Beku

Ammi simpan lengkuas dalam peti ais..seperti yang dicadangkan letak dalam bekas, masukkan air, tutup dan gantikan airnya selang 3-4 hari.

Dah agak lama juga ammi tak ganti air.. tak teringat pun sebab siapalah yang gatal alihkan botol tu.

Haritu abah beli ayam pencen untuk masak rendang..jadi masa itulah lengkuas perlu hadirkan diri.  Cari punya cari..ehhhhh dibawah itu duduknya kamu.


Kejung.


Beku dia kat dalam tu..

Boleh digunakan lagi?? Blasah je.  Bukan dia hero dalam masakan rendang..dia sidekick je.


Dan siaplah rendang ayam pencen bersama lengkuas sebeku hatimu eh..








Post a Comment

20 Comments

  1. Walaupun beku still boleh guna Ammi. Ia sebahagian daripada bahan penyedap je kan. Tapi kalau tak letak, terasa ada jugak yang kurang. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Tulah.. Letak juga lepas ammi siram dia bagi cair

    ReplyDelete
  3. menarik tertarik rendang akak ni..

    ReplyDelete
  4. Beku atau kering kan tu cara mengawet makanan..in sha Allah elok lagi tu..Kalau dah bercendawan yang takut nak makan..hihihi
    Nampak sedap rendang tu .Kalau kena ngan nasi impit ni....selamat hari raya...

    ReplyDelete
  5. Saya pun simpan macam ni. Kalau tak berkulat tu boleh je guna lagi kalau lupa nak ganti air. Dia sidekick je kan. jadilah dapat guna sikit je pun. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Ammi punya link hilang lagi.... T_T

    ReplyDelete
  7. Walaupun lengkuas bkn bahan utama dlm masakan rendang..tp tanpa lengkuas bagaikan tak lengkap rasanya rendang tu kan..

    ReplyDelete
  8. Kebiasaannya kalau dalam keadaan frozen, kualiti terpelihara. Nampak cantik kejadian rendang. Mesti sedap ni

    ReplyDelete
  9. Isi lengkuas ni jangan simpan dalam esbok
    Simpan dalam tanah.

    ReplyDelete
  10. dh jd ais lengkuas plak.. haha

    ReplyDelete
  11. Comey ja soalan tanya siapalah yang gatal alihkan botol tukan hehe.. Yang penting menjadi dan nampak sedap.

    ReplyDelete
  12. haha...siapa gatal alihkan botol eh...selalu terjadi kat rumah ni yang rakyatnya sebahagian berjuta rakyat Malaysia..haha

    ReplyDelete
  13. dana biasa simpan lengkuas gitu jugak tapi selalu beberapa minggu baru tukar airnya, cuma aritu boleh lupa dah 3 bulan baru perasan ingat nak buang lah sebab takut rosak, tapi helok je lagi lengkuasnya... tukar air dan simpan semula

    ReplyDelete
  14. Sama la simpan macam ni juga. Kadang terlupa juga tukar air tapi ok je.. Kalau serai lupa simpan air bau macam jeruk.. Serius tak suka bau dia..

    ReplyDelete
  15. Ohh tak pernah simpan lg mcm ni.. nasib menjadi masakan hehe

    ReplyDelete
  16. first time tengok simpan begini. Tak pernahh nampak mak simpan begini pun. Rendang sedapnyaaa

    ReplyDelete
  17. walaupun beku tetap boleh digunakan.. hehehe

    ReplyDelete
  18. kami dulu ltk dlm air. tp mcm buruk je sbb asyik lupa tukar air. so, kami ltk dlm bekas aje. lapik kain/tisu

    ReplyDelete