Sabtu-Ahad minggu lepas ada incomplete family day adik-beradik abah di Hana Homestay, Kuala Sungai Baru. Nak completekan semua susah tapi biasanya adik-beradik yang 12 memang complete cuma anak-anak tak cukup. Kali ni 3 orang adik beradik tak ada. Tapi, yang dirancang tetap diteruskan.
Macam biasa tiap kali family day dorang memang akan buka slot potluck (slot ni memang dorang bincang dalam group yang hanya ada 12 beradik ni je). Dan macam biasa abah akan laju tulis dia nak bawak nasi impit rebus. Bila abah cakap ngan ammi dia dah tulis nama nasi impit (ammi jeling je, balik-balik nasi impit...saya nak tambah tauhu berlauk ammi kata).
So, Jumaat marilah kita cari bahan buat tauhu berlauk. Nak bajet berapa banyak bahan pun tak reti so main agak-agak jelah. Ammi pilih buat ini sebab Mama Tisya asyik je up entry dia buat tauhu berlauk...jadi kita TIRU. Benda boleh tiru kenapa tak nak tiru pulakkan?
Dalam adunan ni ada 9 tube tauhu jepun, 10 keping tauhu putih, 4 biji telur, isi ayam, 1/2 batang carrot cincang, daun sup, chili flakes pedas dan perasa. Trip pertama ammi letak satu cup penuh isi adunan tapi lepas dah siap kukus tu macam ehhhh gemuknya kau. Next batches tu ammi kuranglah. Supaya senang nak makan, ambil satu ngap terus masuk mulut.
Kukus tak lama pun. Dalam 7-8 minit dah siap, tapi biasanya ammi lajak je sampai 10 minit. Nak tau dia dah masak, bila cucuk dengan garpu isinya dah tak melekat.
Yang dah kukus kita sejukkan dan susun elok-elok dalam bekas pastu kita simpanlah dalam fridge. Adunan tadi tu dapatlah dalam 100++ biji tauhu berlauk sebab ammi ada 21 cup merah tu...dan ammi kukus 5 round.
.png)
Dah sampai di homestay lepas solat Asar baru ammi mula goreng tauhu berlauk dengan dibantu Abah. Okkkk...abah tak rela hati pun bantu tapi ammi PAKSA sebabnya tak retilah ammi nak on dapur yang macam kat
kedai tomyam tu. Dah alang-alang on kan api, marilah tolong sekali. Tapi function teruklah...nampak betapa gigihnya abah susun tauhu berlauk yang dah digoreng tu atas tray.
Tapi 1/2 way jelah...pastu dia longgok je gitu.
Alhamdulillah, laku keras dan ada peminatnya tersendiri yang dah kata next kena buat lagi sekali. Ala kasilah kita buat menu lain pulak. Ammi tak buat
cili kicap sebab patutnya kakchik tolong bawa. Minggu sebelumnya kat rumah kak chik ada kenduri dan dia memang ada buat sebotol besar cili kicap untuk mi sup dia, sekali masa dia keluar rumah check semula botol tu macam ada bau masam katanya.
Tapi mujur juga dak Apis yang pilih untuk masak sup daging ada bawa cili kicap. Jadi kita makan kongsi-kongsi.
0 comments