Jom Memilih

Kalau 11.7.2026 orang Johor diberi peluang memilih, hari ini 1.8.2026 orang-orang Negeri Sembilan pula akan memilih.

Semoga orang-orang yang masih belum tau apa nak dipangkah diberikan ilham untuk memilih yang betul.


Ini adalah keputusan Pilihanraya Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15 pada 12.8.2023.

Tahun-tahun sebelum ni ammi mengundi di N13 iaitu Sikamat.  Tahun ini ammi tukar tempat mengundi mengikut alamat baru dan now ammi mengundi di N12 iaitu Temiang.  Ammi cuba juga tukar tempat mengundi Abah bulan Mac haritu, tapi entahlah kenapa tak lepas.  Ammi punya lepas je.  

Dua-dua tempat ni pada PRN yang lepas dikuasai oleh merah.  Hmmm.  Di N13 dulu yang menang PKR.  Tapi kalau di N12 ni memang sejak dulu, itu adalah kawasan yang didominasi undian DAP.  Auchhhhh, sakitnya itu disini.

Semoga penduduk N12 buatlah keputusan dengan bijak termasuk saya.


Calon-calon di kawasan saya...

Hai awak-awak bertiga...siapa pun yang saya akan pangkah, siapa pun yang bakal menang di antara kalian TUNAIKANLAH JANJI KALIAN. JANGAN HANYA PANDAI MENABUR JANJI.


Zamani Slam pulak cakap camni..


Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara



Bendera-bendera yang dipasang di laluan nak ke rumah ammi.  Kenapa tak ada yang biru pun menyelit disitu?  Gambar di ambil pada 26.7.2026 tapi memang itulah dia keadaannya sampai petang semalam.  Tapi tak apa... aku memilih bukan kerna warna.  Eh ye ke bukan kerna warna?  

1 comment