Ayam Palekko

Hari Ahad lepas, (cerita Ahad lepas kita cerita Ahad ini barulah cool) lepas sarapan dan kemas-kemas rumah marilah sambung lagi tengok cerita Bon Appetit tu.  Kejap tu macam, ehhhh apa benda nak masak untuk lunch ni.  Ayam dah defrost.

So, kita tutup jap cerita Korea kita godek-godek tiktok cari apa yang kita boleh jadikan cerita kat blog.  Ahaksss.  Jumpa satu resepi ni.  Macam best dan bahan semua ada kat rumah.


Tumpang diletak diblog aku ya mbak Kiki Sajaa resep kamu.  Ini resepi orang Bugis katanya.  Ayam Palekko namanya.

Ammi potong kecil ayam macam yang video tu tunjuk pastu marinate.  Ayam perlu dimarinate dengan air asam jawa yang tak berapa pekat tak berapa cair.  Dah siap marinate marilah buat bumbunya.

Sekaliiiii, ammi tertipu uolls.  Ku sangka serai rupanya itu batang bunga kantan.  Serai sebatang pun tak ada.  Selalunya memang tak pernah putus bekalan serai dalam fridge.  Ni yang berlambak-lambak dalam fridge daun limau.  Yang beku ada, yang fresh hampir layu ada.  Hmmmm nak kena babab tukang masak ni.

Ayam dah dimarinate dengan air asam jawa, kita jalankan jelah tanpa serai.  Kalau di era Joseon mungkin sudah dipancung kepala kokinya kerana masak tak ikut spec Raja.


Taddaaaa... sedaplah juga tanpa serai, kalau ada serai mungkin lebih sedap.  Masakan ni sebenarnya kuning.  Tapi dalam gambar macam coklat pulak.


Buat telur itik dadar.  Haritu ammi request kat abah masakkan lemak telur itik, dan abah beli 10 bijik terus telurnya.  Guna 5 je pastu 5 lagi bersidai dalam fridge.  Baca blog Cie haritu pasal telur itik dan esoknya marilah kita dadarkan.

Letak bawang dan daun sup yang banyak.  Letak chili flakes, garam semua.  Hmmm bolehlah diterima tekak walaupun ada juga keluar rasa hanyir tu sipi-sipi.  Mungkin kalau masa kita mix bahan tu letak cili tumbuk ke kurang sikit kot hanyirnya.  


Gorenglah sawi yang tinggal 2 pokok dalam fridge tu.  Habiskan juga fish cake baki abah buat kueh tiow ladna tu.  

Nanti kalau ada serai nak repeat balik menu Ayam Palekko tu.  

Ada kawan blogger yang berketurunan Bugis ke kat sini?  Kalau ada korang biasa buat menu ni?




Post a Comment

9 Comments

  1. Ingatkan lepas nengok Bon Appetit tu masak bibimbap ke... pasta ke... macaron ke😁

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, semua nampak sedap tu! terliur telur dadar!

    ReplyDelete
  3. Biasa nampak Kak Amie yg share Ayam Palekko ni. Kali ni kita tengok di dapur Ammi pulak ya.

    ReplyDelete
  4. Telur itik dadar tu mak Cie dulu buat tumbuk cili padi. Pedas baru tak hanyir.

    ReplyDelete
  5. terhibur kita dgn entri ammi ni. nampak sedap tu. namun nak membuatnya, pelis say goodbye I tak rajin.
    Bon Appetit Ammi!

    ReplyDelete
  6. Ye betul ayam palekko ni sodap...tapi akak orang minang, suami akak bugis campur2 skit...x ingat plak apa satu lagi...tapi dia kata dia x tau ayam palekko ke apa..dia makan je apa orang bagi dia makan...hahahahahahah

    ReplyDelete
  7. Marilah berjiran, kita ada tanam serai 3-4 rumpun 😁
    Telur itik tu arwah Mak suka rebus, makan dgn kicap. Lemak² kan, sedap

    ReplyDelete
  8. Ayam palekko biasa dengar, cuma tak pernah masak. Boleh try nanti suatu hari, kalo takde idea nak masak apa. 👍

    ReplyDelete
  9. Saya orang Batak, tapi sukaaaaaa masak palekko 😍😍😍. Sebab masakan Batak lebih susah kak 😂. Jadi saya lebih suka masak yg mudah2 saja 🤭

    Dr penampakannya dah kliatan sedaaap tuh. Anak saya pun sukaaa sangat ayam palekko ini. Saya Krn gampang dibuat, jadi menu rutin mingguan 🤭

    ReplyDelete