Sarapan di Nyorok Kopitiam

Dah lama dah ammi nak cuba sarapan kat sini.  Restoran ni baru je buka bulan April haritu tapi selalu je nampak orang share di TikTok.

Hari Jumaat walaupun selalunya ammi tak bekerja tapi ammi malas nak keluar bersarapan di rumah.  Malas nak bersiap sebenarnya.  Nak pergi hari Sabtu mesti lagi ramai kot.  

Rasanya kak SA dah pernah dah sarapan kat sini.  Dah alang-alang pagi Jumaat tu kena bersiap, maka jomlah kita.

Ammi makan kat luar je sebab dalam full.  Memang ramai orang kerja pejabat yang makan kat sini.  


Memang sekeping ini je menu untuk makanan dia, dan sekeping lagi untuk minuman.



Kopi for us.  Yang bersusu ammi punya yang kosong 0 abah punya.  Selalu kat office asyik minum kopi o tanpa gula, harini kita tambahlah manis sikit.



Ammi bukan fan nasi lemak, jadi ammi tak ambil nasi lemak.  Ammi ambil kueh tiow sup siam.  Rasa macam mi celup.


Abah makan mi kari.  Sedap gak..macam dalam kuah tu dia blend serai & bunga kantan.  Tapi abah kata dia tak rasa bunga kantan.  Entahlah.



Vespa yang memang dia park depan kedai.  Inilah motor zaman mak ayah kita yang Gen X ni dating dulukan.

Kami tak berlama-lama pun, sebab ramai lagi yang tengah menunggu diluar kedai.  Kita dahlah duduk diluar, bila nampak orang beratur auto rasa bersalah.  Padahal dalam mangkuk kita masih ada makanan.  Ehhhh ko ni chill je boleh tak Sharmila.  Tu yang duduk kat dalam korang kenapa bergelak-gelak tak pandang luar?  Ehhh dengki pulak tu hahaha.

0 comments