Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

Assalamualaikum

Dah hampir nak tamat giveaway anjuran SA ni..

Masih belum terlewat rasanya untuk Ammi ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ainnul Dania Huda.

Berkarya macam ni sangat bukan ammi..tapi ammi cuba ye.


25 September 2004
Itulah titik bermula episod hidupmu didunia

Berbanggalah kamu wahai anak,
Lahirmu, ibarat cahaya yang menerangi hari-hari suram mamamu
Lahirmu, ibarat wangian yang sentiasa menyegarkan mamamu
Lahirmu, ibarat kertas peperiksaan yang tidak diketahui apa isinya
Lahirmu, ibarat vitamin yang menguatkan mamamu untuk terus melangkah

Kamulah racunnya,
Kamulah penawarnya
Kamulah nyawanya

Dania,
Panjang lagi perjalananmu
Jika tersungkur bangunlah
Jika tersasar kembalilah
Jika tersilap perbetulkanlah

Dania,
Andai satu hari nanti
Ada sang teruna yang datang mengetuk pintu hatimu
Tanyalah padanya
Apakah hatinya juga boleh dibukakan untuk mamamu?
Apakah dia juga bisa menyayangi mamamu seperti mana kamu?

Dania,
Doa dipanjat
Agar kamu dipanjangkan usianya
Agar kamu sentiasa bersama rahmatNya
Agar kamu sentiasa berjaya didunia dan akhirat sana

Post a Comment

25 Comments

  1. wah panjang betul sajak dia hehehe...
    semoga berjaya ye ammi :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah pandai bersajak
    Mudah2an akan terpilih nanti

    ReplyDelete
  3. goodluck ammi!
    terer bersajak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ezy.. Plg tak reti buat sajak dr zaman sekolah lagi

      Delete
  4. All the best tau Ammi 😊💕. Best sajaknyer.

    ReplyDelete
  5. Akak pun terikut2,terbuai2 dgn perasan bila menghayati sajak Ammi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sajak dr seorang ibu buat seorang anak.. Emosi je

      Delete
  6. Teringat wording lagu 4 dara...

    Empat dara berpakaian sedondon,
    Berbaju putih berkainlah biru,
    Pandai bersajak seloka dan pantun,
    Hitam manis,hai pandanglah tak jemu..

    ditujukan kepada Ammi🤭

    ReplyDelete
  7. Hebat berpuisi. Sedap bahasanya. Semoga ada rezeki akak terpilih nanti.

    ReplyDelete
  8. Best kak! Hasil nukilan seorang ibu juga, pastinya lebih puitis dan penuh nasihat. Good luck!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ammi, sudi join...tunggu keputusan nanti ye...

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya.. pandai bt sajak

    ReplyDelete
  11. Saya rasa menangis pula baca sajak kak ammi :(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..ammi pun ada satu part yg pintu hati diketuk tu rasa syahdu je. sendiri buat sendiri syahdu

      Delete
  12. semoga berjaya amni.. ada rezeki insyaAllah

    ReplyDelete