Haritu masa berblogwalking ternampaklah blogger Fiza Crochet ni buat entry dia makan aiskrim boba ni. Boleh tak terus rasa terliur. Selalu je ammi tengok orang buat review makan aiskrim...tapi takdelah teringin. Haritu menggelupur pulak rasa nak makan..

Kebetulan hari Jumaat lepas ammi tak kerja, kitorang gi balai mintak kebenaran balik Seremban dan Melaka jap uruskan hal yang sepatutnya diuruskan.

Tealive Bobalicious

Gi Melaka tau je lah panas dia camna kan.  Memang lagi terbayang-bayang aiskrim ni.

Tealive Bobalicious

Ermmmmmm nyaman.

Nak repeat lagi aiskrim ni??? Tak kot.  Sedap tapi untuk repeat mcm tak je.