Harini macam biasa ammi WFH. Tak banyak pun kerja nak dibuat. Prepare sikit-sikit Isnin nanti kita tinggal print je.
Bila ada kat rumah sekali-sekala dapatlah buat sarapan pagi untuk anak bongsu sebelum ke sekolah.
Buat sandwich telur jelah. Semalam rasanya nampak macam banyak lagi roti dalam plastik tadi pagi tengokkkk ehhh memang tinggal last 2 keping je. Jadi rezeki dia sorang jelah dapat rasa.
Ini sarapan kami Ahad lepas. Selalu sangat ada lebihan nasi kat rumah ni. Memang tak reti nak bajet ngam-ngam. Tapi itulah, lebih baik berlebih sikit daripada tak cukupkan.
Ini breakfast ammi masa jadi babysitter dak Awish. Ammi buat rice paper omellete. Kononnya nak share ngan Awish tapi ammi lupa pulak budak tu umurnya 2 tahun pun belum. Manalah dia reti nak kunyah rice paper yang liat2 diluar tu.
Dan ini breakfast ammi bila ntah. Dalam bus masa nak gi kerja terbayang-bayang roti 7 days ni. Ramai yang tak suka croissant ni tapi ammi suka je. Dulu masa di office lama hampir setiap hari ammi beli.
Sekian saja kisah sarapan yang sempat dirakamkan.
Jap lagi nak gi cari bahan nak buat kek batik. Baru je sekejap tadi anak dara di Segamat call minta buatkan kek batik untuk dia. Mentang-mentang abah ammi nak ke sana esok.
.png)
.png)

.png)



15 Comments
Untunglah anak bongsu tu amminya WFH tiap Jumaat, dapatlah breakfast special dari air tangan ibu. Nasi goreng pun nampak sedap, betul, biar nasi berlebih, jangan tak cukup nanti risau ada yg menangis kat bucu dapur.
ReplyDeleteSaya la tu antara yang tak suka croissant 7 days ni 😄
ReplyDeleteWah..nak buat kek batik 😋
Seronoknya sesekali WFH....rindu pulak zaman PKP...hihini
ReplyDeleteTak pernah rasa roti 7days tu. Selalu je nampak kat kedai tapi tak pernah ada rasa nak beli.
ReplyDeleteRoti 7 days pernah rasa jugak.
ReplyDeletesedapnya menu sarapan tu. sy nak cuba buat lah nanti...
ReplyDeleteAkak tak berapa gemar 7 days tu sebab rasa kering.
ReplyDeleteMenarik pulak rice paper omelete tu... nak try lah, ada banyak RP tapi malas pula nak buat VR.
Ammi boleh geng dgn Angah, suka roti 7days tu. Selalu beli bawa balik asrama.
ReplyDeleteantara croissant 7days dgn UBAR, ku pilih UBAR.
ReplyDeleteapapun makan croissant mesti nak masuk air fryer kejap, bagi ada rangup2.
Ok esok nk buat sandwich telur..
ReplyDeletePakar masak juga blogger Ammi ni..mesti berselera seisi rumah..
ReplyDeleteRice paper tu mengancam lah... Breakfast kalau kat rumah jarang nak dijamah dgn betul oleh bdk2.. kecuali weekend diorng makan la..
ReplyDeleteRoti 7 days tu fav si Dania..kalau akak memang x la sebab roti dia kering skit...mana gambar kek batiknya?
ReplyDeletesaya suka croissant tp versi yg beli kat bakery..yg 7 days tu too sweet kat my tekak laa
ReplyDeleteYg 7days itu yg dr Arab bukan kak? Kalo yg itu saya suka. Pernah ada dupe nya, lupa lah berapa days 🤣. Tak sedap. Manis sangat. Lebih leting lagi 🤣
ReplyDeleteEh JD terpikir nak buat omelette pakai rice paper. Waktu itu saya beli banyak. Ternyata yg dipakai cuma sedikit 😅😅