Mengulang di Ajude Afterwork Kitchen

Hari Jumaat tu yang lelaki solat Maghrib di surau je.  Sebab cepat solat, cepatlah Alip boleh mengaji dengan ustaz dan cepatlah kami boleh keluar makan.

Ammi pun selesai semua bersiaplah cecepat sambil menunggu kepulangan lelaki-lelaki mahramku. Sebut pasal mahram ni teringatlah kisah si Kyra.  Pernah sekali, kakak test adik dengan ayat yang dimulai dengan  "Omaigadddddd".. ok kakak memang suka buat nada-nada penuh dramatik gitu.  "Omaigaddd, why you touch me.  Saya ada wudhu".  Dan Khilfi pun macam "ohhhh sorry sorry tak sengaja".

Pastu Khilfi baru perasan "kakak dah kenapa?  I am your brother", sambil buat gaya Khaby Lame. Menakutkan orang jeeeee.  Hahahha.. "saja nak test Feqah", katanya.

Ok itu je selingan.  Balik je hero-hero moh le kita keluar.  Sejuk betul cuaca kat luar tu.


Abah pilih untuk ke Ajude Afterwork Kitchen lagi walaupun pernah ada sejarah disini.  Rindulah tu dengan daging goreng kunyit kedai ni.


Cuaca dah sejuk, bolehlah si kecik order air teh o ais limau.  



Daging goreng kunyit cili api abah punya.


Grilled chicken ammi.  


Oh dia ni pun dah pandai ambil gambar sebelum makan.  Nampak sweater dia ni.  Dah kecik sendat mendat tapi itu juga sweater yang dia nak pakai.  Nak dipasangkan hoodie kat kepala pun tak boleh dah.  Dan sweater ni juga dia bawa masa gi main chess haritu.  Tak memasal abah kena balik ambil sweater yang sesuai.  Anak oh anak.


Dan inilah hasil gambar yang diambil Alip.

Dah meriah tempat ni memalam.  Dulu kalau datang sini satu dua je kedai yang buka di barisan tapi ni nampak adalah juga 5-6 kedai buka malam.  Ada kedai sandwich yang selalu juga lalu lalang di tiktok ammi.  Moowich je apa namanya ntah.  Jarak kedai itu dan kedai Ajude ni dalam 7-8 kedai jugalah.  Kalau sebelah-sebelah nak juga try order satu.

Post a Comment

9 Comments

  1. anak bole jd pelapis blogger..camera eat first

    ReplyDelete
  2. Kalu sedap tu, mestilah mengulang punya, tempat sama. Feveret sweater ye, Alip.

    ReplyDelete
  3. Menurun Ammi la, bole jadi blogger gaks haha
    Kadang ada bad experience pun nak juga esp when the experience is not so bad. Ada pull factor yg buat kita nak juga pegi.

    ReplyDelete
  4. Selesa la pakai tu walaupun dah sendat pun nak pakai lagi.

    ReplyDelete
  5. Gigih Alif ambil gambar ...kikiki

    ReplyDelete
  6. Dah boleh jadi pembantu Ammi dia tu...cantik hasil bidikan lensa handphone dia...jap2 nak tanya mana tobohnya Ajude Afterwork Ni?

    ReplyDelete
  7. Boleh dah Alip take over kerja-kerja ambil gambar.

    ReplyDelete
  8. nama cafe ni unik sungguh! MZ jenis tertarik dgn nama2 kreatif unik tak kisahlah cafe ker apa ker heheheh

    ReplyDelete
  9. Hahahahah saya bisa bayangkan lah gaya kyra saat mengucapkan itu 🤣.

    Waaah Alip dah pandai ambil foto. Dah lumayan baguuus ..sebab full di tengah, tak terpotong 👍👍

    ReplyDelete