Caca marba

Tak tau nak cerita apa, kita letak jelah gambar yang kita jumpa dalam phone gallery.  


Ini sarapan yang ammi buat pagi 10.10.2025.  Ammi tak kerja hari Jumaat tu dan kebetulan pulak senggugut teruk kalini plus kepala pening pulak masa bangun pagi tu.  

Kesahnya, memandangkan ammi tau tak perlu pergi kerja hari Jumaat, Khamis malam tu ammi marathon habiskan drama Korea The Red Sleeves tu.  Abah terjaga pukul 1 lebih pagi ammi tengah menangis-nangis tengok last episod.  Cecepat cover mata...kang terperanjat pulak suami kita "dengan sapalah bini dia bergaduh tetengah malam ni sampai nangis-nangis" hahahah.

Jadi ammi rasa pening tu sebab tak cukup tidur.  Alip pergi sekolah dan lepas je ammi sarapan, makan ubat dan ammi terus je sambung tidur semula.  Set jam bangun pukul 9.30am. kot-kotlah nanti boss call ke apa kan.  Alhamdulillah, bangun tidur dah tak pening dah.


Ini sarapan ammi sebelum hantar Alip main chess pada 4.10.2025.  Order je "angah nak kueh tiow goreng pedas sedap punya 1".  Mementang yang menggoreng tu adik sepupu ko kan.. dan pedaslah, nak sedaplah.

Ada booth coffee kecil dah dikedai adik sepupu ni.  Jadi marilah kita order cafe latte buat rasa-rasa.


Habis je acara sukan disekolah Alip, terus je jalan kaki ke shopping mall sebelah sekolah dia.  Marilah kita try pulak Yong Tau Foo yang kak SA dan Mummy Ayu cakap ni.  Baru ku tau kedai ni ada disini.  Ahaksss.  Ok shedap.  Campur chopped chilli dalam sup ni lagi shedapppp menjejes air hidung bila makan.


Petang Sabtu (11.10.2025) sebelum balik Melaka kami ke AEON dulu sekejap sebab abah nak cari harga untuk job dia.  Sementara abah dok bincang-bincang, jomlah kita berdua ni jalan jap.

Alip:  Ammi taknak bagi Alip hadiah dapat 9A ke percubaan UPKK?
Ammi:  Ala baru percubaan kan.
Alip:  Ehhhh tapi Alip penat belajar ok....sampai dapat Mumtaz semua. (nada tak puas hati)
Ammi:  Okkk, alip nak hadiah apa.  Tapi bukan yang mahal-mahal tau
Alip:  Nak air Tealive Bang Bang.

Alamak tuannnnn... dia mintak air je korang.  Ammi ni terbayang dia nak chess set yang crystal tu sebab haritu dia ada bagi hint nak chess tu.  Ahakss.

Semoga kejayaan yang sama juga masa UPKK sebenar nanti ye anak soleh abah ammi.

Post a Comment

2 Comments

  1. Anak buah akak si Dida dapat 8A 1B...wah Alip dapat 9A ye percubaan..alhamdulillah....takpe chess tu Ammi reserved untuk UPKK sebenar ye...hehehehe...haaa...sodap kan YTF dia...minggu ni akak nak pi lepak situ makan YTF lagi la...

    ReplyDelete
  2. ala..hadiah tealive je..nanti result exam betul2 minta yg lagi best2 tau
    kedai kopi tu, aku parking kat belakng keta owner je..dekat bus stop tu jugak. kejab je pun..bolehh

    ReplyDelete