Sarapan di pagi Jumaat

Ammi work from home hari ini.

Pagi tadi seawal jam 2 lebih ammi terjaga dari tidur sebab perut sangatlah memulas.  Macam ada ribut taufan dalam perut ni.  Lama juga ammi duduk dalam bilik air tapi sekadar memulas dan terus memulas je.  Ishhhh.

Keluar dari bilik air, minum air 2 gelas pastu memulas lagi dan barulah lancar selepas itu.  Terganggu tidur ammi hampir 45 minit melayan ribut taufan dalam perut ni.  

Masa bangun subuh tadi rasa eh berpusing pulak kepala ni tapi hari perlu diteruskan sebab anak bongsu masih perlu ke sekolah.  Dia tu pun pusing-pusing masuk keluar bilik macam bagi hint tak nak pergi sekolah.  No...you have to go to school.  Hari Rabu haritu baru je dicutikan sekolah sebab batuk.  Batuk tu sikit je sebenarnya tapi dia kan drama lebih.  Lagipun dia tak ada sekolah petang pada hari Rabu dan Abah pulak ada kerja diluar kawasan.  Kalau dia sekolah jadi masalah pulak waktu nak balik nanti.  Senang cerita cuti jelah.  Makanya Rabu dah cuti, Jumaat silalah ke sekolah.

Sebab nak ambil mood dia jadi kita buatkanlah sarapan yang tak menyihatkan sangat tapi ammi yakin boleh menggembirakan dia.


Mi segera perisa ayam bersama telur pecah.  Dulu dia tak suka ada telur dalam mi segera tapi bila dah selalu dipaksa lama-lama dia dah jadi suka.  


Buat juga semangkuk nasi goreng pedas melahar untuk suami.  Tapi bila ditekap ke pinggan alaaaaa...pecah pulak.  Tak padat sangat kot masa ammi tekan-tekan dalam mangkuk.  

Untuk diri sendiri, cuba untuk taknak makan nasi pagi ni sebab pagi semalam dah makan nasi lemak (kurang enak beli sarapan di situ sebab sambalnya masam amattt).  


Buatlah rice paper omelette lagi sekali.  Salad tu patutnya duduk di hujung-hujung telur (konon lawalah masa dilipat), sekali masa ammi lipat dua telur tu ehhh banyak yang keluar dari barisan pulak.  Dah korang duduk je kat luar.  Gedik!

Dalam omelette tu ada 2 biji telur, mushroom yang dipotong kecil, daun bawang, mayonis sikit, cili flakes.  Dah pukul sebati bersama garam, bentangkan je rice paper tu dalam pan (tanpa minyak) pastu letak terus telur yang dipukul tu dan tutup sekejap pan.  Bila dah agak masak, masukkan cheese letaklah sayur lain kalau ada pastu lipatlah dua.  

Masa ammi tengah type ni hujan lebat pulak kat luar tu.  Ammi dah siap draf surat yang boss mintak, rasa macam nak proceed tarik selimut pulak sebab nak cover balik tidur yang terganggu pagi tadi.

Post a Comment

3 Comments

  1. Rajinnya Ammi buat sampai tiga jenis sarapan untuk lain2 orang. Untuk diri sendiri kemahen special ek.

    ReplyDelete
  2. fuh nasi goreng pedas melahar ..terasa pijar di bibir haha...mi segera ada telur br syok

    ReplyDelete
  3. Rajin Ammi masak 3 jenis hidangan.
    Sedap pulak tengok nasi goreng tu lah.

    ReplyDelete