Erk, ammi dah lama draft entry ni tapi lupa nak share.
Mulanya ammi ingat Khilfi yang saja tanya soalan tu sebab tu ammi ignore je. Tapi bila dia balik dia memang tak tau pun kisah ammi belikan kakaknya tablet. Jadi ammi pun carilah balik komen reader ni untuk ammi buat entry. Sekali lupa la pulak.
Memandangkan kami cuma ada 1 saja personal laptop dirumah dan itu memang untuk kegunaan semua, jadi ammi dan abah decide untuk carikan Kyra either laptop or tablet sebelum dia mula masuk Matriks haritu. Beberapa hari sebelumnya hari kami membeli, boss ammi ke Court dan jumpa kawan dia yang guna tablet Lenovo dan dia pun "meracun" ammi dengan keterujaannya waktu bercerita.
Ammi pun check internet dan suruh Kyra pun sama-sama check juga kalau-kalau dia berkenan, dan bila dia okay ammi pun tanyalah kat anakbuah yang bekerja di IT Store di Melaka. Katanya ada stok dan marilah kita beli.
Kami belikan dia Lenovo Idea Tab Plus model ZAG70967MY. Ada dua jenis Idea Tab ni. Satu tu murah sikit tapi dia tak ada Keyboard dan pen pun perlu dibeli berasingan kalau tak silap ammi. Eh perap lagi terus lupa.
Yang dalam gambar ni warna grey, tapi yang anak dara ni beli warna sand rose, sebab itu je warna yang ada kat store anakbuah ni. Perempuan oklah, kalau lelaki confirm dorang taknak warna ni.
Ini specification untuk Idea Tab Plus.
Disebabkan kita beli kat kedai yang anak buah bekerja jadi dengan rasa penuh "kasih sayang" dia pun bagilah free gift. Bagi casing, bagi mouse.
Color case yang anak ammi dapat warna grey pulak sebab pink takde. Gambar ni ammi ambil je dia website.
Ginilah rupa selepas di pasang keyboard dan cover. Handsome kan?
Harga tak mahallah, jauh murah daripada laptop. Dan fikir budak zaman sekarang memang dorang suka usung yang ringan-ringan je. So far, setelah 2-3 bulan guna, Kyra ok sangat dengan tablet ni. Sangat membantu dalam kelas, masa belajar.
Tablet ni tak guna Microsoft Office tapi guna WPS Office. Untuk kita yang dah biasa guna Microsoft memang rasa geramlah bila guna WPS tapi untuk Kyra yang memang tak biasa lagi dengan Word, Excel dari product Microsoft, bagai dia senang je nak adapt guna WPS.
So, inilah harga yang kami bayar haritu. RM1,300.00 untuk Lenovo Idea Tab Plus. Tablet ni sesuailah untuk budak Sains, budak Acccount, budak Economics yang tak perlu nak download apps berat ye kawan-kawan. Tapi tak sesuailah untuk budak yang ambil Engineering or IT.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments