Beriya betul si Sharmila ni control food intake di pejabat, tapi bila dia kena kerja dari rumah, bila weekend dia makan macam dia tu cuma 42kg. Kurang kesedaran nampaknya dia ni.
Khamis pagi lepas Subuh kita bakarkan roti butterscotch untuk anak bongsu sebelum ke sekolah. Diluar bungkusan kata "lebih enak apabila dibakar", jadi marilah kita bakar dia atas pan. Toaster ammi dah campak buang sebab selalu lepas pakai ammi masukkan dalam plastik dan simpan. Ammi ni jarang-jarang guna toaster, sekali bila nak guna eh ada lipas bersarang pulak dalam tu. Mungkin lepas digunakan ammi lupa masukkan semula dalam plastik. Yelah nak simpan kenalah tunggu sejuk sikit.
Sambil-sambil bakar roti Alip ammi pun keluarkanlah baki sambal telur hancur yang abah masak untuk dinner hari Rabu. Ammi kan balik kerja agak lewat jadi makanlah sorang-sorang. Tapi mak aihhhhh tak termakan ammi sambal tu sebab macam masin nau. Abah kata masin tu ok je kat dia...tapi kat ammi macam tersangatlah masin. Its ok...jangan membazir, kita jadikan dia nasi goreng.
Merah nasi goreng pagi itu. Kita potonglah habiskan beans dalam fridge, goreng ikan bilis, tambah cili flakes dan jadilah nasi goreng pedas gini untuk sarapan suami & isteri.
Selalu di office pepagi minum black coffee without sugar je, pagi Khamis itu eh terkejut perut kita. Mula-mula senduk sikit je, pastu macam "eh sedap pulak nasi goreng pedas gini".... marilah tambah sesenduk lagi buat-buat macam berat kita memang 42kg.
Lepas sarapan ammi on laptop office, buat kerja sikit-sikit pastu ammi layan jelah drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar kat telegram sampai tertidur-tidur dalam bilik Kyra. Eh, memang sedap betul duduk dalam bilik dia ni rupanya. Sejuk dan tenang je, patutlah anak-anak semua memang suka "berkubang" dalam bilik kakak. Ammi just standby je kalau-kalau boss call suruh buat apa-apa.
Kita tunggu Alip balik sekolah pastu kita makan yang ini pulak untuk lunch. Baki kari ayam hari Rabu, yang ayamnya tinggal seketul dua je.
Ammi hiris bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi, tumis semua pastu campur dengan ikan bilis goreng. Goreng juga telur mata pastu curah-curah kicap masin sikit, dan habiskanlah salad dan tomato dalam fridge tu. Alamakkkkk sedaplah pulak tapi kita tahan dari nak tambah nasi.
Pepetang sikit lepas kain di ampaian dah kering, ammi dah selesai melipat kain, marilah kita mula packing bag Alip untuk pergi camping Unit Badan Beruniform di Kem D'Agroloka, Jelebu. Camping sehari je jadi kita bawak ikut cadangan cikgu. Baju ammi pack cun-cun masuk dalam bag sekolah je. Setiap set baju & seluar ammi ikat dengan getah supaya bila dia ambil baju taklah berterabur. Dah nama pun anak lelaki.
Begitulah saya jalani hari Khamis saya dirumah. Plan asal abah ajak gi pasar malam untuk cari makan malam. Si isteri bersetuju, tapi tiba-tiba si isteri bertukar fikiran sebab malas nak bersiap. Maka pergilah si suami bersama anak bongsu mereka ke pasar malam mencari makan malam.

.png)
.png)
0 comments