Lama betul nak kumpul duit kat Adsense supaya boleh dicash out. Yelah blog ammi blog sendu, PV pun sendu je tiap hari. GA kat blog lama ammi dulu rasa dah dekat USD50 masa GA ammi kena ban. Sayang betul. Ammi cuba appeal tapi gagal dan pastu tak cuba untuk apply sampailah blog itu sendiri di'remove' tanpa belas kasihan.
Bila kena mula semula dengan blog baru dari 0 jadi ammi cubalah untuk apply GA dan laju ok dia luluskan. Ammi tak faham apa yang dia dengki dengan email lama ammi, blog lama ammi. Agak-agak 'blogger' ni faham tak ammi kutuk dia sekarang ni? Ahakss.
Dah lama ammi screenshot tapi segan pulak nak up story ni. Terasa macam berlagak pulak. Pastu macam eh, kat blog nilah selalu ammi korek balik cerita lama. Ini maun kalau tak letak 3-4 bulan lagi ammi terus lupa.
Awal August haritu ammi perasan amount Adsense ammi dah reach USD100. Yuhoooooo...pastu menggelupur macam mana nak request supaya dorang buat payment kat ammi. Siap panggil boss tolong tengokkan. Kotlah tetiba ammi ni blur tak reti cakap omputih pulakkan. Bila dah dapat jawapan dari boss yang ammi rasa sama macam pemahaman ammi, ammi pun gigih WhatsApp kak SA pulak tanya. Dan betullah, kita tunggu je.
Dan Alhamdulillah dalam 22-23 August masuklah duit hasil berblog.
7 Comments
Betul...dah cukup USD100, dia akan auto cashout dan kita duduk je dendiam sampai la masuk duit dalam akaun kita...begitulah seterusnyaaaa.....psssttt...beli apa dengan duit adseng tu?hahaha..sibuk je nak tau kan
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah Ammi..
ReplyDeleteTak pe kayuh pelan -pelan. Insya Allah ada tu rezekinya. Kena sabar dan maintain kut.
ReplyDeleteTahniah Ammi.
ReplyDeleteTahun ni rasanya agak sendu berbanding tahun-tahun sebelumnya.
wah..tahniah ammi...
ReplyDeletenieyl belum jumpa kekuatan baru lagi nak apply baru hehehe
Tahniah, Ammi. Saya tumpang gumbira. Saya punya pendapatan, USD 25 sen sebulan. Hahaha...
ReplyDeleteTahniah..Nak dapat 0.01 sehari pun susah.. kena rajin update
ReplyDelete