Taknak kalah

Hari Khamis lepas hujan sangatlah lebat diwaktu petang.  

Masa ammi nak balik dalam pukul 4 lebih tu carilah e-hailing tapi hampa uolls.  Harga mencanak-canak mahalnya tapi kereta tak ada yang sudi terima.  Jalanlah kaki sikit ke bus stop berhampiran sambil memakai payung.  Sampai je bus stop tak sempat nak gulung payung nampak bus dah menghampiri.  Eh gelabah pulak kita tak sempat nak gulung dan simpan payung.

Dalam bus, scrollah TikTok tengok apa yang menarik.  Bosan wei duduk dalam bus yang berhenti 485 kali menjelang nak sampai ke destinasi.


Tengok ada oran buat live update di Tol Subang.  Ammi tak kenal pun cuma dia naik je kat FYP.

Sampai je kat MRT Phileo Damansara, ehhh mana boleh kalah.  Meh kita pun snap juga gambar di Tol Sprint walaupun ammi rasa taklah seteruk Tol Subang tu.


Ini baru pukul 5.10pm kot.. tapi ammi rasa lagi beberapa minit lagilah melekat padat jalan ni.

Post a Comment

2 Comments

  1. Dulu masa duk Sg Buloh, memang suka amik gambar area tol ni..lepas tu letak kat whatsaap status..hahahha

    ReplyDelete
  2. mmg khamis tu jammed sbb ujan...dr opis 5.30 br smp tol subang biasa 5.30 dh dkt tol duta

    ReplyDelete