Minggu ni ada 3 hari je ammi makan di pejabat. Biasanya Jumaat je ammi WFH, tapi boss kata please also WFH on Thursday and Monday. Its a work from home not holiday...work still need to be done. So, kita masuk semula ke office next Wednesday. Wowweeee.
Bulan 8 ni macam agak slow sikit kerja di office. Tak banyak pertukaran fizikal dokumen jadi untuk kami tutup office dan kerja dari rumah tu macam tak "menakutkan" lah.
Jadi ammi makan apa je haritu?
Hari Isnin ammi buat chicken salad. Ayam tu ammi marinade dengan garlic powder, garam sikit dan sos peri-peri (yang kononnya menyihatkan tapi serius tak enak ditekak ammi. Sos tu ammi letak kat bawah nanti ye). Tapi dah beli, belas-belas juga harganya takkan nak buang. Kita olahlah supaya masih boleh digunakan dan tak membazir.
Benda menyihatkan memang gitulah eh, no added sugar, no preservative, no MSG. Tapi inilah yang sepatutnya kita guna guysssss.
Hari Selasa ammi bawak Egg Wrap with spicy pulled chicken. Dalam telur yang dipukul tu ammi letaklah ayam carik pedas tu bersama sos peri-peri. Bila dah guna few times rasa macam ok....dah boleh diterimalah rasanya.
.png)
Ni ha sosnya... Boss Brother Peri-Peri Sauce. Eh sauce ni product yang award winning tau. Ada Jakim halal certification. Maksudnya, sos ni bagus. Tekak ammi ni je yang dah terbiasa dengan rasa. Nak rasa manis, masin bagai. Pastu komplen gemuk tak sudah-sudah. Lempang sikit si Sharmila ni.
Ammi guna wrap jenama Mission. Selalu ammi beli yang Gardenia. Pada ammi wrap mission ni dia lembut dan nipis nau. Senang terkoyak.
Rabu, ammi lunch dengan shake yang dicampur dengan meal replacement powder. Semakin hari semakin cepat pulak ammi lunch. Entahlah apa pasal lapar lain macam lately.
Disebabkan memang dah plan awal nak minum shake je keesokkannya, Selasa sebelum balik kerja ammi dah rendam rolled oats bersama chia seed dan letak dalam fridge. Patutnya meal replacement tu minum gitu je, tapi perasaan rasa "nanti tak cukup dan lapar" tu yang buat ammi rendam awal-awal rolled oats. Iman saiyaaaa memang tak kuat.
.png)
Bila 1 sachet meal replacement + overnight oats + chia seeds + few ice cubes, dapatlah banyak gitu. Fluffy nau ko ye. Sejengkal jugaklah size bekas tu.
Ammi minum pukul 12.15pm. Ammi makan dinner pukul 9.30pm sebab Rabu tu ammi sampai Seremban lepas pukul 9pm. Ammi terasa lapar sekitar jam 7pm mungkin sebab itu waktu ammi biasa dinner. Rabu tu sampai lambat sebab jam bukan main teruk lagi. Ada accident dan lori melintang katanya di Nilai menghala ke Bandar Ainsdale. Maghrib pun terpaksa qada' je. Nasib baik otak dah set "esok takyah gi kerja", jadi tak terasa sangat penat duduk dalam bus lelama. Ammi naik bus dari Puduraya around 5.15pm, pukul 9malam baru je sampai di tol Seremban. Ahhhh sampai tinggal 29% jelah battery fon sebab ko layan "Agent Kim Deactivated".
So, begitulah cerita lunch saya di pejabat. Semalam jangan ditanya apa saya lunch. Out terusssss kengkonon diet saya ni.

.png)
.png)
0 comments