Hari Ahad lepas lebih kurang pukul 12 lebih kami keluar rumah untuk hantar anak-anak pulang ke asrama. Pagi tu gigih jugalah tengok Astro Awani nak tengok siapalah yang dipilih oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Agak kurang faham kemelut apa yang berlaku di Negeri Sembilan tapi kita sebagai rakyat marhaen ikut jelah. Banyak betul bunyi yang keluar. Lotih.
Kita hantar Khilfi dulu sebab budak sekolah kena masuk sebelum jam 6 petang. Budak Matriks boleh masuk sebelum jam 9 malam.
Kami singgah makan di Medan Selera Sri Kendong. Masa kat sini baru dapat berita kata Menteri Besar baru umumkan cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan. Yahoooooo.. tapi yahoooo hanya untuk anak no. 1 dan no. 3. Anak no. 2 (Ammi dan Khilfi) kita pergilah sekolah dan bekerja macam biasa hari esok.
Bye sonshine. Panjang umur kita jumpa pertengahan bulan nanti masa lawatan. Bila dah naik upper form ni dia pun dah tak boleh balik masa pulang pilihan. Ada kelas akademik setiap Sabtu. Kalau nak balik pun lepas jam 12.30pm tapi hari Ahad perlu di hantar semula. Jadi memang dia balik sebulan sekali jelah sekarang ni.
Selesai hantar Khilfi, mohlah kita terus je balik Seremban. Kita cari barang kakak di Seremban jelah. Dia tiap kali balik bercuti memang banyak makanan yang masuk list.
Petang sikit, kita dinnerlah terus diluar.
Kyra kata "craving satisfied". Dari haritu nak makan kueh tiow kungfu.
Timemark camera ni letak di Klinik Medina...no kami tak order makanan dari klinik tapi kami makan di kedai sebelah klinik.
Alip macam biasa tak habis-habis dengan nasi putih & ayam goreng kunyit.
Kueh tiow ladna untuk Abah.
Kueh tiow celup ammi punya. Tapi tak ngam sangatlah rasanya. Biashe-biashe je.
Mesti ingat slurpee ni air Kyra kan...noooo itu air ammi. Tiba-tiba teringin pulak nak minum air "brain freeze". Kyra cukup takut nak minum air ni.
Abah hantar semula Kyra balik Matriks hari Isnin around lunch hour.
Bagi Selasa ammi nampak status WhatsApp Kyra. Pukul 2.01 pagi. Heyyyyyy, berapa kali dah cakap jangan stay up sampai lewat gini.
Ammi message dia suruh bagi nombor model ink, tapi katanya "kakak dah order kat shopee, kakak panic pulak tiba-tiba dia habis". Rasanya baru je bulan 5 kami beli printer ni dan kata ink ni boleh print up to 200 pages. Mustahil nau dia dah print up to this number of pages. Ke ink tu keras? Kami beli printer Canon Pixma E410 je haritu. Ada sesapa guna printer model ni dirumah?

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Seronok dapat cuti peristiwa N9! Rezeki singgah Medan Selera Sri Kendong, moga Khilfi terus cemerlang dan bersemangat kat asrama. Anak stay up buat panik! Printer Canon E410 memang ink cepat susut kalau kerap guna. Moga urusan Kyra lancar.
ReplyDeleteMacam sebaya je tiga2 tu....
ReplyDeletePerkembangan politik Negeri Sembilan memang dalam radar perhatian saya...biasa la orang media..wajib tahu pasal isu besar walaupun di negeri lain.
ReplyDelete