Kesian tak kat saya

Tadi ammi dapat komen daripada LydiaMiza katanya blog dia di removed.  Alamakkkkk teringat terus kat kenangan pahit tahun 2021.  Blog ammi pun kena remove dulu dan ammi terpaksa buat blog baru sebab rayuan ammi macam tak dilayan je. Tapi masa tu ammi tak guna domain lagi, memang alamat blog berakhir dengan blogspot gitu.  


Tapi rasa ramai kawan-kawan yang blog kena remove ni macam guna domain je kan.  Apalah agaknya masalah tu.  Semoga kengkawan kita dapatlah semula blog dorang.  Sedihhh woooo.  Buatlah rayuan ye, manalah tau dorang boleh pertimbangkan.


Ini pun kisah menyayat hati ammi juga.  


2 minggu sudah kot cover untuk smartwatch ammi pecah.  Bila dah pecah tu ammi ni seriau juga nak pakai jam tu sebab ammi ni boleh tahan lasak.  Kadang-kadang masa jalan tu ammi sagat je dinding.  Soooo, better takyah pakai.  Calar jam tu karang lagi teruk tercalar hati ini.  Auwww


Ammi gunalah jam lama ammi yang ammi jumpa diloteng dulu tu.


Masalah jam ni dari hari ammi jumpa adalah dia dah takde tempat nak selitkan tali tu.  Ni pun mujur ada getah rambut warna merah.  


Kat entry lama tu, kak Faiza adalah cakap boleh beli di Shopee je.  




Memang ada...tapi susah betul nak jumpa yang warna merah.  Banyak yang warna hitam, coklat.  Pastu harga pulak alahaiiiiii, lagi mahal duit postage daripada harga mende alah tu.  So, pakai jelah dulu getah merah ni sementara waktu.  Kalau tak jumpa sok, belasah jelah hitam pun hitamlah kan.  Jam kita bukan jam orang.  Ahaks.

27 comments

  1. Alolo comel tau getah tambut... dulu kita guna getah tempe je tau haha sejenis x kisah janji kita bole pakai jam tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sekian, setelah sehariab akhirnya blog kita terpalit sama wak huwaaaaaa ...dah hilang... harap dapat.le balik kan

      Delete
  2. beli tali je tak boleh Ammi?

    akak ni dah macam apa harini.
    blog ni dulu domain lambat bayar terus la hilang sebab dah ada orang ambik nama tu. dah tak berdotcom la kita. guna nama sendiri gak walau blogspot eh hilang juga. hurmm tengah bulan haritu ada dapat email katanya nak blog ni sebab nama tu mereka guna utk company. eh eh nama kiter kot? adoi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. tali ni ok sangat-sangat lagi cuma tempat selit tu je yg putus.

      Delete
  3. Sedihnya banyak blog kawan-kawan not found. Semoga mereka dapat semula blog mereka dengan cepat. Kita pun auto jadi risau jugak.
    Jadilah tu Ammi, nampak sepadan juga warnanya. Tak nampak macam getah rambut pun. Kalau ada warna gold macam besi tu sesuai jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah nanti carilah lagi...setakat ni dah pergi few physical kedai jam semua kata takde

      Delete
  4. Itulah tadi nak tengok blog sis lin tapi kene remove jugak... aduhla camne lah kalau blog dana yag kene remove nanti. Adehla sian la jam akak tu, kalau gitu kene beli jam baru la kot kak heheheh

    ReplyDelete
  5. Alamak, seram pula dengar blog kena removed ni. Semoga LydiaMiza dapat semula blognya.
    Beli offline je la, Ammi, watch strap tu, dekat kedai jam. Guna getah rambut, boleh putus. Saya punya tali jam baru, tukar kat kedai jam dalam supermarket, kena 10 ringgit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. talinya ok lagi nur...takde tercalar or koyak ke apa... nak cari tempat selit tali jam tu je. dah pergi banyak kedai jam kat somban ni semua kata takde.

      Delete
  6. Lepas sorang, sorang blog kena remove. Apa masalah blogger ni sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  7. Ammi pakai Apple Watch kan? Sekadar nak share pengalaman. Setakat ni saya pakai apple watch tak letak cover sbb screen dia scratch resistant dan susah pulak nak swipe kat screen bila ada cover. Beberapa kali dah tergesel kat dinding dan terjatuh atas lantai, alhamdulillah elok lagi screen jam ni takde calar-balar. Saya pakai Apple Watch series 9 yg lama tu, klu model yg lebih baru rasanya 2x scratch resistant dari yg lama.

    ReplyDelete
  8. Semoga rakan-rakan blogger yang hilang rumah maya dapat semula harta kenangan yang sangat berharga itu.

    ReplyDelete
  9. Tu la tu... uncle find out pun banyak blog yg kena removed... Harap blogspot dapat recoverkan balik...

    Owh... uncle biasa je ikat dengan getah tu... getah nasik lemak lagi...

    ReplyDelete
  10. Baik betul Ammi ni, tetap pakai jam yg berikat getah. Bertambahlah ye

    ReplyDelete
  11. Tak perasan pun guna getah tu. Cie salah sorang blog kena remove semalam. Alhamdulillah malam tadi dah dapat semula. Cuma risau juga takut kena lagi.

    ReplyDelete
  12. Blogger pening kot. Tengok lewat petang semalam dah boleh dah ke blog kawan² yg kena remove tu.

    Pstt, malam tadi PH mimpi Ammi. Siap ada Khilfi sekali 😆

    ReplyDelete
  13. tak nampak pun celanya getah merah tu, pakai je la ammi sementara nak beli yg baru harga ekonomi.

    ReplyDelete
  14. Ooo boleh erk letak getah...akak ada strap yang dah putus dan hilang..guna getah je la kalau macam tu kan...nak beli mahal plak delivery dari strap nyer...

    ReplyDelete
  15. masa untuk beli jam pintar tu...lupakan jam konvensional walaupun jenis ini memang terbaik sepanjanga zaman.

    ReplyDelete
  16. kita nak gelak lah... hahaha...
    sebab masa telefon kita ada getah, anak2 gelak kat kita...

    ReplyDelete
  17. ngam jer getah warna merah tu!! memang semlm ramai blog kwn2 kena remove...stress dan risau jugak..syukur last nite semua dh dpt balik blognya..tp pg ni, ada yg baru kena, cthnya carneyz..moga2 mlm ni dpt balik semula her blog

    ReplyDelete
  18. hahah.. postage lagi mahal, tu yang akak beli 2 tapi still lah rege tak masuk akai 😁. Lepastu menyesal yang sebiji lagi entah nak buat apa.

    ReplyDelete
  19. ala siannya dia....tapi oke, x perasan sgt pun. yg penting ada jam, nak tgk kan

    ReplyDelete
  20. Adoi.. risau juga kalau tiba-tiba blog hilang..
    Setakat ini yang Sha perasan, entry ja duk hilang.. Tak pasti kenapa..

    ReplyDelete
  21. Kejadian global blog di remove ini. Krn blogger Indonesia pun banyak mengalami. Apalagi sedang ada paid post dari salah satu brand besar, memang kecoh kemarin tuh. Alhamdulillah tak lama bisa balik

    Aiiih kreatif juga kakak pakai karet rambut ❤️👍. Betullah, drpd beli lebih mahal ongkosnya 😅

    ReplyDelete
  22. Rasa menyesal sebab sendiri delete 1st blog sebelum ni. Rasa ralat menebal even dah buat blog baru 🥹

    ReplyDelete