sebab selalunya macam tak pernah terasa pun nak masuk.  Macam tak ada vibe yang memanggil-manggil gitu.


Kyra order Fish & Chip.

Abahnya makanan tak masuk gambar sebab laju betul sampai, dan laju betul abah "memporakperandakan" kueh tiow ladna tu, jadi takyahlah masuk camera.  Hmmm.

Bosan pulak bila takde si bongsu yang banyak mulut kat rumah.  Memang terasa betul ketiadaannya.  Nampak macam bukan ammi je yang rindu, Popia Nasuha pun tidur melekat kat pintu bilik abang dia.

Balik rumah, solat Isyak, kononnya nak main game Bingo ammi.  Tapi lepas je solat memang tak larat dah mata ni nak buka, dah kita tidur jelah terus.

0 comments