Keindahan Bersamamu Superisme

​Hari apantah last week time-time dah naik atas katil dapatlah mesej dari Group Sarana Superisme. Ada program motivasi pelajar bersama ibu bapa pada 23.8.2026 sebelah malam. Uiittt malam Isnin tu dan ikut agenda program selesai lebih kurang jam 10.30malam.  Dorang panggil motivator yang agak famous dikalangan cikgu sekolah terutamanya SBP.   

Mujur juga ammi ni dari awal minggu bos dah kata Isnin tu WFH. Ramai juga parents luar Melaka tak boleh datang, yelah esoknya kerja kot.

Bincang dengan abah, sebagai tanda kami sentiasa ada dibelakang anak-anak, biarlah lautan api pun sanggup kami redah.  Jadi kami pun decide untuk join dan Ammi pun planlah apa potluck nak bawak sebab pagi 23.8.2026 tu ammi dah daftarkan Alip utk chess tournament. Jadi memang tak sempatlah nak masak bagai.  Tinggg dapat idea, kita order je suruh kakchik tolong masakkan dan kita bayar. Selesai masalah.

Hari Jumaat sesambil buat kerja ammi carilah hotel area sekolah abang. Memang taklah nak drive balik lepas pukul 10.30malam tu kan. Plan juga supaya esoknya Isnin kita ke Segamat untuk ambil sijil SPM original Kyra

Kami sampai di Melaka lebih kurang jam 4.00petang.  Check in di bilik, gedebak gedebuk dan kami tunggu Kyra & Alip balik dari swimming pool dulu, lebih kurang 6.20pm barulah abah dan ammi gerak ke sekolah abang.  


Pertama kali ammi snap gambar di bahagian sini. Selalu lupa pulak nak pandang sebelah kiri ni.  Dah mohla kita ke dewan makan terus, serahkan makanan dulu supaya senang AJK nak susun-susun.


Tadaaaa...ammi order 2 ekor ayam balado dari kakchik.  Siap cakap tak yah pepodeh bona la kakchik...pepodeh manjo yo sudah.


Tu dia makanan dari parents.  Students form 1 sampai form 5 semua tak ada di asrama sebab dorang boleh balik.  Form 5 pun dapat pelepasan balik sebab cuti panjangkan.  Melaka cuti dari Jumaat sampai Selasa.  Hari Rabu baru naik sekolah.  Form 4 je tak cuti sebab dorang memang ada program Perkampungan Ilmu bermula 22.8.2026 sampailah 28.8.2026.  Demi kemenjadian anak-anak Superisme2327, itulah pengorbanan guru-guru, warden, anak-anak dan parents.  



Sekejap tu anak-anak pun dah habis sesi motivasi dorang dan kami berkumpul makan sesama di dewan makan.  


Ammi tak ambil banyak makanan pun, ambil dan berkongsi je.  Ammi cakap ngan Khilfi, "tolong ambilkan capati sekeping dengan kari kambing".  Sekali yang dia bawak lempeng dan kari kambing.  Capati ngan lempeng pun tak kenal ek dia ni.

Selesai makan, solat Maghrib dan bermulalah motivasi untuk ibu ayah sebelum anak-anak menyusul masuk.  Baguslah motivator ni sebab at least kita pun terbuka mata tentang anak-anak, tentang apa yang anak inginkan, tentang kenapa anak jadi macam itu macam ini.  Banyaklah juga airmata ammi tumpah.  Yelah, kitakan ratu airmata. Tapi ada juga perkara yang ammi kurang gemar bila motivator suruh ibu ayah berpeluklah, ciumlah...tak perlulah kot.  Cara pasangan meluahkan bahagia lain-lain kot.  Ada yang manja-manja, ada yang keras, ada yang kasar.


Anak-anak berarak masuk dan seketul budak tu dia ingat dia Mr. World agaknya.  Dia dengan budak berbaju kuning air tu (Ilyas) memang agak rapat.  Pendebat sekolah dan antara pendebat terbaik yang mewakili negeri Melaka di peringkat kebangsaan.  Alhamdulillah, Ilyas memang bagi vibes yang sangat positif pada anak ammi dan ammi rasa dia juga yang titipkan keyakinan buat Khilfi untuk boleh bernasyid depan orang.  Anak ammi ni kan pemalu orangnya.

Bermula program bersama anak, lagi banyak airmata kami yang tumpah.  Bukan parents je, tapi anak-anak juga tak kira perempuan mahupun lelaki.


Pelajar lelaki batch Superisme2327.  Memang Superisme lebih ramai lelaki dari perempuan.  

Kemudian anak-anak duduk bersama dengan ibu ayah atas lantai je.  Syed jadi anak angkat kami untuk haritu sebab ayah & ibunya tak dapat hadir.  Ada sorang je anak yang 'refuse' untuk jadi anak angkat dan memang menyorok di belakang curtain atas stage sebab kita taktau apa yang ada dalam hati dia.  Semoga kamu terus kuat anak.  


Syed antara top 10 di batch Superisme.  Semoga anak ammi "curi" sikit pandai budak Syed ni.



Kami bertiga yang bengkak-bengkak mata menangis.  


Ammi record masa abang baca suratnya buat kami.  Ammi recordkan juga untuk Syed dan kemudian ammi hantar pada ibunya.  Terharu ibunya dengar suara anak.  Ehhhh dalam keadaan macam ni, sekental mana pun ibu atau ayah confirmlah menangis dengar luahan hati anak.  

 

Isi surat dia biarlah kami simpan, ammi dah simpan dan privatekan di YouTube.  Bila-bila dia banyak hal nanti kita forwardkan balik video tu kat dia.

Anak-anak Superisme2327 dah set target baru untuk SPM2027 nanti.  Beberapa tahun kebelakangan nama MOZAC dah hilang dari radar 20 sekolah terbaik SPM.  Target terbaru mereka adalah 1.00GPS.  Nampak sukar, nampak macam "ehhhh angan-angan ke tu?" tapi kita kena yakin.  Semua yang berjaya memang bermula dengan impian dan angan-angan.  Sebab itu kami mulakan awal program-program sejak dari tingkatan 4 supaya mereka lebih bersedia dan boleh hit target tu.


Inilah motivator yang dipanggil tu, yang membakar semangat anak-anak dan yang bagi semangat juga buat ibu ayah.  Terima kasih En Naemi Md Som.  

Selesai disini kami pulang ke bilik penginapan, Khilfi dan batch Superisme perlu berkemas-kemas sebab esoknya mereka ada program selama 3 hari 2 malam di PLKN Alor Gajah.

0 comments