Saya dan Jumaat

Jumaat lepas ammi kerja dari dalam rumah je.  Kerja office tak banyak tapi membawa sampai ke petang jugalah sebab kena MENUNGGU.  Menunggu kelulusan daripada pihak yang meluluskan tu ibarat apantah.  Sambil menunggu sambillah melayan drama korea lain.  Kalini ammi tengok The Red Sleeve pulak.  

Ammi pun taktaulah kenapa ammi suka sangat tengok drama berkonsepkan historical ni.  Nanti ammi kena listdownkan apa drama historic era Joseon yang ammi dah tengok.  Dulu-dulu masa zaman kita tengok TV1, TV2 pun kalau ada drama kerajaan lama Dinasti Cina (apa Dinasti ntah), mesti ammi tak lepas tonton.  Patut jadi puteri raja gamaknya ammi ni.  Tak pun permaisuri.  Gundik taknaklah...haremmmm.  Ke layak jadi dayang je?  Ahakss.

Hari Jumaat tu, cuaca mendung sungguh.  Plan tak nak masak tapi takkan yang lelaki nanti pergi solat Jumaat dalam keadaan lapar.  Tak kusyuk pulak dengar khutbah.  


Ada baki asam pedas hari Khamis yang abah masak, kita perangat nak makan semula di hari Jumaat.  Abah guna ikan sekut ke serkut.  Sedap di tekak ammi tapi pijar weeiiii tepi-tepi bibir.  Abah beli cili kering.  Yang abah baca CILI KURANG PEDAS.  Tapi hakikat sebenar kat plastik tu adalah CILI KERING PEDAS.  Tulah, cermin mata membaca abah guna untuk baca Quran je.  Time lain dia buat endah tak endah je ngan cermin mata tu.

Ammi plan buat sup pecah telur jelah untuk Alip.  Baru nak rebus ubi dengan carrot ehhhh slow betul api dapur.  Aishhhh dia habis pulaklah time kita excited nak masak.  


Mujur ada dapur camping ni.  Jadilah buat masak lauk simple.  Tapi jangan pandang rendah kat dapur comel ni tau.  Api dia kuat wooo.


Sup pecah telur 


Ada lagi baki 2 bijik telur itik, kita dadarkan.  Lega mata ammi tak nampak lagi telur itik tu dalam peti ais.  Gitulah ammi ni selagi ada daun sup daun bawang dalam peti ais.  Memang semua benda ko heboh nak bubuk daun-daun itu.  

Sekian saja lauk lunch kami.  Masak sikit je sebab otak dah ligat pikir nak makan luar je malam nanti. 
 


Pastu kat FB keluarlah juga memori 3 Oktober 2015.  Budak dalam buaian ni baru 1 tahun 4 bulan.  Masa tu pulak kat TV sibuk lah iklan kosmetik NV tu.  Dia punya level suka kat iklan tu sampaikan dia dah tidur nyenyak pun dia boleh bangun.  Padahal slow je ammi pasang tv tu.  Memang slow jenis kalau orang tu bercakap ko dengar macam dia berbisik je.  

Post a Comment

8 Comments

  1. Citer red sleeve tu best sebab cinta sejati king dia dgn gundik dia tapi part last tu sedih.

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tgk sup pecah telur tu

    ReplyDelete
  3. sedap sedap dah menu Ammi, eh boleh ye buat telur itik dadar, kak ana tak pernah try, mesti sedap kan ..nak try lah nanti ammi :)

    ReplyDelete
  4. Alert betul budak kecik tu ye. Iklan peberet keluor boleh terus jaga. Macam sedap pula tengok telur dadar letak daun sup daun bawang.

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka KD zaman Joseon. The Red Sleeve dah tengok gak. Sekarang dok macam nak tengok Mr Queen pulak.

    ReplyDelete
  6. Nampak segar sup pecah telur tu..selalu kalau x sihat memang masak cenggitu...nak buat utk PZ la...

    ReplyDelete
  7. Langsung ingat pajeon saya lihat dadar telurnya kak 🤭😄. Saya pun skr nih, segala macam dibuat pajeon. Ada sisa sawi putih, buat pajeon. Apalagi sisa crab stick, langsung buat pajeon hahahahah

    ReplyDelete